"Ya allah ryn, apa jadi dengan kau ni?!" Fahim bertanya kepadaku, aku dengar nadanya kedengaran cemas.
"Minah yang menggatal dengan kau tulah, aku tengah sedap ii hirup air mocha aku, pastu dia langgar tanpa serba salah langsung", aku mengadu kepadanya. Aku nampak keningnya berkerut.
"Tulah kau, minum lain kali duduk, kau gi minum berdiri tu kenapa?, kan dah kena nasib... ni, aku ada baju lebih, pergilah tukar, busuk, nanti bersemut". Aku menyambut bajunya dengan ragu ragu. Tudung aku ni macam mana? tudung aku pun kena, macam mana ni?
"Ryn, nah tudung, aku ada tudung lebih, pergilah tukar... kesian aku tengok kau , selalu jadi mangsa buli diorang.." Aeleena menghulurkan tudung bawalnya kepadaku, warna baju Fahim dengan tudung Aeleena pun sepadan, warna 'beige', warna kegemaranku. Aku mengucapkan terima kasih dan aku pergi ke tandas untuk menyalin pakaianku.
WEY, bapak besar siut baju Fahim, kalau aku pakai, confirm orang ingat aku pakai baju lelaki, nasib baik hoodie.
Baju belah bawah dia tu, boleh cecah bawah lutut aku tahu. ok, dia betul, aku memang 'shorty'.
SELEPAS MENYALIN PAKAIAN
Aku masuk ke dewan dan aku nampak dewan hampir penuh. Bukan selalu dewan penuh , selalunya 10 tempat duduk kosong, dengan berbagai alasan, ada apa harini?
"Lawa do kau ryn pakai baju warna macam ni" Fahim memujiku, uish, dia puji akuu, bukan kaleng kalengg.
"Widih, Fahim pujiii, kembang la tu," Fatini menyiku sikuku, Fatini lah yang penduduk tetap di sebelah kiriku itu. "Mana ada, kena puji dengan orang, that's a normal thing" aku acah acah bercakap gaya orang professional. "ala, Fahim yang puji tu, bukan main" Fatini senyum senget, lantaklah dia puji aku, aku kisah apa kan?
"Wey, apa pasal ramai semacam je datang hari ni?" , Fatini memandangku hairan, aku ada terlepas apa apa info ke?. "Harini dapat result exam middle year kan, kau tak tau, haritu dr.yassir dah bagitahu harini nak bagitahu result" OHHH , AKU TERLUPA TENTANG HAL TU, entah macam mana boleh terlupa, banyak sangat fikiran kut sejak kebelakangan ni
"si Fahim ni, macam mana nak tau result, kan dia student baru," Fatini menepuk dahinya, sekali dia pusingkan badannya ke arahku. "Kau demam ke? Kalau student baru, result dia kat uni lama dia la, lailahaillallahhh" , aku senyum malu, dungu juga aku ni kadang kadang, lalu aku pandang Fahim dan bertanya, "Kau dah dapat result middle year kau ke?", Fahim mengangguk, "Kau nak tahu tak berapa?" Fahim menaikkan kening sebelahnya sahaja, nak 'show off' la tu, taula budak bijak 🙄
"Takpelah, terima kasih" aku tolak awal awal , aku tau dah perangai dia macam mana, mesti ada nada menunjuk dia tu. "Takpe, dalam hati kau sebenarnya kau nak tahu kan? takpe aku bagitahu, markah ak..." Ayat Fahim terputus kerana pensyarah kami telah masuk ke dewan. Haikal selaku ketua memberi salam dan duduk. Adat dari Tadika lagi.
"Baiklah anak anak sekalian, seperti yang dijanjikan, dr. akan memberitahu markah masing masing, yang dapat markah rendah tu, jangan sedih, semester akhir ada lagi, okey class??" lalu dewan itu bergema disebabkan suara mereka.
"Baiklah, markah tertinggi untuk middle exam adalah..." dr. membelek belek kertas, aku sudah gementar, dahla waktu exam haritu, aku bantai je, entah betul atau salah, aku tawakkal jelah.
"nuryn hazirah binti iskandar syah, tahniah kerana markah awak adalah yang paling tinggi dalam semester ini, give her a clap guys", semua menepuk tangan kecuali...
"Eh, apa ni dr.!, kenapa dia, siapa kedua tertinggi??" Emilya tidak puas hati , aku jengkilnya dalam hati, itulah, cakap besar lagi, kan dah kena istidraj.
"Yang kedua tertinggi ialah... Dahlia El Hazirah binti Rafael Abdullah"
"HUH, NO WAY!! UGHHH, BERAPA MARKAH SAYA DR.?!"
"Markah kamu... sedikit mengecewakan, 45%"
Tawa kecilku terhembur, aku segera menutup mulutku, macam mana lah boleh terlepas gelak ni..
PENSYARAH ITU MEMBERIKAN MARKAH KEPADA SETIAP PELAJAR
"Okey students, markah kamu kali ini memuaskan, jadi dr harap, final exam nanti , kamu boleh meningkatkan prestasi pembelajaran kamu ya"
"BAIK DR.!" jawab semua murid di dalam dewan itu.
Pensyarah itu berlalu keluar dan kami juga hendak keluar berehat
"WEHHH, TAK SANGKA MARKAH AKU PALING TINGGIIII , tak sia sia aku bukak mata tengah malam study,"
"colgates do ryn, aku bangga dengan kau" Fahim menepuk tangan perlahan. Aku tergelak dengan ucapannya. "Congrates Fahim, bukan colgates.." aku tersenyum sambil menggeleng kepala, "itu joke gen alpha" , aku mengangguk, malas layan.
SKIP THIS SCENE
"IHH, bosanla takda Dahlia harini, tak ada vitamin aku pergi uni harini," Fatini mengikutiku hingga ke parkir pelajar, "Tapi ada Fahim kan??" Fatini mengangkat keningnya berkali kali, aku jentik dahinya perlahan, "bapak kau, ada Fahim ke tak ada ke, sama je kitar harian aku, okelah, jumpa minggu depan , tataa" Fatini membalas lambaianku.
HUEK!!, APA JADI DENGAN AKU NI!, KENAPA WAKTU MACAM INI TAYAR NAK KEMPIS, ARGRRGRG.
"HUH!, APA NASIB AKU NIIIII!!!!", aku menjerit kecil, tak kecil juga, jeritanku cukup mengambil perhatian kereta depan ku.
"ape kene dengan kau ni ryn, jerit macam orang makan panadol 5 pil seminit", Fahim menegurku. Loh, kereta depan aku ni Fahim rupanya. Berapa banyak kereta dia ada ni siut.
"tayar kereta aku ni ha, kempis...", Fahim mendengus, eh , kenapa dia nak marah pula.
"kau ade tayar spare tak kat bonet kau", aku mengangguk, aku buka bonet keretaku dan aku mahu mengambil tayar itu, noh, berat benor!
"lemah la kau", huh, dia kata aku lemah, kurang ajar betul. Dia mengambil tayar simpanan itu, lalu dia mengeluarkan alatan bengkel. Widih, budak mekanik ke
"ha dah, siap. Kau bawak tayar kau ni gi bengkel, ke nak aku bawakkan?", aku senyum sambil menggeleng kepala, taknak la susahkan dia. "betul???", aku mengangguk laju, bagi dia yakin. "hokeh, hati hati, selamat malam kawanku", huh?, malam?, wey, petang pun belum berakhir.
YOU ARE READING
KATA KAWAN? (og)
Romancecerita ini tidak melibatkan sesiapa pun. Jika ada sebarang kesalahan, mohon maaf 🙏