Selesainya menyimpan pakaian yang aku perlukan dan yang aku akan bawa.Aku ke dapur memastikan semua suis lampu dan kipas sudah ditutup oleh ku.
Amirul:Semua barang Liea dah simpan?.."tanya Amirul"
Aku:Sudah semua.."balas ku singkat"Amirul mengangkat beg bagasi ku masuk ke dalam kereta.Aku berdiri di ruang tamu.Seketika itu,kelibat mata ku melihat bayangan nenek ku sedang gelak ketawa dengan ku.
Air mata ku tidak terasa mengalir ke pipi.Pandangan ku pula beralih ke kerusi rotan yang selalu nenek ku duduki.Aku jadi teringat akan aku sedang mengurut kaki nenek ku.
Aku tersenyum dan air mata ku terus mengalir ke pipi.Aku mengusap air mata ku.Sejujurnya aku tidak berniat hendak pergi meninggalkan rumah ini.Namun kerana masa depan yang tidak tahu ke mana arah nya aku terpaksa juga.
Aku bertanya kepada diri ku.."Bila lagi aku akan kembali ke sini"...tanya ku kepada diri ku di dalam hati.Aku melangkah ke luar dari pintu dan tersenyum lagi dengan air mata mengalir ke pipi apabila diriku teringat akan ku pergi ke sekolah pasti ada nenek yang mencium dahi ku dan melambai-lambai tangan semasa ku turun sekolah.
Aku menutup pintu rumah itu dengan air mata dan semua kenangan.Tertutuplah pintu segala kenangan terindah dalam hidup ku.Namun segala kenangan itu akan ku kenang dan akan ku ingat di mana-mana ku berada.
Aku memberikan kunci rumah kepada Pak Tam.Pak Tam sembunyi-sembunyi menghulurkan sedikit duit untuk ku.Aku menyambut duit itu dengan rasa bersyukur dan berterima kasih.
PakTam:Liea jaga diri tahu dekat sana...nanti balik lah ke kampung naaaa..."Kata Pak Tam".Aku menganggukkan kepala.
Aku:Liea akan kembali ke kampung ini PakTam.."kata ku lagi".Aku bersalaman dengan Puan Suri dan Pak Tam.Aku juga mencium tangan nya.Aku masuk ke dalam perut kereta.Amirul memulai menghidupkan enjin kereta.Kereta Amirul mula bergerak meninggalkan pangkalan kawasan rumah ku.
Amirul memandu kereta dengan berhati-hati walaupun sedikit laju.
Amirul:Liea nak melawat kubur arwah nenek Liea?
Aku:Boleh juga abang.Lagi pun mana tahu Liea nanti lama tak jenguk kampung dna kubur arwah nenek..."balas ku"*Kereta terus dipandu ke kawasan perkuburan*
Tibanya di perkuburan,aku lalu turun dan keluar dari perut kereta.Aku berjalan ke kubur nenek ku.Aku duduk mencangkung lalu mengusap-usap batu nisan peringatan nenek ku berkali-kali.
Aku berkata dalam hati dan mengucapkan selamat tinggal sambil tangan ku mengusap-usap batu nisan nya.
"Nek...andaikan suatu hari nanti Liea terlupa dimana Liea di lahirkan dan dimana Liea di besarkan.Liea harap nenek akan menunjukkan jalan kembali ke kampung ini dan ke rumah kita.Nek...Liea akan pergi Nek...tapi nenek jangan risau Liea akan jaga diri Liea.Nek...Liea sayang nenek selamanya...Liea pergi dulu nek..."
Tidak lama kemudian,aku mengusap batu nisan nenek ku dan aku menciumnya beberapa saat.Aku pun berjalan meninggalkan kawan perkuburan.Aku masuk ke dalam perut kereta.Amirul lalu memandu laju pergi dari kawasan perkuburan.
Sampai sini dulu ya🦋✨
Bagaimana dengan kehidupan LIEA THALIA selepas ini?Adakah diri LIEA THALIA bahagia selepas di bandar bersama-sama dengan Amirul dan Haida?Kita akan tengok apa akan terjadi nanti...
Tata🦋✨
YOU ARE READING
LIEA THALIA
Novela Juvenilseorang gadis remaja yang tiada keluarga dan tinggal dengan nenek nya.walaupun tiada ibu dan ayah namun Liea Thalia selalu mendapat kasih sayang dari nenek nya.Hingga lah suatu hari nenek nya meninggal dunia dan Liea Thalia sangat sedih dan tinggal...