"Bapak liciknya ahlong tu, dia hilangkan jejak siut, licik licik", Thaqeef selaku peneman setia Fahim, ikut kami pergi ke balai. Kami pergi ke balai untuk tujuan siasatan, jadi kami ke sana untuk menceritakan semuanya.
"Eh tapi kan, takkanla ahlong tu taknak munculkan diri kut, dia kan nak minta hutang, mesti dia munculkan diri, kan kan", Thaqeef dan Fahim serentak menepuk dahi,
"Dari kecik sampai ke besar, sama je, bodoh", Thaqeef menggeleng geleng, "itulah tu kan", Fahim pun dua kali lima, ei la jantan jantan ni, bodoh bodohkan aku pulak, aku pandai la. "eh nur, kalau ahlong tu dah bersedia untuk masuk lokap, baru dia munculkan diri, tell me, siapa je nak masuk lokap duh", rilek la Thaqeef, takpayah la marah marah. "Macam mana lah Fahim boleh suka kau, eits" Thaqeef segera tutup mulut, Fahim pandang tingkap pintu, aku menoleh ke tengah, dia duduk celah 2 kerusi depan tu, mana tak terkejut aku dia cakap macam tu, "may i beg your pardon please?" , "bukan Fahim ni, Fahim yang penyanyi tu, apa namanya eh" , "haaa Fahimi Rahmat" , "HAAA FAHIMI RAHMAT" , "HAAAAAA!!!", Fahim dan Thaqeef menunding jari antara satu sama lain, pelik la aku tengok perangai diorang berdua, macam bestie bertahun tahun. "Eh korang ni, macam pernah jumpa lah, rapat semacam", "haah, kitorang pernah jumpa sebenarnya", mata aku terbeliak terus weh, "KORANG PERNAH JUMPA?, KAT MANA?", soalku, memangla, tadi diorang buat sesi kenal kenalan, macam baru jumpa, ini perangai macam dah bertahun tahun jumpa, aku pening la. "Kat aswara tadi", BAPAK LUCU DUH JAWAPAN DIA. Fahim dan Thaqeef gelak ketawa, seronokla kenakan aku, benci betul aku.
"Ni korang nak balik Selangor dah ke, sempat ke, dah maghrib ni, tidurlah kat rumah aku," aku dan Fahim bertentang mata, inginkan persetujuan masing masing. Aku?, takkanla aku nak duduk dengan 2 lelaki, mana taknya kalau makcik makcik tengok, boleh membawang, bawang holland tau. "Takpe, Maya ada kat rumah, jadi takdelah nur sorang je perempaun kat rumah, aku waras lagi, kalau takde Maya, takdenye aku ajak kau", aku mengangguk, aku pandang Fahim, "aku okey je, saiz badan kau dengan saiz aku sama je kan?", SAMA DIA CAKAP?, SAMA?!, WEYY, badan Thaqeef macam orang tak cukup zat, keding. Fahim pulak macam orang terlebih zat, sado. "Tak sama im, badan aku ranting, badan kau akar, itu kau cakap sama, biar betul kau ni," Thaqeef memikirkan hal yang sama dengan aku, sekali Fahim pakai baju Thaqeef, mau berlubang baju dia sebab tak muat, ataupun baju Thaqeef jadi croptop. "kitorang tak ada baju la qeef..", PLAK!, Thaqeef menepuk tangannya, "alang alang kita dah lalu sini, beli jelah baju tidur, kan senang, lepastu, baju korang ni, basuh malam ni, malam sidai, esok pagi, pakaila balik, haaaa bijak tak aku?, tak apa, aku belanja korang baju, sekali sekala belanja orang", ujar Thaqeef dengan nadanya yang ceria, uishh, cerialaa, malam malam takutnya Fahim dan Thaqeef tak tidur sebab layan bola, dahla dua dua kaki bola, hesy.
.................................................
"Beli kat bundle je la weh, murah", ujarku, aku takmaula menyusahkan orang, aku ni jenis tak suka menyusahkan orang, kalau ye pun sebab terpaksa. "Ikut kau ah, im?, kau nak beli kat mana?", "aku ikut ryn, beli jela kat satu kedai je", "okey", kitorang pun masukla kedai tu.
Banyak pilihan baju yang ada, ada blouse lagi, blouse semua lawa lawa, arg tergodanyaaa!!. Tapi guna duit orang, takpe, lain kali aku datang sini balik, aku beli guna duit aku, itupun kalau stok belum habis.Eh tapi malulah beli pakaian dalam, gila ke beli dengan lelaki yang bukan mahram, terkejut diorang, "nah nur, ambil kad aku, nanti kau bayarlah," Fuhhh, datang tepat pada masa, aku ada beli tudung sarung, baju blouse, seluar trek dan pakaian dalam. Nasib tak bayar sekali, malu aku dibuatnya.
Lepas bayar, aku pulangkan kad kepada pemiliknya, aku nampak Fahim mengusyar gaun, dia nak belikan untuk siapa?, kekasih hati?
"Uhuii, usyar nampak, nak belikan untuk kekasih hati ke?", aku menyoal dengan nada menganjing. "Haah, mak aku suka gaun", ujar Fahim, tersedak aku kat situ, betullah dia belikan untuk kekasih hatinya, iaitu nur zurah.
"Qeef, aku bayar guna duit aku ajelah, aku ada beli benda lain ni" , "EHHH takpe takpe, guna je duit aku, simpanla duit kau tu, buat untuk beli cincin ke", pelik pelikla perangai Thaqeef sejak kawan dengan Fahim, tak sampai 24 jam kut!, tak sampai sehari dah rapat semacam, memang ada chemistry diorang ni.
"Tak apa ke, tak menyusahkan kau ke?" soal Fahim dengan nada lembut, tak sangka pulak dia ada perasaan serba salah tu, ingatkan tak ada. "Tak apa, bukan selalu pun, kau dah siap ke im, jum bayar, lepastu makan malam, aku belanja lagi." Thaqeef tersenyum lebar, dia yang belanja, dia yang tersenyum, aku dengan Fahim main pandang pandang, memikirkan hal yang sama, 'tak menyusahkan ke?'
YOU ARE READING
KATA KAWAN? (og)
Romancecerita ini tidak melibatkan sesiapa pun. Jika ada sebarang kesalahan, mohon maaf 🙏