FAIL di tangan dibawa mendekati Ray sebaik sahaja Badrina mendekati lelaki itu.
"Encik Ray boleh sign dekat sini," kata Badrina bersama jari yang diunjukkan pada column yang perlu ditandatangani oleh Ray.
Ray segera mencapai pen yang berada di atas meja lalu dokumen pemberian Badrina itu segera ditandatanganinya.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan pada pintu yang agak tiba-tiba itu buatkan mereka berdua automatik memalingkan wajah ke arah pintu. Seketika kemudian pintu tersebut dikuak dari luar dan bayangan Carl kini mula kelihatan.
"Ada apa-apa lagi?" Ray kembali memandang ke arah Badrina bersama soalan yang terbit dari bibirnya.
"Tak ada, Encik Ray." Badrina geleng kepalanya tanda tidak.
"Awak boleh keluar dulu." Arah Ray pada Badrina dan gadis itu hanya mengangukkan kepalanya. Badan ditundukkan sedikit sebelum dia keluar dari bilik tersebut. Sempat bibirnya mengukir senyum pada Carl yang masih berada bersandar pada pintu bilik.
Sesudah menghantar pemergian Badrina, Carl segera menutup pintu bilik Ray lalu langkah segera dibuka mendekati meja lelaki itu. Kerusi berhadapan Ray ditarik dan duduk dilabuhkan di situ.
"Ada apa kau datang bilik aku ni?" Tanya Ray tanpa nada pada Carl yang cuma kekal diam sedari tadi. Mata yang tadinya memandang ke arah iMac dialihkan menghadap lelaki itu.
Carl angkat keningnya ke atas. "Kenapa? Ada peraturan baru ke yang cakap aku tak boleh masuk bilik ni?" Sengaja Carl bersarkastik namun Ray sepertinya tidak terkesan dengan kata-kata lelaki itu.
"Cut the crap, please." Pinta Ray bersahaja. Tubuhnya juga sudah disandarkan pada kerusi buatkan pandangannya dan juga Carl bersabung lama.
"Aku dengar cerita yang kau dah berhentikan Laura. Apa kes?" Soal Carl tanpa selok-belok. Wajahnya tika itu serius menandakan dia benar-benar ingin berbincang secara serius dengan Ray.
"Correction. Bukan aku yang berhentikan dia tapi dia sendiri yang nak berhenti." Kata Ray bersama wajah yang kekal tidak berperasaan.
"Okey, tolak tepi soal tu. Aku cuma nak tahu apa yang dah jadi sampaikan Laura berhenti. Sebab setahu aku Laura tu komited dengan kerja. Tak pernah lagi aku dengar kompelin pasal dia sejak dia mula kerja dekat sini tahun lepas mahu dari Kak Gee atau department lain." Panjang lebar Carl berkata-kata, menginginkan kepastian daripada Ray.
Selaku seseorang yang mengenali Laura itu bagaimana orangnya, Carl ingin tahu mengapa gadis itu tiba-tiba memilih untuk berhenti secara mendadak.
"Yang kau beria sangat nak tahu pasal dia ni kenapa? Ada simpan perasaan ke macam mana?" Tanya Ray penuh sinisan. Dari gaya Carl itu sepertinya tidak berpuas hati dengan kes pemberhentian gadis itu.
"Ini bukan soal perasaan, Ray. Aku cuma nak tahu apa yang jadi sebab aku rasa selama ni prestasi kerja dia bagus. Kenapa bila sampai dekat kau je semua benda jadi tak kena?" Tanya Carl pelik.
Soalnya ini bukan kali pertama pekerja-pekerja mereka berhenti apabila berada di bawah Ray. Sudah hampir 4 orang jika termasuk Laura yang berhenti tanpa dia tahu apa sebabnya.
"Bukan salah aku kalau dia yang nak berhenti. Dan bukan salah aku juga kalau dia sendiri yang rasa tak selesa untuk terus kerja dekat sini." Ray angkat bahunya. Wajahnya kekal tidak berperasaan sementelah dia benar-benar tidak salah di dalam isu ini.
Laura sendiri yang ingin berhenti jadi kenapa dia pula yang menjadi punca?
"Aku tak cakap kau salah. Tapi aku nak tegur sikitlah perangai kau yang aku tak berapa berkenan." Carl sengaja mengawal nada suaranya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
RomanceVow Of Series #1 Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang...