BAB 23 PENGKHIANAT

431 23 8
                                        

Song (suggestion):  Elastic Heart by Sia

Sekujur tubuh badan Ace yang lemah dipandang oleh Hayder yang berada di atas katilnya. Seminggu sudah berlalu, hari ke- 7 Ace tidak bergantung pada arak dan kini wajah pucat Ace kembali seperti sebelum ini. Sangat lemah tubuh badannya kerana kali ini dia tekad untuk tidak mengambil arak itu.

Makan dan minum langsung tidak disentuh oleh Ace.

Namun satu persoalan yang menjadi pertanyaannya. Sampai bila Ace perlu menjadi seperti ini? Sampai bila dia harus berharap pada minuman itu?

Salah. Bukan minuman..tetapi racun. Sedikit sebanyak ia mampu menghancurkan tubuh Ace perlahan demi perlahan.

Rey dan Karl hanya berdiri di belakang Hayder sambil menatap tubuh badan Ace yang terbaring.

Tangan dan kaki Ace turut diikat untuk membataskan pergerakannya. Mereka amat risau jika Ace kembali ke pasar gelap itu semula dan bertindak di luar kawalan.

“Hayder….” seru Ace. Matanya cuba untuk dibuka lemah.

Wajah Ace yang pucat itu dipandang sayu oleh Hayder.

“Tolong aku..” pintanya.
Hayder hanya mendengus lemah. Tidak tahu ini kali keberapa Ace meminta pertolongannya. Dia sudah berjanji yang dia akan abaikan segala permintaan Ace.

“Tolong aku dapatkan arak tu” ringkas dan padat.

Karl dan Rey turut mengeluh dengan permintaan Ace yang acap kali pinta.

Seperti yang dijangkanya. Fasa yang dimana dia betul-betul perlukan arak itu. Air matanya terus mengalir dari tubir matanya. 

“Kau dah janji dengan aku, Ace.” katanya dengan tegas namun suaranya agak kecewa.

Ada keluhan sedikit dengan kata-kata Hayder. Sungguh dia buntu dengan apa yang berlaku pada Ace ketika ini.

“Apa rancangan kau lepas ni, Hayder?” tanya Karl.

“ Kita kembali ke pasar gelap tu semula.” jawab Hayder dengan ringkas. Kali ini dia tekad , ini sahaja jalan terakhir. Jika dia biarkan Ace, mungkin ia mampu meragut nyawanya.

“ Motif kita ke sana semula untuk apa? Nak beli arak sial tu untuk Ace ke? Kau jangan buat kerja gila la, Hayder!!!” tanya Ray namun ada sedikit tegas dengan rancangan Hayder itu. Dia betul-betul tidak setuju untuk memberikan Ace arak itu lagi.

“Kau ada jalan lain ke? Takkan kau nak tengok sahaja Ace ni jadi mayat depan mata kita.” ujar Hayder.

Terdiam Ray. Sungguh dia turut kesal dengan apa yang berlaku. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Hayder. itu sahaja pilihan yang mereka ada buat masa sekarang.

“ Korang tak rasa pelik ke kenapa mereka lepaskan Ace dan tak bunuh dia sedangkan dia perempuan yang masih dara. Arak yang mereka buat, boleh bagi keuntungan yang besar kalau mereka menggunakan perempuan sebagai bahan utama.” tanya Hayder dengan nada keliru. Karl dan Ray hanya berdiam diri sambil memikirkan apa yang dibicarakan oleh Hayder.

“Atau ada motif lain?”

—---------------------------------------------------------------

Setibanya mereka di sana, dengan bantuan Amar mereka dapat menjejaki kasino tersebut.

Langkah demi langkah mereka mula memasuki pasar gelap yang menjual pelbagai barangan. Tidak sampai beberapa saat, wajah Karl dan Ray bertukar pucat dan sedikit cuak. Begitu juga Hayder.

Namun, pandangan mata Hayder masih meliar memandang keadaan pasar tersebut. Sepertinya keadaan pasar ini semakin teruk selepas sahaja Alex diculik oleh Ace.

The Poison Blood: ACE  [COMPLETE]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang