Bab 21: Again!

465 27 2
                                        



Maklumat yang diberikan oleh Amar sangat berguna buat masa sekarang ini. Satu minggu sudah berlalu, apa yang berlaku di pasar itu masih dia tidak boleh lupakan. Mereka sudah betul-betul melampau.

Berdirinya dia di hadapan pintu masuk kasino Alex. Jam tepat sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Seperti yang diberitahu oleh Amar, kesemua penjual akan menutup kedai mereka masing-masing tepat jam pukul 2 pagi. Setelah itu, baru kerja dia lebih mudah.

Kain yang menutup separuh wajahnya dikemaskan. Rambutnya diikat kemas.

Dress hitamnya yang terbelah sehingga dibahagian peha diselak sedikit sambil berjalan menuju ke arah pengawal pintu masuk. Tiba sahaja di pintu masuk, terdapat seorang pengawal yang lengkap berpakaian hitam sambil matanya lekat pada Ace yang.

Atau lebih tepatnya, peha Ace.

'Kalau dah nama lelaki...memang gatal'

Riak wajah Ace hanya beku dan tenang.

"Cik, kami akan tutup sebentar sahaja lagi. Cik boleh datang esok" ujar lelaki itu.

Sapu tangan Ace terjatuh ke bawah lalu dia menunduk dan dengan sepantas kilat dia mengambil pisau yang diselit di pahanya dan langsung buat serangan pada leher lelaki itu.

Tanpa menunggu lama, tangannya menutup mulut lelaki itu manakala tangannya yang satu lagi memegang pisau tadi terus menikam lelaki itu berkali-kali pada bahagian abdomen. Lelaki itu jatuh rebah di hadapannya.

Senyuman sinis terlakar di wajah Ace.

Benar maklumat yang diberikan oleh Amar. Mata helang Ace melilau sekeliling melihat ke semua penjual sibuk mengemas barang jualan masing. Atau lebih tepat lagi, arak kaum Hera dan organ manusia. Mereka langsung tidak perasan dengan kehadiran Ace dari pintu masuk.

Kakinya melangkah pergerakkan mencari lelaki itu. Penjual yang menjual organ Kaum Hera. Peristiwa dia melihat cincin Fiza di gerai penjual itu masih tidak lekang di mindanya. Dia perlu mencari penjual itu. Kalau dia terlibat dengan pembunuhan Fiza, dia takkan teragak-agak untuk buat parti pembunuhan beramai-ramai di sini.

Tidak dinafikan arak yang dia minum sudah mula menunjukkan reaksi positif dalam badannya. Dia menjadi lebih bertenaga walaupun dia hanya meneguk hanya sedikit sahaja.


Kakinya mengorak langkah dengan pantas sebelum kehadirannya diketahui oleh Kaum Ruth di situ. Matanya meliliau mencari peniaga yang menjadi target. Segala persoalannya akan terjawab jika dia mencari lelaki itu. Persoalan tentang racun yang ada dalam badannya. Dia tidak pasti berapa lama badannya akan bergantung pada arak sial itu.

Dia juga berharap ianya tidak akan kekal dalam badannya. Jijik.

Seketika kakinya tiba dihadapan penjual itu. Lelaki yang berumur separuh abad itu dipandang penuh rasa dendam. Giginya digertap kuat menahan marah yang membuak-buak. Peristiwa itu kembali menerjah semula ingatannya. Sebuah penumbuk digenggam kuat.

Tanpa memikir dengan panjang, kakinya meluru ke arah lelaki tua itu lalu mencekik lehernya dengan kuat. Sesekali dia memerhati sekeliling sekiranya ada yang memerhati gerak-gerinya. Dia kena pantas.

"Aku tak ada masa nak cakap baik-baik dengan kau!! Mana kau dapat anggota badan Kaum Hera? Huh??!!" soalnya geram. Matanya mencerlung tajam.

"A–aku tak...ta-hu...aku...ha–nya jual..." kata lelaki tua itu dengan muka yang merah padam. Tangannya terkial-terkial cuba melepaskan dari dicekik oleh Ace.

"Betul!..Aku tak tipu. Aku hanya menjual. Aku tak terlibat dengan mana-mana pembunuhan Kaum Hera" katanya dengan bersungguh-sungguh saat tangan Ace tidak lagi mencekik leher orang tua itu.

The Poison Blood: ACE  [COMPLETE]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang