BAB 25: SURVIVE? (18+)

649 33 8
                                        

Tiga hari berada di dalam bilik tahanan sudah pun berlalu. Mata helang Ace hanya memerhati pengawal yang sudah beredar setelah mengiringinya ke sel penjara.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam sel penjara, terus Mak cik Sarah meluru ke arahnya. Begitu juga Mak cik Siti dan Mak cik Mar.

Wajah tenang Ace ditatap lembut oleh mereka. Kedua-dua pergelangan tangannya dipegang kejap oleh Makcik sarah sambil matanya tidak berhenti memerhati wajah Ace yang penuh dengan luka-luka kering.

"Anak okay? Sakit? Dah makan?" soal Mak cik Sarah tanda prihatin.

Ace hanya menggeleng kecil dengan matanya mula berkaca. Terharu kerana sikap prihatin mereka.

Sementara itu, cepat-cepat Makcik Siti memberi Ace sebiji kentang sambil matanya memerhati sekeliling. Takut jika ada pengawal yang memerhati tindakannya yang mengambil lebih dari kuantiti yang ditetapkan.

Ace terkejut dengan sikap mereka. Sangat baik untuk nya. Dia menyambut pemberian itu dan mengukir senyuman tanda terima kasih lalu memasukkan kentang itu ke dalam koceknya.

"Jangan lupa makan. Ace kena ada tenaga untuk lawan mereka. Mereka tak akan berhenti kacau anak dara di sini" pesan Makcik Mar pada Ace.

—--------------------------------------------------

Ace dan semua banduan beratur untuk mengambil makanan malam dan ada beberapa bualan yang menarik perhatiannya dari sekumpulan makcik-makcik.

"Tak pernah-pernah ada makanan malam selama bertahun aku di sini" kata salah seorang makcik dihadapannya.

Dia hanya mendengar segala perbualan mereke.Seketika itu, ada sekumpulan banduan lelaki yang memerhati Ace dari jauh. Dari pandangannya, mereka bukannya Kaum Hera sebaliknya Kaum Ruth.

Tapi kenapa Kaum Ruth juga ada di sini? Adakah mereka juga penjenayah?. Soal hatinya.

"Mak cik, macam mana banduan Kaum Ruth ada di sini?" bisik Ace pada Mak cik Mar.

"Jangan tersilap. Mereka bukan banduan walaupun baju yang mereka pakai seperti kita."

"Maksud Mak cik Mar?" soal Ace dengan penuh kekeliruan.

"Rata-rata mereka merupakan Kaum Ruth yang sedang meneliti banduan Kaum Hera yang ada kebarangkalian untuk dijadikan bahan uji kaji. Selalunya mereka akan pilih mereka yang muda-muda." jelas Mak cik Mar dengan suara yang perlahan.

Ace mengangguk tanda faham dengan apa yang dijelaskan oleh Mak cik Mar.

'Jadi banduan juga tidak terlepas untuk dijadikan bahan uji kaji untuk penghasilan racun mereka' getus hatinya.

Makanan malam dihadapan Ace diperhati kosong. Dia melihat sekeliling semua banduan termasuk Mak cik Sarah, Mak cik Mar dan Mak cik Siti menikmati makanan yang disediakan dengan pantas.

Tidak pelik kerana makanan ni agak menyelerakan tapi tidak bagi Ace. Ada sesuatu yang tidak kena pada perhatiannya. Sikit pun dia tidak menjamah makanan tersebut.

Pap!!!

Tanpa Ace sedari ada seseorang yang mengambil tempat kosong di sebelahnya lalu makanannya diletakkan di sebelah Ace.

"Jangan makan" larang lelaki itu dengan tegas dan nada perlahan.

Ace menoleh kepalanya disebelahnya dan ada seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya. Tertera namanya 'Nash' pada tagnya diperhati olehnya.

"Kau tahu apa yang mereka letak dalam makanan ni?" soal Ace dengan perlahan.

"Ubat tidur" jawabnya dengan ringkas. Matanya juga tidak terlepas memerhati pengawal-pengawal disekeliling mereka.

The Poison Blood: ACE  [COMPLETE]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang