BAB 26: BERCELARU

289 10 1
                                        


"Jef!!!" terjerit kecil Ace sehingga tersedar dari lenanya. Tangan kanannnya diletak di dadanya. Terasa degupan jantung memainkan irama kuat. Matanya dipejam rapat sehingga ada air mata yang mengalir di tubir matanya. Nafasnya dikawal semula.

'Jef muncul dalam mimpi aku' getus hatinya.

Tangannya mengusap lembut perutnya yang menipis. Tangannya mengepal kuat menahan kesedihan yang teramat dengan apa yang telah berlaku pada dirinya.

Suara tangisan mula keluar dari bibirnya namun dia menutup dengan telapak tangannya supaya tidak mengganggu penghuni di sel penjaranya.

Matanya memerhati sekelilingnya. Masing-masing sedap diulit mimpi sedangkan dirinya masih trauma dengan kehadiran' bangsat-bangsat' di malam hari yang telah menghantui seluruh kehidupannya.

Peristiwa itu terlalu perit untuk diingati semula. Sukar untuk dirinya melelapkan matanya pada malam hari. Wajah-wajah bangsat tu masih mengganggu pemikirannya.

Tanpa dia sedari, Nash mendekati Ace dan dipisahkan dengan jaringan besi. Wajah sayu Ace dipandang lembut oleh Nash. Matanya teralih pada perut Ace menipis itu.

Saat itu, pergelangan tangan yang penuh dengan parut turut diperhatikan. Banyak kesan parut namun ia semakin pulih namun ada cerita perit disebalik luka-luka itu.

'Sungguh perit ujian kau, Ace'.

Sejak kebelakangan ini, Nash perhati Ace banyak berdiam diri manakala malam hari dia sentiasa melihat Ace tidak mampu melelapkan matanya. Mungkin Ace masih trauma.

Di sudut hati Nash berasa kesal kerana tidak mampu menolongnya. Dia khawatir yang Ace mungkin akan jadi mangsa yang seterusnya. Seperti sebelum ini, mereka akan hilang tanpa jejak setelah mereka melahirkan bayi di sini. Dia berharap Ace akan keluar dari sini sebelum dia melahirkan bayinya.

"Ace" panggil Nash dengan lembut.

Teralih pandangan wajah Ace pada susuk tubuh itu. Wajah Ace yang kebasahan dengan air mata diperhati oleh Nash.

Terpampang wajah Ace yang semakin mencengkung dan agak tidak bermaya seakan-akan tidurnya tidak mencukupi. Dia perasan sejak kebelakang ini, Ace terjaga hampir setiap malam.

"Kau okey? Kenapa tak tidur lagi? Dah malam dah ni. Kau perlu tidur yang cukup demi kesihatan kau dan anak kau, Ace" ujarnya dengan penuh lembut dan prihatin.

Ace hanya mengukir senyuman ringkas seperti dia terpaksa untuk menjadi setenang itu.

"Aku okey. Kau jangan risau dengan keadaan aku. Setelah semua yang berlaku pada aku, aku tak mampu nak lelapkan mata aku. " ringkas namun masih tersisa rasa kesedihan di sudut hatinya. Nadanya hanya bersahaja. Tiada emosi yang dapat diperhatikan.

"Kau lapar ke?" tanya Nash sambil tangannya menyeluk poket dan menghulur sebiji kentang pada Ace sambil tersenyum.

Ace menggelengkan kepalanya.

"Kau simpan saja kentang tu untuk kau, Nash. Aku tak lapar" ujar Ace dengan lembut. Risau jika katanya yang mungkin mengguris perasaan Nash kerana tolak pemberiannya.

"Kau lebih memerlukannya. Kau tak makan langsung dari pagi. Anak kau tu perlukan tenaga untuk berkembang sihat. Esok pagi mereka akan kerah tenaga kita. Dan kau tak akan dikecualikan. Aku tak tahu sama ada kau mampu hadap esok hari atau tidak. Tenaga kau masih lemah. Pemikiran kau masih bercelaru. " jelas Nash dengan nada prihatin.

Seperti biasa banduan-banduan di sini akan dikerah tenaga mereka untuk menjadi buruh paksa untuk mengendalikan mayat-mayat Kaum Hera yang telah dibunuh. Dan...

The Poison Blood: ACE  [COMPLETE]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang