Bab 11🦋✨

16 6 1
                                    

Mata hazel milik Tengku Zain Zaiel telah membuatkan Liea Thalia tidak dapat mengeluarkan kata-kata dari mulutnya.Bagaikan dikancing dagunya menahan mulutnya mengeluarkan kata.Dirinya sering menghindari matanya bertembung dengan milik Tengku Zain Zaiel.

"Liea?...awak dengar tak apa saya cakap tadi?"Tengku Zain Zaiel berdiri dan berjalan ke ruang tamu.Liea terus mengikuti langkah kaki Tengku Zain Zaiel dengan langkah yang perlahan.

"Habis..Tengku nak saya panggil Tengku apa?"tanya Liea perlahan dengan nada kecil.

"Panggil sahaja lah abang kah ataupun sayan..."ayat dari mulut nya terhenti dan dia terus mempercepatkan langkah kaki.

"Sayan apa Tengku?tanya Liea lagi

"Bukan sayan tapi sayang...faham Liea Thalia oi"Tengku Zain Zaiel terus keluar dari pintu utama dan menuju audit hitam miliknya.Dirinya memusingkan badan ke arah Liea dan senyum.

"Saya nak awak tengah hari nanti hantar makan ke Office saya..."Dirinya terus masuk ke dalam perut kereta.Kereta audit miliknya meluncur laju meninggalkan pangkalan kawasan villa dan membelahi jalan tar.

Liea melambai-lambaikan tangan nya.Sekejap sahaja bayangan kereta dipandu Tengku Zain Zaiel meninggalkan villa.Liea terus masuk ke dalam dan kakinya melangkah cepat menuju ruangan dapur.

***

"Mak Esah ooo mak Esah...mak Ejah ooo mak Ejah ...mana kamu berdua ni?"Liea memanggil-manggil nama dua orang pembantu rumah itu.Alangkah terkejutnya disaat bahunya ditepuk seseorang.

"Opocot mak kau...eh kucing anjing"

Latahan dari Liea menyebabkan mak Esah dan mak Ejah tertawa.Liea hanya melihat sahaja Ulah dua orang pembantu rumah yang dia sayangi itu walaupun baru berkenalan.

"Amboi..bawa kucing dan anjing latahannya Esah..."mak Ejah ketawa

"Ya lah Ejah...kenapa lah tak bawa nama Tengku Zain tadi mesti Tengku Zain terbatuk di offices sana"usik mak Esah lagi

"Ish mak cik-mak cik ni...tak baik tau usik Liea...ni ha...Tengku suruh Liea pergi hantar makanan untuk dia tengah hari nanti...tapi Liea tak tahu mana office Tengku..."Liea mengeluh dan memeluk tubuhnya sendiri.

"Aik...hantar makanan untuk calon suami kah tu?"usik mak Ejah pula

"Mak Ejah....janganlah macam mak Esah pula...taknak lah kawan"kata Liea dan terus meninggal dua orang pembantu rumah itu di ruangan dapur.

Mak Esah dan Mak Ejah hanya tertawa melihat gadis yang sedikit berisi itu berjalan menghentakkan kaki kerana merajuk diusik mereka berdua.Mak Esah ketawa dan menggelengkan kepala.

***

"Ishhh tak suka lah macam ni"Liea membaringkan tubuhnya ke atas katil.Dirinya termenung menatap siling.Dia bangun dari baring ya lalu menuju ke library pribadi milik Tengku Zain Zaiel dan dia mencari beberapa buah buku yang menarik bagi dirinya untuk dibaca.

"Aik.. serius lah Tengku Zain Zaiel tu baca novel romantik bagai ni...banyak lagi ni..."Dirinya bercakap sendiri tetapi tangannya ligat mencari buku-buku di rak.Sungguh rapilah buku-buku yang ada di rak-rak itu tertusuk mengikut kategori dan ketinggian buku dan ketebalan buku.

Satu buku telah menarik perhatian Liea yang berwarna biru tebal.Dia terus berjalan ke rak buku itu dan lalu punggungnya dilabuhkan di kerusi yang ada di dalam ruangan itu.

Liea senyum-senyum sendiri membaca buku di tangannya dari awal pertemuan dan di pertengahan cerita.Jam berlalu dengan pantas tanpa dia sedari sudah hampir tengah hari.

"Liea ...ooo... Liea"kedengaran suara mak Ejah memanggilnya dari ruangan bawah.

Liea terus berlari ke ruangan bawah dengan cepat-cepat.Langkah kaki dibuka besar.Oleh kerana terlalu cuai dirinya terjatuh berguling dari atas sampai lantai bawah.Mak Esah yang melihat kejadian itu terus menjerit.

"Liea"

Suara Mak Esah bergema di dalam setiap pelusuk ruangan villa mewah itu.Mak Ejah terus berlari ke arah mereka.Tubuh Liea terus diangkat ke sofa.

"Ishh budak ni...kalau tak lagi hang memang tak sampai dekat bawah ni kah?"Mak Ejah memarahi Liea kerana terkejut dan Mak Esah dari tadi berwajah pucat selepas melihat Liea berguling dari atas sampai ke lantai bawah.

"Mak Ejah panggil ada apa?..."tanya Liea dengan lembut dan tangannya menggoyangkan hujung baju milik Mak Ejah

"kata nak hantar makan tuan..."Mata Liea terbeliak disaat mak Ejah berkata demikian.sejujurnya dia lupa akan suruhan Tengku Zain Zaiel pagi tadi.Dirinya terus berlari naik tangga.

"Jangan lah lari...aduhai budak ni .."mak Ejah melenting dari bawah.Namun lentingannya tidak didengari oleh Liea.









~bersambung🦋✨
~tata🦋✨

LIEA THALIAWhere stories live. Discover now