BAB 24: PENJARA (18+)

723 25 11
                                        

Sepasang mata yang menatap tepat pada bebola mata perempuan di hadapannya. Jadi, Ace sudah tahu usul asalnya. Mereka persis begitu juga hala tuju mereka yang sama iaitu..

'Kebebasan Kaum Hera'

Ketika itu, bebola mata mereka berdua mula bersinar cerah sambil menatap antara satu sama yang lain.

Senyuman sinis terukir dibibir Ace. Mereka berdua memiliki identiti yang luar biasa iaitu bebola mata mereka yang bercahaya. 

Mata Hayder beralih pada mayat Alex. Agak teruk Alex dikerjakan oleh Ace.

"Ini kali kedua kau jadi seorang pembunuh" ringkas dan padat.

"Bukan. Kali ketiga. Kali ini, aku bunuh kaum aku sendiri" bidasnya. Dia tidak pernah terfikir yang dia akan bunuh salah satu dari kaumnya sendiri. Tiada kata maaf dari seorang pengkhianat. 

Pandangan Hayder mula bertukar rasa tidak sedap hati setelah meneliti mayat Alex.

"Kau yakin? Mayat Alex ni clean sebelum kau bawa dia ke sini?" soal Hayder dengan tegas. Seolah-olah dia seorang tenaga pengajar. Clean yang dimaksudkan oleh Hayder tiada GPS tracker yang terdapat pada Alex.

Ketika itu, mata Ace terbeliak luas terus wajahnya teralih pada mayat Alex.

Sepertinya, tekaan Hayder betul. Wajah terkejut Ace sudah dia dapat agak.

"Kau tak check ke? Huh? Benda basic yang kau patut buat? Masa kau jadi agen dulu mesti kau kelas belakang kan?" marah Hayder.

Terkedu Ace mendengar bebelan Hayder. Memang betul silap dia bawa Alex tanpa periksa tetapi menuduh dia sebagai pelajar kelas belakang adalah tuduhan yang sangat melampau. Sedangkan dia merupakan top student.

Hayder mendekati mayat Alex yang sudah rebah sambil meneliti setiap anggota badannya.

Setiap anggota badan mayat Alex diraba setiap sisi sekiranya ada alat tracker yang disisipkan. Sesekali itu, dia agak terkejut juga dengan setiap tusukan Ace pada mayat itu. Sangat tepat dan dalam. Jelas rasa dendam yang teramat dan Ace juga seorang yang snagat terlatih. 

Keadaan Hayder yang mencangkung diperhati olehnya. Hayder sangat teliti.

Sementara itu, tangannya yang sedang menyeluk poket seluar Alex di sebelah kiri. Ada sesuatu yang mencurigakan dan ketika itu Hayder mengeluarkannya.

"Kau silap kali ini, Ace" pandangan mata Hayder kali ini sangat tajam dan tegas. Jelas Hayder menahan marah. Kesilapan Ace kali ini sangat besar. Dia telah membuka ruang kepada musuh untuk memburu dirinya.

Ace terdiam seribu kata. Betul kata Hayder. Kali ini dia membuat kesilapan sangat besar.

Karl dan Ray muncul di hadapan bilik itu sambil mata mereka teralih pada mayat Alex.

"Malam ni, kita kena keluar dari rumah ni dengan segera. Disebabkan kecuaian kau, kita semua dalam keadaan bahaya" arahnya sambil mata garang Hayder pada Ace.

Ace hanya mengangguk setelah mendengar arahan dari Hayder. Begitu juga Karl dan Ray.

Ketika itu, Hayder menjatuhkan GPS tracker di atas lantai lalu dipijak sehingga berkecai.

"Jangan ulang kesilapan bodoh kau lagi, Ace!" tegas Hayder. Matanya tajam menikam bebola mata Ace.

Karl mendekati mayat Alex. Begitu juga Ray. Mata mereka juga turut meneliti mayat itu.

Tertancap mata Karl pada sesuatu yang terdapat pada lantai. Kemungkinan barang Alex yang terjatuh.

Sangkaannya meleset setelah pendrive yang berada pada tangannya tertera nama 'ACE'.

The Poison Blood: ACE  [COMPLETE]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang