Tepat 4 pagi, Ace sudah selamat melahirkan seorang puteri yang sihat dan cukup sifatkan. Terdapat beberapa komplikasi semasa Ace melahirkan anak itu ke dunia sehingga terpaksa melakukan operasi demi menyelamatkan kedua-dua nyawa itu.
Ace yang berada di atas katil dipandang sayu oleh seseorang.
Tanpa buang masa lelaki itu, mengejutkan Ace dari tidurnya dengan mengocangkan sedikit bahu perempuan itu.
"Ace bangun!!! Bangun Ace!!" tidak berhenti lelaki itu mengoncang bahu Ace supya dia sedar.
Kelihatan Ace sudah membuka matanya dengan lemah. Nafasnya di atur.
"Nash.." panggil Ace saat wajah Nash muncul di hadapannya.
"Ace kau kena keluar dari sini. Sekarang!!! Kau tak ada masa!!" arah Nash dengan terburu-buru. Dia menolong Ace bangun dari pembaringannya.
Setelah itu, Nash melangkah ke arah bayi perempuan yang berada disebelah Ace diambil lalu diserahkan ke pada pangkuan Ace dengan keadaan terburu-buru.
"Kau bawa anak kau keluar dari sini. Mereka akan akan ambil anak kau sekejap lagi." katanya sambil bayi itu bertukar tangan.
"Anak kau akan mati kalau jatuh di tangan mereka. Kau juga akan jadi mangsa mereka" ujarnya lagi.
Mangsa yang dimaksud oleh Nash sudah cukup memberi kefahaman yang penuh apa yang bakal terjadi.
Ace juga cemas saat melihat Nash yang turut cemas. Nash membantu Ace bergerak turun dari katil itu sambil anak kecil itu berada dalam pangkuannya.
"Ambil kunci ni. Laluan yang ke-6 ada satu pintu berwarna hijau. Kau keluar melalui pintu tu. Hayder, Ray dan Karl tunggu kau disitu. Mereka akan selamatkan kau."arah Nash dengan bersungguh sambil menyerahkan satu kunci kepada tapak tangan Ace.
"Macam mana dengan kau?" soal Ace. Bebola matanya jatuh pada pandangan Nash.
"Kau tak perlu risau pasal aku. Aku tahu selok belok penjara ni. Aku nak kau tahu, aku buat semua ni sebab aku nak selamatkan kau. Aku minta maaf atas tindakan aku tempoh hari." jelasnya pada Ace.
Ace menganggukkan kepalanya beberapa kali.
"Kali ni kau akan selamat, Ace" ringkas senyuman diberikan kepada Ace.
"Ini pemberian aku pada kau. Guna dengan cermat" kata Nash sambil menghulur sepucuk pistol yang berisi peluru.
Ace menyambut huluran tersebut lalu disisipkan pistol itu di bahagian pinggangnya.
"Thanks"
—--------------------------------------------------------
Ace berlari sekuat yang mungkin untuk keluar dari laluan ke-5, namun pengawal Kaum Ruth itu telah melepaskan tembakan sehingga terkena dibahagian bahunya. Darah mula mengalir.
"ARGHHHH!!!" jerit Ace.
Terduduk Ace. Nasib baik bayinya masih berada di dalam pangkuannya.
Dia cuba bangun dari rebahannya, lalu memulakan langkah secepat yang mungkin. Ace juga melepaskan beberapa tembakan ke arah pengawal. Ada dari mereka yang mati setelah terkena tembakan Ace.
Ace cuba bersembunyi disebalik dinding setelah mereka melepaskan beberapa das tembakan . Nafasnya di atur. Saat itu, dia memandang wajah anaknya itu yang putih bersih. Sungguh hatinya berasa sayu melihat nasib anaknya.
Bibir anak itu merekah merah dan hidungnya sedikit mancung. Dia masih nyenyak ketiduran. Ace perasan yang bebola mata anak nya itu persis seperti dirinya tapi kelabunya lebih cerah berbanding dirinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Poison Blood: ACE [COMPLETE]
Mystery / Thriller[TAKE THE RISK OR LOSE THE CHANCE] Satu demi satu kematian yang di hadapi oleh Ace akan menemukan Ace dengan Bunga Red Spider Lily. 'Atau lebih dikenali sebagai Bunga Kematian' Apakah kaitan bunga itu dengan dirinya. Adakah diri dia di perhatikan o...
![The Poison Blood: ACE [COMPLETE]](https://img.wattpad.com/cover/342533151-64-k663365.jpg)