SUSUK tubuh Ray melangkah masuk ke kafe tatkala lambaian tangan Carl kelihatan. Teguran sapa yang kedengaran oleh beberapa orang pekerjanya sekadar dibalas dengan gumaman. Kerusi kosong berhadapan Carl ditarik lalu duduknya dilabuhkan.
"Ingatkan tadi nak kena jemput dulu baru nak datang." Tegur Carl yang terang-terangan bersarkastik. Bibir menyenget sedikit tatkala Ray kini sedang memandang ke arahnya.
"Aku sibuklah." Jawab Ray senada. Untung sahajalah dia berjaya rajinkan diri untuk 'makan tengahari' bersama Carl. Jika tidak kerana lelaki itu adalah temannya, dia rela untuk kekal berada di ofis sahaja.
"Welcome to Imperial Cafe, Encik Ray. Encik nak minum atau makan apa-apa?"
Ray pusingkan kepalanya ke tepi tatkala salah seorang pelayan kafe tiba di mejanya. Rasanya semua orang sudah sedia maklum bahawa dia adalah pemilik kafe di dalam hotel Imperial ini.
"Vanilla Latte." Ray angkat jari telunjuknya menandakan dia mahu satu cup vanilla latte.
"Makan?" Pekerja tersebut cuba menawarkan buku menu tetapi laju Ray menolak.
"It's okay."
"Baik, Encik Ray." Pekerja tersebut menunduk sedikit manakala Ray pula sekadar menganggukkan kepalanya. Seketika seluruh kawasan kafe Imperial yang agak padat dengan kehadiran ramai dianalisa sekali lalu.
"Asal tak makan? Diet?" Soalan yang terbit dari bibir Carl itu buatkan Ray mencebik sedikit. Soalan jenis apa yang Carl tanya padanya ini?
"Tak lapar." Jawabnya seringkas yang mungkin. Memang betul dia tak lapar.
Atau frasa yang sebetulnya adalah tak ada selera.
"Bukan selalunya orang yang marah-marah ni akan lapar cepat ke? Kau ni terbalik ke macam mana?" Carl pincingkan matanya pada Ray manakala Ray pula sudah mengerutkan dahi.
Seketika otak cuba memproses maksud lelaki itu sebelum perlahan-lahan kepala Ray mengangguk. "Laju juga informer-informer kau ni buat kerja kan?" Kali ini giliran Ray pula bersarkastik namun ia hanya mengundang tawa Carl.
"Of course. Diorang well-trained kot. Mesti mau laju ma." Carl sengih sehingga menampakkan gigi putihnya sementara Ray kekal sebagai pemerhati.
Entah siapa-siapalah agaknya informer si Carl ini. Begitu pantas maklumat yang baru sahaja berlaku sejam yang lalu sampai ke telinga temannya itu.
"Aku marah bersebab, Carl. Bukannya saja-saja." Ujar Ray kembali. Isu penthousenya yang terbengkalai kembali bermain di fikiran buatkan dia hela nafas.
"Itu aku faham. Cuma yang aku tak fahamnya macam mana si Badrina, the most perfect secretary ever exist tiba-tiba boleh tersalah langkah? Badrina tu bagus kot. Aku suka tengok dia bekerja." Komen Carl pula.
Baginya, Badrina sangat sesuai bergandingan bersama Ray. Jika Ray adalah seorang yang perfectionist, Badrina pula adalah seseorang yang akan melakukan apa sahaja demi memuaskan hati Ray.
Secocok bukan?
"Dia cakap lepas Laura berhenti, aku mungkin dah tak perlukan private housekeeper lagi jadi dia suruh pihak HR untuk turunkan iklan tu." Ray ujarkan ayat tersebut bersama wajah yang kepelikan. Sejujurnya dia sendiri tidak faham maksud Badrina tetapi dia memilih untuk tidak bertanyakan apa-apa.
Carl diam, dahinya turut berkerut sama mendengarkan kata-kata Ray itu. Bibir hendak berkata-kata tetapi kemunculan pelayan yang membawa pesanan mereka membantutkan tingkahnya.
"Enjoy the drink, Encik Ray, Encik Carl." Ujar pelayan tersebut bersama senyuman.
Carl pusingkan kepalanya kepada pelayan tersebut sebelum dia turut sama senyum. "Thank you," Tag nama pelayan tersebut dibacanya sebelum matanya memandang wajahnya. "Aspalela. Thank you, Aspalela." Ujar Carl mesra.