"INTAN!"jerit Puan Natasha kepada anak perempuannya yang masih tidak turun ke bawah.
"Ye ummi,sekejap Intan turun."ujar Intan apabila terdengar jeritan ibunya.
"Cepat Puteri Nur Intan Zulaikha.Kalau tak turun lagi,jap lagi aku tinggal kau,dik."ugut Aziq kepada adik bongsunya.
Intan terus turun apabila diugut oleh abang sulungnya itu. Aziq sememangnya orang yang selalu mengugutnya apabila dia lambat.
"Kau ni tak reti sabar ke long? Bukannya University tu lari pon." Jeling Intan kepada abang sulungnya. Ya,harini adalah hari dimana Intan akan pulang ke University selepas cuti.
"University tu bukan ada kaki ke?" Ujar Aziq. Intan menjeling kepada abangnya sebelum...
"ADUH! Sakit la Intan!"
Intan tergelak apabila abangnya menjerit selepas dia mencubit lengan abangnya yang berlapik baju itu.
"Tu la kan dah kena cubit dengan Intan. Padan muka." Gelak Aniq apabila melihat abangnya dicubit oleh adiknya.
"Engkau tak rasa tak pa la,sakit tau." Ujar Aziq sebelum dia menjeling tajam kepada adik keduanya itu.
"Sakit lagi kalau orang yang kita sayang tu curang." Kata-kata Aniq membuat Aziq sentap kerana dia pernah berada di situasi itu.
"Dah lah,korang ni. Bising tau." Ujar Intan sebelum dia sambung bermain telefon bimbitnya itu.
"Tak habis-habis dengan telefon dia tu. Ke...kau ada boyfriend dik?" Itu ibarat soalan yang paling senang untuk Intan jawap dengan jawapan...
"INTAN TAK DAK BOYFRIEND LA!"
"Tak payah la jerit! Nasib kita dalam kereta tau. Kalau tak aku tak mengaku kau adik aku." Ujar Aziq.
"Jahat la kau ni long."ujar Intan sambil bermain telefon bimbitnya.
2 Jam kemudian...
"Along, angah, adik, jom pergi solat dulu. Sekarang dah masuk waktu Asar." Ujar Puan Natasha kepada anak-anaknya yang sedang ralit itu.
"Baik ummi." Ujar tiga beradik itu .
Setelah sampai ke University Malaya(UM)
"Adik duduk elok-elok Kat sini. Jaga solat,Jaga diri dan kalau boleh cari la bakal suami sekali." Ujar Puan Natasha.
"Adik muda lagi la ummi. Kalau nak suruh cari jodoh,suruh along dengan angah cari untuk diorang sendiri. Diorang tu dah makin tua nanti tak ada orang nak pula." Ujar Intan sebelum dia memandang ke arah dua orang abangnya itu. Dia sengaja ingin membuatkan dua orang abangnya itu marah.
"Aku tampar kau nak tak?" Ujar Aziq
"Amboi kau dik nak kata kami ni tua la ya?"Ujar Aniq kepada adik bongsunya itu.
"Bye,adik masuk dulu. Assalamualaikum." Ujar Intan sebelum dia masuk ke University itu.
YOU ARE READING
AKU MASIH SAYANG KAU [OG]
General FictionIni hanya rekaan semata². Enjoy your reading! Minta maaf kalau tak best/terkurang apa² Ni first try jadi semestinya ada silap. Cerita ni lover to enemy to lover. Faham tak? Kalau tak faham buat² faham je lah:)