BAB 15

6 0 0
                                    

"Kenyang?", Fahim menyoal, aku mengangguk ceria, biasalah, perempuan kan, lepas makan terus ada mood, "baguslah kau dah ceria, lepas melawat kubur mak kau, aku bawak kau balik rumah mak kau ok?", "eh tapi rumah mak aku kat Rembau, jauh dari sini, tak apa ke?, lagipun esok kau nak gi u dah," , "aku ambil mc", "HAH?!", aku terkejut, dia ambil mc semata mata nak teman aku je ke?, biar betul laki ni. "don't worry nuryn, i'll do anything for u, aku tak kisah dorang nak cakap apa pun, yang penting, kau selamat" awwww, baiknya kawan aku ni! ..........................................."ni, kubur mak kau, nah yasin", Fahim menghulurkan buku yasin kepadaku, aku mengambil dan kami mula baca yasin. Di akhir akhir surah, aku mula menangis, mengingatkan segala pesanan ibu yang ibu aku telah pesan padaku

Sadaqallahulazim.. aku menangis. Aku menyiram kubur ibuku dengan air, sekali juga dengan airmataku, Fahim di sebelah mengusap belakangku beralaskan buku yasin.

"Nuryn..." Fahim memanggilku, dengan nada yang lembut, lagi sekali. "Jom solat zuhur, dah nak azan ni, masuk masjid dulu, tenangkan diri, lepas solat kita gerak pergi rumah ibu kau,kesian Nafisyah sorang sorang kat rumah", Fahim berikan senyuman, aku mengiyakan dan kami berjalan untuk pergi ke masjid, tanah perkuburan dan masjid tak adalah jauh sangat, lebih kurang 300 meter sahaja. ...........................................

Seusai solat, aku tunggu Fahim di hadapan pintu utama masjid, bosan sebab telefon tiada, aku tengok tengokla ciptaan Tuhan yang indah, biarpun panas terik.

"BAA!", aku terkejut, reaksi badan aku menggeletar, Fahim tergelak dengan reaksi ku, aku bagi dia jelingan maut, "lawakla kau terkejut, lain kali aku terkejutkan kau lagi", "jahat betul", Fahim ketawa besar, aku pun turut ketawa, aku kan senang terhibur, dengar orang ketawa, aku pun ketawa sekali. "Dah, jum gerak," kami pun bangun dan berlalu pergi ke kereta Fahim.

"im, ni kau ikut aku gi Rembau ni, parents kau tau tak?", "jangan risau ryn, parents aku sentiasa tahu, kitorang ada aplikasi life360 tu, jadi mak aku bolehla tengok" , "oh", nadaku naik seoktaf, Fahim mengangguk dan dia fokus kepada pemanduannya, aku melihat pemandangan melalui tingkap, dah lama aku tak keluar rumah, jalan jalan ke bandar, tengok tengok, aku tertidur.

"Nuryn..ooo nuryn... tidur mati ke budak ni, kita dah sampai, nurynn", Fahim menunjal nunjal bahuku, guna telefonnya. "hmm", dengan suara bangun tidur aku, aku terus buka mata, ASWARA RESIDENTS.

Dengan malas malasnya aku buka pintu kereta Fahim, aku menggeliat sekejap lepastu aku keluar.

Fahim meminta kepada pengawal kunci untuk masuk ke dalam lift, rumah aku ni.... tak guna kunci, kita guna ascess card, ha gituee.

Dah sampai tingkat 24, aku berlari, rindu sangat rumah aku yang lama. Nombor 45....45....45.... JUMPA!, tapi.. kenapa tak ada rak kasut??? Aku salah rumah ke?

"EH NURYN, LAMA GILAAA TAK NAMPAK KAU!!!!" Thaqeef, jiran aku, nak spesifik, kawan aku. Dia kawan aku masa sekolah rendah, tapi sekolah menengah lain, jumpa pun waktu balik je.

"UWOO, DAH KAHWIN TAK JEMPUT SIUTT!!", APABENDA DIA NI!

"SEJAK BILA AKU KAHWIN PULAK NI!", aku angkat kening sebelah, aku lupa aku bawak Fahim, halah, boleh pulak dicop suami.

