01

251 32 3
                                    

ANGIN YANG datangnya dari tingkap bilik itu serta-merta mematikan lamunan Alice yang berada di 11 tahun dulu. Kembali sedar, helaan nafas lemah kini terbit dari bibirnya entah kenapa.

Mata yang tadi memandang tingkah kembali terpateri pada surat yang berada di tangan. Buat kali yang entah keberapa isi surat itu Alice baca lagi.

Dear Miss Alice Dayana,

Offer In Admission To Amsterdam University Of Applied Sciences, Netherlands.

We are pleased to inform you that you have been offered admission to the Business Administration at the Faculty Of Business And Economics, starting on 18 November 2024. Congratulations on your achievement!

Alice pejam matanya rapat bersama kepala yang dibaringkan di atas meja belajarnya. Entah kenapa sejak surat ini sampai ke tangannya pagi tadi, hatinya berasa tidak enak.

"Bukan ke sepatutnya kau happy, Lis? Kau dah dapat apa yang kau impikan selama ni. Kau dah berjaya capai cita-cita kau macam yang kau janji dengan ibu dulu." Alice bersuara perlahan, bertanyakan soalan tersebut pada dirinya sendiri.

Tapi..

"Walau apa pun yang jadi, aku tak akan pernah benarkan kau keluar dari rumah ni! Tak ada tempat yang lagi sesuai dengan muka kau selain di rumah ni!"

Kata-kata mama saat dia mendapat tawaran untuk menyambung Diploma di Kolej Profesional Engku Zach (KPEZ) kembali berlayar di fikiran. Jelas sekali Ungku Faizah tidak akan pernah membenarkan dia pergi.

Jika di dalam negara pun wanita itu tidak benarkan, apa jaminan yang dia ada bahawa mama akan membenarkan pula untuk kali ini? Lebih-lebih lagi apabila kali ini di luar negara. Pasti mama akan membangkang sekeras-kerasnya.

"Susahnya." Hanya kata-kata itu yang mampu dia katakan saat ini apabila jalan hidupnya selama ini sentiasa diaturkan oleh Ungku Faizah sendiri.

Jika dulu mama memaksanya untuk menyambung STPM di saat dia lihat kedua orang kakaknya menyambung pelajaran di kolej yang dia mahukan. Dan sekarang? Apa lagi aturan yang sedang menunggunya di masa hadapan?

Tok! Tok! Tok!

"Woi, Lis! Buat apa lama-lama dekat dalam tu?"

Ketukan di pintu yang agak kuat itu menyedarkan Alice sekali lagi dari lamunan jauhnya. Tubuh kembali ditegakkan tatkala suara Ungku Firyani kedengaran dari luar bilik.

"Y-ya, Kak Yani? Ada apa tu?" Jawab Alice dari dalam.

"Mama suruh kau turun masak. Papa dah nak balik." Kata Ungku Firyani tanpa nada.

Alice panggung kepala pada jam di dinding apabila mendengaran ujaran Ungku Firyani. Tangan kini ditepuk ke dahi melihatkan jarum jam kini sudah menunjukkan pukul 5:30.

Itulah dia hasil mengelamun jauh! Sampai lupa yang dia harus masak untuk kepulangan papa!

"Okey! Sekejap lagi Lis turun! Lis baru siap mandi ni." Ujarnya memberi alasan. Surat di atas meja dilipat kembali dan dimasukkan ke dalam sampul sebelum disumbatkan ke dalam laci.

"Cepat sikit. Orang dalam rumah ni dah kebulur sementara nak tunggu kau siap." Perli Ungku Firyani sedas sebelum dia turun ke bawah.

Mendengarkan derap tapak kaki Ungku Firyani yang sudah turun, Alice segera menyambar tuala yang digantung pada wooden rack. Dia harus mandi dengan kadar yang cepat sebelum mama pula yang mengetuk pintu biliknya!

Baru sahaja telapak kakinya masuk ke dalam tandas, tubuh kembali dipusingkan ke belakang. Tubuhnya kaku buat seketika memikirkan keadaan surat tadi yang sudah selamat disorok ke dalam sebuah fail.

Vow Of HopeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang