Tengku Zain Zaiel terus menutup pintu.Langkah kaki nya berjalan menuju cermin.Dirinya bercakap seorang diri menghadap cermin.
"Kenapa kau bodoh sangat Zain Zaiel..rosak nama Tengku kau keluar macam tu sahaja depan perempuan"dirinya bercakap menghadap cermin di depannya.
*****
Sarapan sudah dihidangkan di atas meja.Menu yang dimasak oleh Liea merupakan menu sarapan yang sering arwah nenek nya masak untuk nya iaitu Nasi goreng kampung dan air Milo.Liea mendekat ke arah mak Ejah dan mak Esah.
"Mak cik..boleh tolong Liea panggilkan Tengku?"tanya Liea dengan lembut dan memeluk lengan mak ejah
Mak Esah dan mak Ejah ketawa dengan kelakuan gadis yang Tuan mereka selamatkan semalam.
"Kenapa Liea tak panggil sendiri tuan dekat atas tu"tanya mak Esah cuba mengusiknya.Luea hanya tersenyum macam kerang busuk sahaja di sebelah mak Ejah dan tangan nya masih memeluk lengan mak Ejah.
"Tunggu Sini ya..mak Ejah panggil tuan dulu"kata mak Ejah kepada Liea dan mak Esah.
"Hah Esah siapkan meja makan dulu..aku nak pergi atas panggil tuan"kata Mak Ejah sambil kaki nya melangkah naik tangga.
"Tuan...sarapan sudah siap.."
"Baik Mak Ejah"
Tengku Zain terus bersiap-siap memakai kemejanya berwarna hitam dan memakai Neck tie.
Dirinya terus menuruni tangga dan menuju ke meja makan.Bibirnya terukir senyuman melihat gadis yang diselamatkannya semalam kini sedang gelak ketawa dengan dua orang pembantu rumahnya.
Ekhem
Gelak ketawa tiba-tiba tiada kedengaran lagi.Mak Ejah dan Mak Esah terus meminta diri ke ruangan dapur.Dia hanya mengangguk dan matanya tertuju ke arah gadis bernama Liea.
Tengku Zain terus duduk di kerusi dan melihat ke arah Liea lagi.Sejujurnya hatinya sekarang sungguh malu akan apa yang terjadi di pagi-pagi hari tadi.Mahu ditutup malunya malah semakin malu.
Liea hanya menundukkan pandangan ke arah lantai dan duduk dengan senyap.Liea tidak berani menatap wajah jejaka di depannya kerana teringat akan peristiwa tadi.
Ekhem
Ekhem
Tengku Zain berdehem dua kali menyebabkan Liea terkejut lalu mata tertuju ke arah mata Tengku Zain Zaiel.Mata mereka saling bertikam dengan beberapa saat.Jangtungnya berdegup kencang.
"Dup Dap"
"Dup Dap"
"Aduh cantiknya gadis didepan mata ku ni.."dia berkata dalam hati.Dirinya menahan diri daripada senyum depan gadis itu.Namun pipinya sedikit merah.
Mata bertemu mata membuatkan waktu seakan-akan berhenti dan seperti akan ada rama-rama berterbangan disaat mata saling bertembung.Pipinya merona bak tomato dan cili yang sudah masak.
"Aduhai....kenapa lah orang tua ni kacak betul waktu ni..sedar Liea...dia Tengku kau hanya orang biasa..dia tua dari kau Liea..sedar Liea sedar"katanya di dalam hati.Tatapan terhenti disaat Mak Esah berdehem dan menuangkan teh panas ke dalam cawan milik Tengku dan diikuti dengan cawan miliknya.
Mak Esah terus meminta diri untuk ke ruangan dapur dan meninggalkan mereka berdua lagi.Liea memberikan senyuman manis ke arah Mak Esah.Keadaan menjadi sunyi lagi dan Liea hanya menatap nasi goreng kampung di pinggannya.
"Liea..."panggilnya dan sekali lagi mata Hazel Tengku Zain Zaiel bertembung dengan mata hitam milik Liea Thalia.Liea terus membuang pandangan ke arah lain.
"Saya nak awak...jangan panggil saya Tengku Zain .."pintanya kepada Liea dengan senyuman terukir di hujung bibirnya.
...
YOU ARE READING
LIEA THALIA
Teen Fictionseorang gadis remaja yang tiada keluarga dan tinggal dengan nenek nya.walaupun tiada ibu dan ayah namun Liea Thalia selalu mendapat kasih sayang dari nenek nya.Hingga lah suatu hari nenek nya meninggal dunia dan Liea Thalia sangat sedih dan tinggal...