Apabila kami tiba di destinasi, iaitu IOI CITY MALL di Putrajaya, kami pergi ke kedai makan dahulu iaitu 'Chicken Rice Shop'.
Kami menjamu selera sehingga perut kami telah berpuas hati, lalu kami berpecah untuk membeli belah.
"Lagu apa kau dengar tu ryn?", berkemungkinan dia nampak kepalaku sedikit bergoyang. "Nah, dengarlah sendiri", aku berikan earpodku kepadanya. Aku dengar lagu 'yelili yelila' tu.
"Ya Allah, lagu apa kau dengar ni ryn", aku ketawa apabila tengok reaksi mukanya yang sedikit terkejut dengan karenahku.
"WAHH COMELNYAAA!!", Fahim yang berada di sebelahku hanya membuntutiku. "comel tu yelah comel, tapi harga dia tak comel", Fahim mengomel sendiri. Aku pun terus melihat harganya, tercekik air liur aku dibuatnya, takpelah, beli atas talian lagi murah.
Kami pun berlalu daripada gerai itu, kami masing masing senyap. Aku nak pergi kedai buku Popular tu, nak beli pen dan buku novel buat dibaca. Fahim hanya bersetuju dan mengikutiku.
"Buku perkahwinan?, kau dah nak kahwin ke im??", soalku. "bukan nak kahwin, tapi aku nak meminang orang," jawabnya. Aku mengangguk. Fahim tergelak kecil dengan reaksiku. "Asal kau ni?, tak suka ke kalau aku meminang ka..Kawan aku haaaa" Fahim tergagap. Nampaknya dia sudah jumpa peneman hidupnya. "Aku bukan tak suka, tapi.. kita baru je jumpa pastu kau nak kahwin dah.. tak bolehlah aku nak kacau kau lepasni...", ketawa Fahim masih tersisa, Fahim mengeluh ketawa. Aku pandang dia dengan kening terangkat sebelah. Dia prank aku ke ha
"Dah dah, lupakan lupakan, jom bayar, lepas tu kita pergi surau, solat zuhur," aku menggeleng laju, dahi Fahim berkerut. "Allah bagi cuti kat kau er?", aku mengangguk, dia mengiyakan.
Selepas aku membayar, kami pun keluar dari kedai itu, entah kenapa Fahim boleh tarik aku masuk ke dalam kedai LEGO tu, dah kenapa dengan dia ni?
"Ih, apa ni main tarik tarik baju", aku memarahinya. Aku nampak muka Fahim kelihatan cemas. Jumpa awek ke tu?
Beberapa minit kemudian, Fahim memandangku dengan pandangan serba salah, "WEH, AKU MINTA MAAF, AKU TAKDE NIAT NAK TARIK KAU" Fahim memohon ampun kepadaku banyak kali. "ye ye takpe takpe, tapi.. kenapa kau gelabah semacam tadi?", aku ingin mengorek sikit kenapa dia jadi macam itu. Fahim mengeluh sebentar dan berlalu meninggalkanku. Dia duduk di kerusi hadapan kedai itu dan menepuk kerusi di sebelahnya, menandakan suruh aku duduk di sebelahnya,aku pun duduk dan dia mula berbicara,"Tadi aku nampak ex girlfriend aku, dia tu obsessed dengan aku, tiap tiap hari ajak getback, tapi aku taknak, aku dah taknak pilih orang yang salah lagi, macam dia.." Aku memandangnya dengan penuh simpati. Bahaya juga kalau ada kekasih yang terlalu obsesi dengan kita, nanti dia boleh buat apa apa saja demi mendapatkan kita, ugh, meremang bulu roma aku.
"Aku ada tersentuh kau kat mana mana ke tadi, sorryla weh, aku tarik kau takut kau hilang, nanti bangla bagi gula gula kat kau, sape susah, aku jugak", aku mengecilkan mata tu sekilas menjelingnya. Fahim memandangku, mungkin sebab firasat dia mengatakan aku memandangnya. Dia memandangku lalu ketawa kecil dan menghembus hela nafasnya. "Aku nak solat, kau pergila mana mana dulu, jangan jauh dari surau, nanti payah aku cari kau, dahla pendek, nanti aku tertegur budak darjah 6 nanti, malu 10 keturunan mahu" Fahim jeling aku. Eh, macam aku pula yang salah sebab aku pendek. Tuhan dah tentukan aku ni rendah, terima jelah, aku tak salah. "baiklah abang Fahim", aku membuat gaya tabik, lalu dia membalas tabikku. Kami senyum sebentar dan berlalu pergi ke surau.
Selepas menghantar Fahim hingga ke surau lelaki, aku pergi ke kedai ECO Shop, nak beli jajan sikit buat stok kat rumah.
Aku jelajah seluruh kedai itu, dari stesen makanan ke stesen alat tulis. Aku melihat pelbagai alat tulis yang comel comel, seperti pemadam. Aku mengambilnya dan aku menoleh ke belakang.
Syed. Dan tunangnya.
Aku segera berlalu dari stesen alat tulis itu, tetapi entah bagaimana tiba tiba Syed di hadapanku. Hampirku melanggarnya, nasib kaki sempat brek.
"Kau nak apa ha?" aku menyoal. Syed hanya memandangku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Tunangnya yang berdiri di sebelahnya pun memandangku, aku ada buat jenayah kat diorang ke?
