18: Refleksi

3 0 0
                                    

Cikgu Sophia pandang muka Andrey. Matanya tak berkelip seolah-olah di situ hanya ada mereka berdua. Dah agak lama dia abaikan janjinya. Bukan sengaja tapi dia tak dapat nak adakan masa.

Andrey dah tak mengharap. "Tak pe, cikgu. Hal kecik." Tapi pagi itu, sewaktu bersarapan dengan Jacques, cikgu Sophia datang menghidupkan sebuah harapan baru.

"That's so sweet of you. Thanks for your understanding." Tangan cikgu Sophia menyentuh tangan Andrey tanpa perlu mencuba. Kewujudan manusia lain di situ langsung tak dihiraukan. Termasuk Jacques. Wajah yang ceria bertukar menjadi tanda tanya. Mulut yang petah tiba-tiba terdiam. Silih berganti muka Andrey dan muka cikgu Sophia dia pandang, seperti sedang menonton perlawanan badminton.


Antara teruja dan terkejut, hati Andrey terasa kembang. Namun darah mengering ke kaki bila cikgu Rina melintas. Adegan itu disaksikan dengan cukup jelas. Dia tak berhenti. Tiada ucapan hi atau selamat pagi selain melempar senyum hambar dan dia terus berlalu.

Tubuh Andrey dibasahi peluh sejuk sedangkan cikgu Sophia macam tak sedar langsung apa yang berlaku. Ramai orang nampak dia pegang tangan Andrey, bukan cikgu Rina saja. Namun begitu, tangannya masih belum mau dianjakkan dan Andrey pun sama, langsung tak terfikir nak tarik.


Cikgu Sophia hanyut dalam khayalan. Andrey pula ambil kesempatan. Kalau boleh dia nak tangan itu kekal menyentuhnya. Cikgu Sophia boleh pegang bila-bila masa saja, di mana pun dia nak. Mana-mana bahagian pun yang dia teringin.


"Free tak malam minggu ni?" Nampaknya satu tarikh baru dah ditemukan.
"Free." Macam cahaya, laju Andrey menjawab.
"Great. Kalau camtu, saya jemput awak pukul lapan esok malam. Perfect?"
"Can't wait. Nanti saya sms alamat." Peluang dan kesempatan yang telah lama ditunggu tak mungkin dengan mudah dibazirkan begitu saja.


"Tak perlu. Semua dah saya urus. Jumpa kamu berdua di makmal." Tidak memberi ruang untuk soalan mahupun jawapan, dia bangun meninggalkan Andrey dan Jacques sendirian.


Sejurus selepas cikgu Sophia mengorak beberapa langkah, Jacques dengan penuh rasa teruja meminta penjelasan. Susah dia nak percaya apa yang dia lihat sekejap tadi.


"Kau date dia?!! Dengan cikgu Sophia?!!! Apa kejadahnya aku tak tau? Siap main pegang-pegang tangan lagi. Kau pakai ilmu apa?" Kuat suara dia. Mata dibuntangkan.

"Ilmu alam," jawab Andrey kemudian menyambung, "kau nampak tadi, kan? Dia yang ajak, bukan aku."
"Cool... Sophia memang hot. Aku ingat kau suka si singa gunung. Rupanya sang harimau kumbang yang dapat. Dia patut ajak aku. Taula aku camne nak layangkan dia ke syurga."


Apabila terpancul perkataan 'singa' dari mulut Jacques, sesuatu menghentak hati Andrey. Rasa bersalah dengan apa yang telah cikgu Rina saksikan sebentar tadi memukul kembali. Wajahnya muncul di ruang minda, bermain di mata hati. Bebelannya berkumandang di telinga. Terkenang semua saat-saat bersama dia. Waktu-waktu indah yang dah menyentuh segenap pelusuk jiwa.


Patut ke aku beritahu dia tentang jemputan cikgu Sophia?

Ada keraguan di situ.


Sekali lagi dia diheret ke mahkamah jiwa. Situasi ini perlukan pertimbangan yang telus. Tulus. Akal mewajibkan hati untuk meragui perasaan.


"Apa kata kau cuba rimau tu. Esok. Malam minggu, bro."
"Astaga, takkanlah. Dia cikgu kita."
"Dah tu? Kau ingat cikgu malaikat? Tak de nafsu? Entah-entah dia pun satu payung. Kalau aku, aku akan gunakan semua mentera ajaib yang aku tau untuk terbangkan dia ke syurga paling tinggi."
"Hahahahha..." Ketawa kuat mereka menarik perhatian beberapa orang yang berada di kafeteria.
"Kau kalau pasal benda ni memang bersemangat betul."
"Aku yakin Sophia tu buas atas katil. Memang berbaloi untuk first timer cam kau. Peluang camni datang sekali seumur hidup." Jacques berbisik.
"Kau rasa dia pun berhaluan kiri ke?"
"Boleh jadi. Tapi Rina aku pasti. Alah, kalau dia ke kanan, kau heretlah dia ke kiri, apa susah?"
"Kau sure cikgu Rina tu macam kita?"
"Dari cara dia pandang aku... terutamanya cara dia pandang engkau, aku rasa dia tu memang pengibar tegar bendera pelangi."

SuaraWhere stories live. Discover now