Di rumah Intan dan Rabiatul...
"Em... Intan.." Panggil Rabiatul dengan nada ragu-ragu.
"Hmm... kenapa..?" Jawap Intan yang masih menutup matanya. Dia baru nak bangun.
"Er... aku... aku nak pindah Kedah balik dah. Aku duduk sana balik." Ujar Rabiatul sambil menggenggam tangannya.
Tiba-tiba...
"Wei serius ah?! Aku pun memang nak balik Kedah dho! Tak sangka weh!" Jerit Intan sambil tersenyum lebar.
"Kau ni perlahankan sikit suara tu... pukul 2 pagi ni..." Ujar Rabiatul sambil menekup mulut Intan.
Intan segera menepis tangan Rabiatul. Intan memandang sahabatnya itu dari atas ke bawah. Dia sempat menjeling ke arah Rabiatul.
"Aku tak bersalah. Memang suara aku boleh dengar 1 KL ni. Kau yang salah, siapa suruh kejut aku pagi-pagi buta ni." Ujar Intan dalam nada tak puas hati.
"Siapa suruh kau bangun?" Tanya Rabiatul semula.
"Eh, kau ni. Memang aku campak engkau dekat Hutan Amazon lah." Ujar Intan sambil membaling patung 'my melody' kesayangannya itu tepat ke arah muka Rabiatul.
"WOII! Kau jangan la baling patung kau ni!" Jerit Rabiatul sambil membaling semula patung itu ke arah Intan.
"Dah la, jom tido. Esok pulak la sambung. Goodnight kependekan..." Ujar Intan dalam nada mengusik.
"Kurang ajar kamu ketinggian." Jawap Rabiatul sambil tersenyum lebar dan seikhlas-ikhlasnya kalau boleh.
"Dah la tidur ler minah wei." Ujar Intan sebelum dia melelapkan mata buat 10 jam tanpa sedarkan diri.
"Macam nobita pula aku tengok si Intan ni. Letak je kepala terus masuk alam lain. Patut lah si Mikhael tu curang, mesti sebab minah ni kuat tidur. Ish ish ish... Tak patut tak patut..." Bebel Rabiatul sebelum dia juga tertidur.
Pukul 10 pagi di rumah mereka...
"Weh dah pukul berapa ni?!" Jerit Intan yang baru membuka mata selepas 'mati dunia' dia.
"Amboi amboi anak dara sorang ni... baru nak bangun?" Tanya Rabiatul sambil tersenyum sinis.
"Ye mak, cheq baru nak bangun..." Jawap Intan sambil membaringkan dirinya semula.
"Woi bangun lah. Kau ni sambung tido pulak." Ujar Rabiatul sambil memegang sebaldi air yang penuh.
"Tak nak...." Jawap Intan sambil menutup matanya. Tiba- tiba....
Bunyi simbahan air memenuhi bilik mereka berdua."WOI! APA BENDA KAU NI! SEJUK LAH!" Jerit Intan sekuat-kuatnya.
"Bangun pun kau. Ingat dah arwah tadi. Baru aku nak ustaz suruh bungkuskan engkau." Jawap Rabiatul dengan senyuman sinisl
"Aku dah lama arwah wei. Aku ni roh je tau." Usik Intan.
"AAA, kau jangan main-main weh. Benda tak lawak weh." Ujar Rabiatul sebelum dia lari meninggalkan Intan berseorangan di dalam bilik itu.
"Ingat berani rupanya penakut jugak." Ujar Intan sebelum dia bangun dari katil.
"Kamu nii..." Ujar Rabiatul sambil tersenyum lebar.
"Jap...kenapa baju aku basah..RABIATUL ADAWIYAH BINTI MUHAMMAD AL RAFIQ!" Jerit Intan sambil melihat bajunya yang basah kuyup akibat Rabiatul.
Rabiatul telah melarikan dirinya.
[Assalamualaikum hampa! Kami nak cakap Selamat berpuasa untuk semua umat Islam. Esok kita dah masuk bulan Ramadhan.
Cepatnya masa berlalu tapi cerita ni tak habis ii lagi🗿. Okay lagi satu hampa, kawan author (Zaraaaaien) ada buat cerita yang ada kaitan dengan cerita ni hampa. Boleh dak hampa pi baca? Support sekali tau.. okay maseh hampaa...okay lah byee..Assalamualaikum]

YOU ARE READING
AKU MASIH SAYANG KAU [OG]
General FictionIni hanya rekaan semata². Enjoy your reading! Minta maaf kalau tak best/terkurang apa² Ni first try jadi semestinya ada silap. Cerita ni lover to enemy to lover. Faham tak? Kalau tak faham buat² faham je lah:) Yang carut² tu not my false okayy☠️