"Kenapa awak cuba nak lari dari saya?" Syed menyoal, selamba. Aku mememejamkan mataku dan membalas, "you're been removed, blacklisted in the dictionary of my life, please, don't come back to me, i don't want you anymore, i have moved on, and i found other man that better than you", aku berlalu pergi meninggalkan mereka, aku kan rendah, aku menyelinap jelah diantara mereka tu, malas nak bersemuka dengan orang tu, dasar buaya udara.
Aku membayar barangku dan aku berlalu keluar dari kedai itu, keluar keluar aku dah nampak susuk Fahim dari jauh, aku berlari untuk pergi kepadanya.
Fahim leka bermain dengan telefonnya hinggakan tidak perasan keberadaanku di sebelahnya. Aku mencucuk pinggangnya dengan dompetku. Haha, bagaikan dejavu aku buat demikian."EH, Nuryn!!!!, tak payahla cucuk cucuk, geli tahu" dia memarahiku. Aku buat muka selamba lalu menggigit kitkat yang baruku beli tadi di ecoshop. Fahim memandangku, aku balas pandangannya, aku tahu pandangan tu, pandangan 'nak sikit'. Dari smk sampai universiti, sama je perangai. Aku patahkan kitkat itu dan terbahagi kepada dua, aku bagi yang aku dah gigit tadi HAHA, kan dah kena.
"Asal bagi yang kau dah gigit, mana boleh, bagila yang baru", aku tergelak dan memberinya yang baharu itu, Fahim tersenyum lalu menggigit coklat itu dengan punuh kenikmatan, macam perempuanla dia ni. "we im, tadikan, aku jumpa ex boyfriend aku jugak kt eco tadi, dia keluar dengan tunang baru dia, pastu boleh pulak halang aku pastu tanya bende bukan bukan, aku blah jela, malas layan," Fahim mengeluarkan suara terkejut, hampir tersembur kitkatnya ke mukaku. "Kau pernah ada boyfriend? , uish sape ajar kau duh main cintan cintun ni" Fahim mengerutkan dahinya dan sambung menyuap kitkatnya ke mulutnya. "Takdelah, aku jumpa dia kat taman depan rumah aku, pastu entah macam mana aku boleh terminat dia, pastu tiba tiba dia minta nombor aku, aku bagi jelah", "lepastu?", "lepastu kitorang chattingla macam biasa, lama lama ex aku tu nak jumpa family aku, aku okey je, pastu kitorang bertunang, lepastu...", Fahim mengangkat tangannya ke arah mukaku, aku kebelakangkan mukaku yang hampir bercium dengan tangannya. "KAU DAH PERNAH TUNANG??!!", aku mengangguk. Fahim membeliakkan matanya dan menekup mulutnya menggunakan plastik kitkat itu, comel.
"lepastu dalam beberapa bulan, dia ajak keluar pergi sini jugak, dan pada waktu itulah tertangkap yang sebenarnya dia curang dengan aku sebab telefon dia berdering", Fahim buat muka terkejut yang melucukan, "telefon berdering je kut, manalah tahu yang call tu mak dia?", "eh sabarlah, aku tak habis cerita lagi nok, lepastu aku nampak telefon dia, dia save nombor tu 'sayang' dengan emoji lope lope, lepastu aku nampakla notification yang banyak mesej masuk, scandal dia tulah.." Aku menundukkan wajahku kebawah, Fahim menyikuku supaya jangan tunduk, nanti terlanggar orang. Aku mengangkat mukaku dan aku melihat Fahim di sebelahku. Dah macam bapak aku dah weh bila jalan sebelah dia, tinggi nokk!, mau 170 tinggi dia.
"AISHHH kenapa dia muncul lagiii" Fahim mengamuk sendiri, lalu menarik bajuku pergi ke tempat lain. Aku memandang belakang dan aku melihat Syed. Takkanla tunang Syed ialah ex Fahim?
"Weee Fahimm, yang mana ex kau tu, tunjukla sikit," Fahim menoleh kearahku dan memandangku. Kami bertentang mata selama 5 saat dan dia mengintai bekas teman wanitanya. "tu, yang tengah pegang pegang dengan lelaki pakai baju serigala tu," baju serigala? Sah!, ex Fahim adalah tunang kepada ex aku. "tu ex aku.." Fahim terkejut lalu menjerit, agak kuat. Dia menutup mulutnya dan membuka lalu bertanya, "seriously??? ex kau, dengan ex aku.." Fahim membuat gaya jari telunjuk kanan melekat dengan jari telujuk kiri. Aku mengangguk campur menggeleng, dan aku mengangkat bahu. Fahim yang ternganga terus menyerabaikan rambutnya
"apakah, adakah ini dinamakan takdir Tuhan??" dia merenungku dalam dalam, aku larikan mataku ke sebelah kanan dan aku cuma mengangkat bahu. Fahim mengeluh lembut, lalu tersenyum. "kalau ex kau dengan ex aku bertunang, adakah ini petunjuknya bahwa kau..." dia tersenyum nakal. Otomatis aku tersenyum dan menepuk lengannya menggunakan dompetku, dia tidak menghabiskan ayat itu lagi aku dah tau maksud tersiratnya.. "HAHA, bongoklah kau"
Lalu kami pergi ke west wing untuk melihat pameran yang ada.
YOU ARE READING
KATA KAWAN? (og)
Romancecerita ini tidak melibatkan sesiapa pun. Jika ada sebarang kesalahan, mohon maaf 🙏