Prolog

510 36 1
                                    

— 11 tahun lalu.

"SELAMAT DATANG ke rumah kedua papa, sayang." Tan Sri Alias senyum pada Alice saat mereka menapak masuk ke dalam banglo 3 tingkat itu.

Alice membuang pandang ke arah seluruh kawasan rumah yang serba mewah tika itu. Sungguh berbeza nampaknya pemandangan rumah papa yang agak besar dengan rumahnya dan ibu sebelum ini yang lebih kecil saiznya.

"Jom, papa kenalkan Lis dengan mama dan kakak-kakak Lis." Tan Sri Alias bersuara lagi, mematikan lamunan Alice itu.

Mendengarkan perkataan 'mama' dan 'kakak' yang disebut oleh papa itu entah kenapa menimbulkan rasa takut di hati Alice. Meskipun dia sudah tahu akan kenyataan bahawa papa punya seorang isteri dan anak perempuan yang lain, rasa itu tidak sama apabila bertemu dua mata dengan mereka.

Apatah lagi jika rakan-rakannya pernah berkata bahawa mempunyai keluarga tiri ini ibarat menempah derita dunia. Lebih-lebih lagi mereka bijak memakai topeng dua muka bagi mengaburi mata orang sekeliling.

"Lis, kenalkan, ini isteri kedua papa, Ungku Faizah." Ujar Tan Sri Alias tatkala mereka berdua sudah selamat tiba di kawasan ruang tamu.

Alice menelan liurnya payah tatkala matanya kini menangkap figura Ungku Faizah yang merupakan ibu tirinya. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah wanita itu dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Ungku Faizah ukir senyum pada Tan Sri Alias tatkala melihat tingkah Alice itu. Tanpa aba-aba, tubuh gadis itu dipeluknya erat buatkan Alice terngadah buat seketika.

"Finally, Lis datang juga rumah mama! Lama mama tunggu Lis tau," kata Ungku Faizah mesra usai meleraikan pelukan mereka. Wajah Alice yang jelas masih terkejut itu dipandang bersama senyuman.

"Hana, Yani.. mari sini sayang." Ungku Faizah pusing pula tubuhnya ke belakang. Memanggil kedua orang anak gadisnya yang turut sama berdiri.

Dengan langkah yang malas, Ungku Farhana dan Ungku Firyani datang mendekati Ungku Faizah. Budak perempuan yang dikenali sebagai adik tiri mereka itu dikerling buat seketika sebelum masing-masing memandang ke arah satu sama lain.

"Lis, ini kakak-kakak Lis. Yang kanan ni, Kakak Farhana. Yang kiri pula, Kakak Firyani." Ungku Faizah memperkenalkan Alice kepada dua orang anak gadisnya.

Alice pandang Ungku Farhana dan Ungku Firyani silih-berganti. Senyuman cuba diukir di hadapan mereka berdua meskipun dia masih takut dan gugup. Sama seperti tadi, huluran tangan dihulurkan di hadapan mereka berdua pula.

Ungku Farhana orang pertama yang menyambut huluran tersebut diikuti oleh Ungku Firyani pula. Kedua mereka memandang sesama sendiri bersama bahasa isyarat yang cuma mereka sahaja yang tahu sebelum masing-masing mengukir senyum, sinis.

Tangan Ungku Farhana kini naik menyentuh bahu Alice bersama tubuh yang dicondongkan ke bawah bagi menyamai ketinggian gadis itu. Pandangan matanya menatap wajah polos Alice lama. Seketika, dia tersenyum manis.

"Nama penuh Lis apa?" Tanya Ungku Farhana.

"Alice Dayana." Balas Alice bersama mata yang turut memandang ke arah Ungku Farhana.

"Cantik nama Lis! Kak Yani suka."

Suara Ungku Firyani yang kedengaran secara tiba-tiba itu buatkan pandangan Alice beralih ke arah gadis itu pula. Bibir turut mengukir senyum manis apabila kakaknya itu memuji namanya.

"T-terima kasih, Kak Yani."

Ungku Farhana dan Ungku Firyani senyum lucu. Nampaknya gadis sepolos Alice ini begitu mudah untuk mereka 'beli' meskipun cuma dengan kata-kata manis.

"Mulai harini, Lis dah tak sorang-sorang lagi tau. Kak Hana dengan Kak Yani akan sentiasa ada dengan Lis. Kitaorang berdua akan jaga Lis macam adik kitaorang sendiri. Sampai bila-bila." Kata Ungku Farhana sambil mengusap rambut Alice.

"Betul! Dan mulai harini juga kita akan sentiasa kawan bertiga. Mana Kak Hana dengan Kak Yani ada, Lis pun mesti kena ada! Bestfriend forever." Sambung Ungku Firyani pula. Bibir bijak mengukir sengih yang paling manis di hadapan adik tirinya itu.

Alice turut senyum. Perlahan-lahan kepalanya mengangguk bersama bibir yang turut tersenyum sama. Dan tika itu tanpa aba-aba, tubuh Ungku Farhana dan Ungku Firhani dipeluknya erat.

"Lis sayang Kak Hana dengan Kak Yani!" Ucap Alice, ikhlas.

"Kak Hana dengan Kak Yani pun sayang Lis juga." Balas mereka berdua serentak, belakang badan Alice diusap-usap beberapa kali. Bibir masing-masing tika itu lebar dengan senyuman yang penuh kepalsuan.

Pandangan Tan Sri Alias dan Ungku Faizah tika itu bersatu melihatkan penyatuan ketiga-tiga anak gadis mereka. Senyuman puas hati terukir di bibir Tan Sri Alias tika itu melihatkan betapa kasihnya kedua orang puterinya itu pada puteri tunggalnya itu.

Sesungguhnya janjinya pada Nazarine sudah pun tertunai tatkala dia lihat Alice sudah mampu tersenyum semula.

Tenanglah Rine di sana, sayang. Abang disini akan sentiasa menjaga amanat Rine untuk pelihari Alice Dayana kesayangan kita dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Abang janji.

Vow Of HopeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang