Bab 18 : DERITA

477 38 3
                                        

Hujan renyai mula menyembah bumi seolah-olah tahu perasaannya ketika ini. Tatapan mata Ace pada kubur-kubur kawan-kawannya dipandang sayu. Kakinya melutut pada tanah sambil matanya berair. Saat itu dia mengimbas semula keadaan mereka ditemukan terlalu trauma buat dirinya. Ace menunduk ke bawah dengan tangisan yang jelas kedengaran.

"Kenapa...kenapa semuanya harus pergi dalam keadaan seperti ini...mereka terlalu tersiksa"

Ace memejamkan matanya sebentar, namun keadaan Lisa, Fiza dan Rina semasa mereka di tahan di kilang arak itu terjah semula dalam ingatannya.Getaran di jiwa masih tidak dapat dilenyapkan kerana apa yang dilihat oleh Ace cukup terseksa. Bibirnya masih bergetar, begitu juga tangannya.

'Kaki dan tangan yang dipotong'

'Kepala yang dipancung'

'Mulut yang dijahit'

'Badan yang penuh dengan suntikkan jarum'

'Organ hilang'

'Perut yang dibelah'

'Mayat Jef yang disumbat'

Segalanya kembali segar dalam ingatan Ace ketika ini. Tangisan Ace semakin kuat kedengaran di telinga Hayder, Ray dan Karl. Dadanya ditepuk beberapa kali dengan sedikit kuat. Kesedihan yang dialami tidak mampu dijelaskan dengan kata-kata.

Sakit? Sakit lagi jiwa yang merana kerana kehilangan.

Manakala Ray dan Karl berada betul-betul dibelakang Ace sambil memerhati Ace yang sedang berduka atas pemergian Jef, Rina, Fiza dan juga Lisa. Hujan semakin lebat.

Hayder berada di sisi Ace yang juga memerhati Ace. Tangisan Ace kedengaran di telinga Hayder. Pemergian kawan-kawannya cukup memberi impak besar pada kehidupan Ace. Sangat besar. Itu yang dia dapat lihat pada Ace.

Hayder perasan dengan perubahan gerak geri Ace yang kelihatan tidak begitu baik. Getaran badannya juga sangat ketara sekali. Matanya sekilas memandang wajah Ace yang sangat pucat dan tidak bermaya. Mungkin Ace sangat terkejut dengan apa yang telah berlaku. Mungkin.

Hampir 20 minit mereka berada dalam keadaan begitu demi menghormati perasaan Ace. Ke semua anggota badan mayat kawan-kawannya dikebumikan bersebelahan dengan kubur Jef. Apa yang dia lihat, Ace cukup berani untuk menguruskan sendiri mayat kawan-kawannya itu.

Pada awalnya, Hayder cuba untuk menegaskan pada Ace supaya tidak ikut campur dalam pengurusan perkebumian kerana keadaan Ace ketika itu sangat-sangat tidak bermaya. Namun kata-kata dari Ace membuat Hayder terkedu.

"Biarlah aku yang uruskan mayat mereka buat kali terakhir..."

"...Biarlah tangan Kaum Hera yang lakukan. Mereka terlalu tersiksa saat mereka mati ketika bersama dengan Kaum Ruth...

"..Jadi aku takkan biarkan ianya berlaku lagi untuk kali kedua" katanya dengan tegas.

Dari kata-kata Ace, dia faham apa yang dimaksudkan olehnya 'kali kedua' itu. Adakah Ace berfikir yang Hayder adalah kalangan Kaum Ruth seperti yang diceritakan olehnya. Walaupun ayahnya, Kapten Omar merupakan Kaum Ruth namun misi dan visi nya tidak pernah seiring dengan ayahnya. Dia tiada pilihan selain mengikut telunjuk ayahnya.

Tatapan Hayder pada Ace sangat teliti. Matanya terlihat berair dan kemerahan. Apa yang dilalui oleh Ace, jika dia berada ditempatnya mungkin tidak sekuat Ace.

"Rina..Fiza....Lisa....maafkan aku...aku minta maaf.."

"Jef...terima kasih jaga kawan-kawan aku...terima kasih..."

Ace bangun dari posisinya sambil dibantu oleh Hayder kerana luka di kakinya masih belum pulih sepenuhnya. Hayder dan Ace saling berpandangan dan mengukirkan senyuman ringkas pada Hayder. Hayder tahu senyuman itu adalah untuk memberi isyarat yang bahawanya dia 'okay' walaupun sebenarnya tidak.

The Poison Blood: ACE  [COMPLETE]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang