Bangun pagi baca alhamdulillah, sebab Allah sudah bangunkan kita dari tidur, manalah tau kita bangun bangun kene ma rabbuka?
aku menggeliat kat katil sebelum aku berpisah bersama bantal ucuk kesayangan, pagi ii sudah masuk panggilan, lain tak bukan , sape lagi kalau bukan sahabat sejati sejatu aku."Oi, kau ni selalu lambat, aku kene sidai kt tepi pagar guard ni tau."
"Dah sape suh kau datang pukul 6 pagi, sape je ade kt uni time tu, penghuni asrama kt situ jelah, prgi la masuk aspura,tgk boyfriend kesayangan kau tu, eh , maksud aku tunang."takde khabar takde salam, pagi ii aku dh kene hamuk ngn bestie, hilang mood aku pagi ii, dah dia pergi sekolah pukul 6 pagi tu kenapa, azan pun belum, haih ada sajalah kawanku ini
sebelum itu, aku perkenalkan diri aku, nama aku NURYN HAZIRAH BINTI ISKANDAR SYAH. aku student universiti . aku baru umur 23 tahun, awal tak awal tolak tepi, yang penting SPM aku straight A, A+ pulak tu, aku bukan nak riak, tapi nak bagitahu je.
Segar sikit badanku bila lepas mandi, aku bersiap awal sebab kesian tengok kawanku itu kena sidai kat guard Haha. Lepas dah puas hati dengan persiapanku, aku terus bertolak menggunakan kereta Mazdaku. Aku tidak tinggal bersama ibubapaku, tapi aku sewa satu rumah berdekatan dengan universitiku, senang sikit aku nak pergi, tak adalah nak hadap kesesakan lalu lintas bila pergi U, tk pasal ii kene denda sebab datang lewat.
"Weh, aku otw dah ni, kau duduk kt mana?"
"Aku duduk kt pondok tepi guard tu la, takkanla aku nak duduk dlm guard tu, karang nanti ade yg panggil pencegah maksiat sebab duduk dlm satu pondok dgn guard"
"Ha yelah ii, mana kau, aku dah sampai,"Dari jauh aku dah nampak kawanku berlari anak ayam ke mari, malulah tu
"Ishhh!, asal kau lambat sangat!!, malu tau tak guard tu tengok aku cm orang tak betul"
"Nanti dalam dewan la cerita, kerja aku tak siap lagi ni"
"Kita sama, sah kita jodoh"
"Lawak do kau"lalu kami sama sama senyap.
Nama kawanku DAHLIA EL HAZIRAH. nama belakang kami sama jadinya memang sahla perangai kitorang pun sama kan. Dia kawanku sejak tingkatan 1, selalu ada denganku setiap masa, tetapi selalu juga bergaduh sebab benda tak penting, tapi tidak mengapa, kami gaduh tak sampai 1jam pun, lepastu bergelak ketawa bersama.Dia sudah tunang, awalkan?, aku ni, jodoh pun malas cari, aku harap jodoh aku jatuh dari langit.
PREEETTT!!!, aku tekan hon aku lama lama, buta ke apa jantan tu sampai kereta besar gedabak ni pun tak boleh nampak?
"Oi ! tak nampak ke orang nak melintas ha?!"
Eh!?, aku pulak yang kene sound?, salah diala kereta sebesar gajah ni pun dia tak nampak
"Eh jantan!, kaula yang buta, kereta sebesar alam ni pun kau tak nampak ke?"
nampak gaya dia malas nak layan dengan amarahku, dia terus berlalu meninggalkan aku kt tepi
"Suka suka hati je marah orang, padahal dia yang main lalu macam bunian"
Dahlia sudah bersuara dengan amarah. Tapikan aku rasa aku pernah jumpa lah lelaki itu, tapi di mana ya?
"Weh, kau kenal tak laki tu?", aku dah mula bertanya, musykil sebab muka dia nampak familiar.
"Kau lupa?, dia ex classmate kita time smk kan, fahim wadiy"... ok, aku dah ingat, dialah kawan aku masa tingkatan, kami dah 4 tahun tidak berkhabar, lepas je SPM, dia terus lesap, entah kemana dia pergi aku pun tak tau. Tapi selama aku di universiti ni, tak pernah nampak pun kelibat dia, bayang bayang pun tak pernah, budak baru ke?"OHHHHH" punya kuat suaraku sampai kena tegur dengan seorang pensyarah, haih malunya, aku masuk balik dalam keretaku untuk teruskan perjalanan pergi ke tempat parkir pelajar.
Lepas kami parkir kereta, aku cari totebag aku dan beg galasku, tapi, mana beg galas aku??, aku cari seluruh kereta, dengan bonet kereta aku seludup mcm orang sorokkan dadah bawah bonet.
HA!, AKU DAH INGAT!, AKU TERTINGGAL KAT ATAS MEJA DEPAN RUMAHKU!!!, alaaahai, macam mana boleh tertinggal pulak nii
"WEEE DAHLIAAA, BEG AKU TERTINGGAL KAT RUMAH!!"
Dahlia sedang betulkan tudung tu pun terkejut , lalu buat muka menyampah
"Kau ni kan, sehari tak tinggal barang tak sah kan?, habistu kau nak balik rumah kau la ni, eh , rumah kau tu 10 minit dari sini tau, pastu kau nk pergi balik dah 20 minit, belum lagi nak menghadap jammed kat jalan tu, maunya 1 jam baru kau sampai sini"
Aku iyakan aje cakap Dahlia tu, tapi masalahnya aku punya projek kat laptop tu, nanti tak pasal ii kene tolak markah sebab tak siap kerja, padahal aku dah bersengkang mata tengah malam buta tu sebab nak siapkan projek tu, ingat senang ke?
"IH , tak kira, aku balik dulu, takpe, baru pukul 645, tak sesak lagi ni, nanti cikgu tanya asal aku lambat , cakap aku diarrhea"
"Ape apelah kau"
"ok, sayang kau"sempat aku cium pipi sahabatku itu, Dahlia sudah masak dengan perangai aku sebab aku suka cium dia bila dia bagi kerjasama dengan aku, aku tak lesbi eh, aku straight lagi.
Aku pun berlalu keluar dari uni, aku pecut semua kereta, dahla kelajuan 110 kh, mana tak nya kene saman dengan polis peronda, nasib baik tak ada polis sekarang ni
Aku selamat tiba di rumahku, aku bersyukur laptop tu masih wujud kt atas mejaku itu, aku sudah fikir negatif tadi, dahla rumah ku tiada pagar, mana taknya risiko kecurian di luar rumah tinggi. Aku hendak pergi ke keretaku semula, entah kenapa kepalaku menoleh ke kiri dan aku ternampak seseorang yang aku hampir langgar tadi, fahim. Fahim??, dia tinggal sebelah rumah aku je ke? asal aku tak nampak dia pun sebelum ni?, aku tak endah, aku dah lambat, aku pun berlalu meninggalkan rumahku dan mataku sempat bertembung dengan mata dia, eh, macam mana boleh eyecontact ni?
Nasib baik jalan raya bagi kerjasama harini, tiap aku lalu di jalan trafik, lampu hijau, jadi takdelah aku berhenti saja, buang minyak je
"Wir, laju, kau bawak berapa kph,140?"
"Gila kau, 110 jelah, lagipun trafik tak sesak sangat tadi, untungla sempat sampai tepat pada masa","ha weh, kau tau tak fahim duduk mana?", aku tanya, Dahlia kan detektif aku, manalah tau kalau dia tau.
"dia kan dulu duduk taman ukay, pastu lepas spm dia pindah perak sambung pengajian katanya, pastu skrg aku taktau dia duduk mana", sambung pengajian? kat perak? habistu apesal dia belajar kat sini pulak?
"Apesal kau tanya dia tinggal mana tadi?"
"Tadi aku nak pergi u balik, lepastu aku nampak dia kat sebelah rumah aku, nak cakap dia jiran aku tapi tak silap aku tu rumah makcik zurah"
"zurah kan mak dia"..lah, aku taktau pun???, ke aku lupa tu mak dia?, ya allah nuryn, apa nasib kau ni?
"lah yeke, macam mana kau tau?"
"kau kan dah left group 5 SA tu, mak dia ade cakap yang anak dia pindah perak, nama acc telegram mak dia nur zurah, jadi, sahla tu mak dia, takkanla nenek dia pulak"menyesal pulak aku left group tu awal, sebab storage phone aku penuh waktu tu, jadi aku left la group 5SA tu, sunyi bebenar, bosan , aku leftla, bijak tak?
"Dahla, jum gerak gi dewan, kerja kau dah siap kan?, jum, nanti lecture marah, takde angin nanti kene denda sapu dewan, tak naya tu?"
"Ha ok ok. jom jom",aku mengemas segala peralatanku dan berlalu pergi ke penjara
YOU ARE READING
KATA KAWAN? (og)
Romancecerita ini tidak melibatkan sesiapa pun. Jika ada sebarang kesalahan, mohon maaf 🙏