Assalamualaikum semua! Terima kasih sebab masih setia tunggu cerita Bawa Pergi Cintaku walaupun sudah hampir setahun cerita ini menghilang dari wattpad.
Sejujurnya, saya unpublish cerita ini pada tahun lepas sebab saya insecure dengan penulisan saya. Saya rasa BPC terlalu banyak kekurangan dan cerita ini perlu diedit dari awal sampai akhir.
Saya ambil masa setahun untuk kembalikan cerita ini sebab baru sekarang saya ada keyakinan. Banyak juga perubahan yang saya buat untuk new version ni supaya cerita ni jadi lebih baik.
Kalau ada orang yang tak puas hati dengan hasilnya nanti, saya minta maaf sangat-sangat. Maaf kalau korang rasa cerita ni tak layak untuk pergi jauh. Tapi saya nak umumkan secara rasmi bahawa...
Bawa Pergi Cintaku akan diterbitkan menjadi novel. Maksudnya, Zea dan Aqeel akan kembali dalam bentuk buku fizikal. Nanti kita boleh peluk pasangan comel ini untuk lepaskan rindu sepuasnya!
Apa beza versi wattpad dengan novel? Ada pembuangan, penambahan dan pertukaran scene serta ada watak yang dibuang. Overall, storyline hampir sama saja tapi adalah kelainan sikit. Kalau nak tahu, kena beli hehe
Cerita ini sad romance tapi tak sedih sangat pun. Bab-bab terawal memang happy. Konflik pun tak berat. Jadi, jangan letak harapan tinggi dekat cerita ini. Mungkin juga korang takkan nangis bila baca.
Kalau berminat ingin baca BPC sampai tamat, korang kena tunggu novel BPC yang akan diterbitkan nanti. Jika tiada halangan, mungkin hujung tahun ini. Doakan supaya urusan penerbitan BPC dimudahkan.
Segala update tentang novel, saya akan maklumkan di instagram @viepixxa dan channel telegram viepixxa's. Link telegram ada di bio instagram saya. Jadi, silalah follow ig saya kalau tak nak ketinggalan update.
Lepas ni, saya akan publish balik BPC dari prolog hingga bab 7 (8 bab terawal) saja. Korang bacalah 8 bab terawal ini nanti dan nilai dulu sebelum korang beli supaya tak menyesal kemudian hari.
Yang penting JANGAN BELI SEBAB HYPE tapi BELILAH SEBAB BERMINAT!
Kita jumpa Zea Eryna & Aqeel Razin dalam versi novel nanti! Insya-Allah dalam bulan 12 ini.
Korang dah bersedia ke nak baca BPC sekali lagi? Sila komen. Saya nak kira berapa orang je yang berminat nak baca?
YOU ARE READING
Bawa Pergi Cintaku [BAKAL TERBIT]
RomanceBAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA All Rights Reserved © viepixxa