"hak alah, suami sendiri pun lupa", eh aku baling jugak selipar aku ni karang, aku tak kahwin lagi lah. "kau ada nampak inai, ada nampak cincin, ada nampak gaya aku macam isteri orang?, pelik pelik la kau, aku belum kahwin lagi, jodoh pun tak ada lagi, kot" , aku nampak mulut Fahim menahan senyum, hihi, mission completed.

"Oh, jadi ni boyfriend kau lah, HAIII, SAYA ZAEEQ THAQEEF, UMUR SAYA SAMA DENGAN NURYN, ANYEONGHASEOO!" teruja betul Thaqeef memperkenalkan diri, Fahim dah tak boleh tahan lucu, dia terus gelak. "Rilek brader, kelakar la kau HAHAHAHAHA", Thaqeef juga ikut Fahim ketawa, aih lah, tak sampai seminit kenal dah gelak ketawa, lelaki kan. "SAYA FAHIM WADIY, UMUR SAYA SAMA DENGAN AWAK, SAWADIKAP", aku tergelak tengok diorang berdua, sepadan betul!, "BUKAN KAWAN AKU", aku mengelak, malulah orang tengok, kemain kuat lagi diorang cakap, satu blok ni kalau boleh bagi orang dengar suara diorang berkenalan.

"Kau buat apa kat sini nur, nak tengok rumah mak kau?" Thaqeef meletakkan barangnya di koridor. "Haah, tapi, asal tak ada rak?", aku bertanya, harapnya dia tahu sebabnya. "isya jual kot, isya pindah, ni kunci rumah kau, kalau kau nak masuk, masuklah,nak tengok keadaan rumah kau, tapi.. jangan masuk sorang sorang, nanti ada beyonce", aku ketuk kepalanya guna kunci, dia mengaduh kesakitan, tak habis habis bergurau macam tu, aku fikir apalah tadi.

"Bismillah," dengan lafaz bismillah, aku lekatkan kad ke pintu rumah ibu, lampu bertukar hijau, aku pulas tombol pintu dan aku masuk.Rumah itu sangat bersepah, sampah sarap merata rata, cat rumah seperti disimbah, cermin pecah, mozek lantai pecah, apa yang berlaku ni??

Ahlong.

Terlintas di fikiran ku tentang ahlong, takkan la Nafisyah yang buat, kalau ya pun, memang takkan ya, Nafisyah lembut orangnya.

"THAQEEF THAQEEF!!!", aku memanggilnya, nasib dia tak jauh lagi. "YE NUR?", aku membuat tangan kemari, dia letak barang dia ke lantai dan dia berlari kearah kami. "asal dok?...HAA!!, dia menjerit melihat keadaan rumah ibu, sumpahlah dia taktahu apa apa?

"Kau tahu tak apa apa cerita pasal mak dia?" Fahim menyoal, Thaqeef menggeleng. "Aku tahu yang mak dia meninggal sebab serangan jantung, isya kata mak dia terkejut, lepastu mungkin jantung shock kot, lepastu.. ha", dalam hati aku ada 102 soalan, terkejut sebab apa?, kenapa terkejut?, siapa dalangnya?, dan banyak lagi persoalan di hati aku.

"Tapi aku taktahu rumah mak kau jadi macam ni nur, isya tak ada cerita apa apa pun kat aku, dia main blah je, rumah takmau kemas, hesy" Thaqeef menggeleng kepala. "Kita kene buat repot polis, ni dah melampau sampai dah pecahkan mozek rumah, aku rasa sebab 'benda' tulah.." ujar Fahim, aku faham, aku mengangguk, Thaqeef terpinga pinga. "Benda?, benda apa?, apani.. main rahsia rahsia pulak", "takpe qeef, nanti kitorang cerita, sekarang ni, call polis," Fahim memberi arahan, Thaqeef cuma akur.

Aku menjelajah rumah ibuku, aku lihat semuanya kosong, hanya ada lantai dan dinding sahaja. Mana barang yang lain?

"Ryn" panggil Fahim, aku menoleh, dia ajak aku keluar dari rumah, aku akur. "Polis dah nak sampai, kalau boleh kita jangan hilangkan jejak atau petunjuk kat rumah ni, biar senang polis nak cari petunjuk", aku mengangguk.

KATA KAWAN? (og)Where stories live. Discover now