05

308 26 1
                                    

TALAM di dalam pegangan dibawa perlahan-lahan mendekati kawasan ruang tamu. Suara mama, papa serta Farhana dan Firyani kedengaran jelas serta-merta tatkala Alice sedang berlutut di atas meja.

"Please, pa. Lagipun dah lama apa kitaorang tak keluar sama-sama? Kan Yani, kan?" Ungku Farhana pusingkan kepala menghadap Ungku Firyani dan tika itu laju kepala gadis itu mengangguk, mengiyakan.

Alice menterbalikkan 4 biji cawan di atas meja. Kini tangannya mencapai pula jag berisi teh itu sebelum dituang ke dalam satu-persatu cawan tersebut dan ditolak ke arah mereka berempat.

Tan Sri Alias pincingkan matanya ke arah dua orang anak gadisnya itu. Cawan teh di atas meja dicapai sebelum dia menyisipnya perlahan. Sempat di ucapkan terima kasih kepada Alice bersama senyuman.

Ungku Farhana dan Ungku Firyani menjeling sekilas ke arah Alice. Ucapan terima kasih yang kedengaran tidak ikhlas itu diucapkan bagi mengelakkan Tan Sri Alias dari menghidu hubungan mereka yang sudah kian renggang.

"Betul cakap Hana tu, abang. Maklumlah, sebelum ni Hana dengan Yani asyik sibuk je dengan assignment semua tu. Sampaikan nak ada masa untuk keluar berdua pun kurang." Ungku Faizah bersuara, mengeluarkan hujah-hujah cubaan untuk memujuk si suami. Bibirnya mengukir senyum di hadapan Tan Sri Alias sebelum dia turut pandang kedua anak gadisnya.

Ungku Farhana dan Ungku Firyani sama-sama memberi isyarat mata kepada Ungku Faizah untuk terus memujuk lelaki itu.

"Papa sebenarnya tak ada masalah pun kalau nak bagi Hana dengan Yani keluar." Tan Sri Alias kembali membuka kata yang membuatkan Ungku Farhana dan Ungku Firyani sudah tersenyum gembira.

Nampaknya mereka ada peluang!

"Tapi.. kenapa berdua je? Tak cuba ajak Lis sekali?"

Alice yang baru sahaja ingin bangun dari berlutut sedikit terkedu tatkala papa menyebut namanya. Kepala diangkat ke atas sebelum pandangannya beradu dengan pandangan mama yang tajam menusuk ke dalam anak matanya.

"Dahlah, papa! Yani dengan Kak Hana dah cuba ajak Lis tapi Lis sendiri yang cakap dia taknak." Ungku Firyani menjawab bersama nada yang sedikit gagap.

"Itulah, papa. Even sebelum-sebelum ni pun sama. Setiap kali Hana atau Yani ajak Lis keluar, mesti dia tolak. Tak tahulah kenapa," sambung Ungku Farhana, mencipta penipuan buat kesekian kalinya. Wajah dibuat-buat sugul seoleh-olah kecewa dengan penolakan adik tirinya.

Alice diam. Tidak tahu untuk bereaksi bagaimana setiap kali papa ditipu oleh mereka bertiga.

"Hm, betul ke Lis taknak?" Tan Sri Alias pandang Alice kembali. Pandangan utuh meminta jawapan dari anak gadis tunggalnya itu.

Diam. Alice telan liurnya terlebih dahulu. Sesekali dia cuba kerling ke arah Ungku Farhana dan Ungku Firyani namun seperti biasa, mereka pastinya akan mengisyaratkannya untuk turut sama menipu.

Hela nafas, akhirnya Alice menganggukkan kepalanya. Bibir pula cuba mengukir semanis mungkin senyuman buat papa. "Betul, papa. Kak Hana dengan Kak Yani dah cuba ajak Lis tapi Lis yang taknak." Tipunya.

Serta-merta Ungku Farhana dan Ungku Firyani ukir senyum sinis. Again, anak kesayangan Tan Sri Alias menipu!

"Tapi kenapa? Lis tak bosan ke asyik duduk rumah?" Pelik juga dia dengan Alice ini terkadang. Susah betul nak ajak anak gadis yang seorang ini keluar dari rumah. Pasti sahaja ada alasannya untuk menolak.

Vow Of HopeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang