BAB 2

24 0 0
                                    

Aku masuk ke dewan dengan cermin mataku, aku rabun silau sebenarnya, selamani aku pakai contact lens je, orang tengok aku pun macam aku ni pelajar baru, guys, ni nuryn la, nuryn bermata empat

seperti biasa, aku dan dahlia berlalu untuk mengambil tempat betul ii di hadapan meja pensyarah, senang sikit aku nak hantar kerja, lepastu boleh keluar rehat awal, aku memang bijak

tapi, ada benda yang tak kena, asal meja tu ada orang?, semua orang tau tu meja aku, syaitan mana yang suka suka hati duduk kat meja aku ni?

"awak, ni meja saya, boleh tak awak duduk di sebelah sana?", aku menunjuk tempat kosong selang dua meja bersebelahanku,di sebelahku juga ada penghuni tetap, jadi aku menyuruhnya pergi ke tempat yang aku tunjuk tadi

"ada nama kau ke kat sini?", amboiii, sukanya cakapp, sape mamat ni, aku nak tengok sikit

FAHIM, apa pasal jodoh aku dengan dia kuat sangat ni?

"eh fahim, pergi mana mana je jumpa kau, kau ade apa ni senanya?"
"kaula, aku pergi sini kau ikut, aku pergi situ, kau ikut, sape salah, kaula", ewah ewah mulut dia, sejak bila aku ikut dia, perasan

"OKEY CLASS, STAND UP!" haikal selaku ketua kami memberi arahan setelah pensyarah kami tiba, dan kami memberi salam lalu semua duduk di tempat masing ii kecuali aku, mamat fahim ni lah, bole rembat tempat aku macam tu je, dia ingat ni apa, sekolah bapak dia ke?

"okey students, we have a new student here," pensyarah menunjuk ke arah fahim dan fahim berlalu pergi di sebelah meja guru, dia bangun aku duduk terus, penat kaki nak berdiri

"Assalamualaikum and good morning, my name is NURFAHIM WADIY BIN NURAHMAD UFAYSYAH, im from perak and i go here because i have an issues at my old university, nice to meet you guys, thanks,", semua tepuk tangan dan ada segelintir wanita yang berbisik ii, cakap pasal fahim la tu, hensem celah mana datangnya aku pun tak pasti

"geram betul aku dengan mamat tu, suka suka je amek tempat aku pastu cakap macam dewan ni dia punya, benci aku, nasib lagi 2 bulan aku kene hadap mamat tu, ih", aku dah geram, Dahlia kt sebelah pun terkekek kekek, dah apehal betina ni mengekek mcm orang tak betul ni?

"Korang berdua mcm nampak sepadan lah, aku suka", kepala otak dia sepadan, aku tak hamak dia lah, entah entah dia dah ada kekasih hati, manalah kita tau?

"Gila kau Dahlia, aku taknak la mamat tu, aku nak ni-ki, hensem , bukan macam mamat tu", aku terkejut ada orang berdehem dari belakang, dah apasal dia duduk belakang aku pulak ni, aku suruh duduk sebelah aku bukan belakang aku

"kalau aku tak hensem, tak adanya perempuan beratur nak aku, nasib baik aku gentleman, aku reject semua betina, by the way, aku single, single and available", dengan nada buaya dia tu, aku malas dah, aku pasang earpod aku kat telinga supaya tak dengar telatahan mengarut jantan tu, apa dia nak sebenarnya, dahla main sepak ii kerusi aku, dia ingat aku bola sepak ke main sepak sepak? sakit hati aku , lama lama boleh hypertension sebab duduk depan dia hari hari, uhh

tapi, kenapa dia nampak lain sangat berbanding sekolah menengah dulu, waktu sekolah menengah, dia sotong, sampai sini, aku memang kurang cam dia, badan sasa pulak tu, tinggi, mananya aku tak cam dia , macam mana Dahlia boleh cam?, ingatan dia kuat kut.., aku husnuzon jelah

SELEPAS HABIS KELAS

"okey class, thats all for our class today, i hope u guys complete my task, i'll send at group class okey?", lalu dewan bergema dengan suara pelajar di dewan ini

aku hendak mengemas barang, pen aku terjatuh pulak, dahla kt belakang, belakang aku fahim, rasa janggal pulak nak minta tolong dia ambilkan pen aku

tapi entah dia boleh baca otak aku ke, dia terus ambil pen aku lalu letak di atas kepalaku, bagi jela hand by hand, ape pasal bengap sangat jantan ni?, aku berterima kasih sebelum dia berlalu pergi, tanpa sedari, ada orang perhatikan gelagat kami tadi, dengki ke?

"eh betina, jangan gatal sangat dengan budak baru tu eh, masuk budak baru je nak try, gatal!", WOWOWOWOWWOWO mulut betina tu memang nak kene cili kampung ni, dia cakap camtu je, dia kenal ke tak aku ni kalau bab melawan , top 1 tahu?

"eh minah sanggul tinggi, entah entah kau suka dia, ngaku jela, kau taknak mengaku sebab takut nanti dia rejek kau kan?", perempuan tu boleh baling kertas kat aku?, macam budak tadika tau main baling baling kertas bila bergaduh, pergila masuk tadika balik kalau kerja nak cari gaduh je

EMILYA DURWISYAH, dia lawa, tapi perangai dia tak lawa, kalau boleh sehari tu cari gaduh ngn aku, aku salah apa? aku buang sampah dalam tong sampah pun jadi isu besar, ape bende minah ni?, taula anak pensyarah tapi perangai tu jagalah sikit, haaaa kan dah kena ngan aku.

"Ape lagi minah tu nak, nak fahim, ambillah kalau fahim tu nak dia", Dahlia menjulingkan matanya
ke atas, menyampah la tu, aku pun kalau boleh nak buat mata camtu jugak, tapi mata aku ni problem sikit, jadi aku tak boleh main jeling jeling macam orang lain.

"Lantak dia la, bagitau sir arif baru takut dia kene pensyarah kat rumah, dah jom, aku lapa, nak makan", Dahlia jeling sekilas kepadaku lalu tersenyum mengusik,"entah entah fahim datang sini nak propose kau", ah sudah, tak habis habis shipkan aku dengan lelaki random, haritu shipkan aku dengan abang bangla tepi jalan, ni pulak shipkan aku dengan fahim, dah nampak dengan empat mata aku sendiri dah nampak gaya dia macam dia tak suka aku, aku tau dah

"dia tak suka akulah, aku dah nampak dengan 4 mata aku ni, acuh tak acuh je dengan aku" , entah kenapa hati rasa sedih

"ye latu, dia siap senyum ii keluar dewan bila dia letak pen kau atas kepala kau", aku rasa tu auta, bukan fakta, memang takla dia nak tersengih sengih, dia tu dahla jenis takde muka, senyum pun satu milisaat, boleh pulak Dahlia cakap macam tu

"Tipu kau, dia kan jarang senyum, muka beku, ingat cool lah tu buat macam tu, mesti nak tiru vibe wattpad, atau novel para idaman wanita", aku buat fikiran aku sendiri, sape je tak terkejut tengok kawan berubah 181 darjah?, dahla ada vibe vibe wattpad gitu, dia fikir gempakla?

Sedar tak sedar dah sampai kantin, masa rehat diberikan 1 jam, jadi bolela aku alas perut banyak sikit sebelum masuk kelas 3 jam tu, dahla math, alahai, kene perah otak la kejap lagi nii

KATA KAWAN? (og)Where stories live. Discover now