"Happy you're home." Kepulangan Adrian sememangnya dinanti-nantikan. Seperti mereka semua, tentu saja anak sulung dalam keluarga Tuan Arman itu juga rindu nak berkumpul sekeluarga. Lengan saling mendakap. Senyuman bahagia terpancar di wajah masing-masing.
"Wah, makin fit sekarang."
"Ah, sikit-sikit je. Aku mula sukan sekarang. Badminton, jogging, gym..."
"Badminton, jogging, gym? Cikgu mana pulak dah paksa kau bersukan? Kau tu bangun tidur pun liat, sekarang nak kata dah ada rutin baru?"
"Itu dulu. Semua benda pun berubah. Kau dulu tak de janggut, sekarang jambang pun naik dah. Tengok ni." Andrey tarik lengan baju, sengaja nak menayang biceps yang baru nak tumbuh.Mereka ketawa. Lengannya ditumbuk.
"Kita ada majlis rasmi malam ni. Tolong siap sebelum pukul tujuh." Suara Tuan Arman yang menyertai mereka empat beradik di meja makan telah membisukan suasana. Dia mengambil tempat duduk, diikuti Puan Asha beberapa saat kemudian, melengkapkan satu keluarga.
Adrian bingkas berdiri, tunduk hormat diberi. Kemudian dia melangkah ke depan. Tangan dihulur kepada emak lalu dicium. Selepas itu, dia melakukan perkara yang sama kepada abah.
Riak di wajah Puan Asha dan Tuan Arman, terutamanya Tuan Arman, menunjukkan betapa bangganya mereka ada anak macam Adrian. Bangga dengan kecemerlangannya dalam bidang akademik. Bangga dengan sikap dan sifat-sifat mulia yang ditunjukkan. Saudara kembarnya itu memiliki semua perkara terbaik dalam hidup.
Bukan seperti aku yang membawa segala kecacatan.
"Sambutan apa malam ni?" Andrey bertanya. Jiwanya gelisah. Majlis rasmi abah tak pernah menarik minatnya.
Malam ini tak akan ada beza dengan majlis-majlis sebelumnya. Membosankan. Bagaimanapun, seperti biasa, arahan kekal sebagai perintah dan tiada siapa boleh menidakkan arahan abah.
"Jubli Mutiara. Semua diwajibkan hadir." Suara tegas, nada keras abah menerangkan. Hati Andrey semakin tercungap-cungap dilemaskan permintaan itu. Kali ini akal bersetuju membantu hati yang kecewa lalu ia cuba merangka rancangan meloboskan diri dari terlibat dalam majlis tersebut.
"Congrats, Sir. I'm proud to have you as my hero. Our hero." Adrian sentiasa tahu perkataan yang betul, manakala Andrey terdiam, memikirkan cara dan alasan untuk dikecualikan. Dengan lain perkataan, dia cukup tak suka majlis sedemikian.
"Adriana, you are asked to wear formal attire tonight. I will not tolerate jeans and t-shirts." Satu lagi perintah yang wajib dipatuhi.
"Tapi abah... Saya... Saya..." Kata-kata tersekat di kerongkong. Wajah abah tak mampu dia pandang.
"Apa? Tak ada dress?"
Dress? Oh my God...
Akal terus terbantut, tak tau bagaimana caranya untuk melongsor keluar dari situasi ini. Abah memusatkan pandangan kepadanya. Dia pula mengalihkan matanya ke wajah mak. Mak tak berkata apa-apa, hanya membalas gelisahnya dengan senyuman.Bukan baru sehari dua aku jadi ahli keluarga ni, kenapa abah masih enggan memahami? Beza betul dengan mak. Mak lebih bersikap terbuka dan mudah dibawa berbincang. Penerimaannya juga lebih rasional.
Kali terakhir menyertai majlis abah, mak pinjamkan dress dari seorang kawannya yang kebetulan mempunyai anak sebaya. Gaun merah jambu itu hanya bertahan melekat di badan Andrey kurang lima belas minit. Oleh kerana terlalu malu dengan apa yang membalut tubuh, dia lari ke tandas. Mujur akalnya panjang. Di situ, dah siap-siap dia letakkan sebuah beg sandang berisi baju. Beg itu berjaya dia sorok di belakang tandas sebelum majlis bermula. Lepas menukar pakaian, dia keluar dari dewan dan terus cabut pulang ke rumah.
YOU ARE READING
Suara
RomanceAndrey, seorang remaja introvert, berhadapan dengan masalah Gender Dysphoria. Identiti itu sering menimbulkan rasa rendah diri hingga membentuk kecenderungan overthinking. Meniti alam remaja, seperti rakan sebaya yang lain, dia turut disapa cinta. N...