Bahagian 2💗

890 40 0
                                    

              KEESOKAN HARINYA...

       "Assalamualaikum bro" Ujar Rabiatul kepada Intan. Rabiatul ialah sahabat Intan dari Sekolah menegah.

       "Waalaikumussalam,saya perempuan kak. Bukan jantan." Jawap Intan yang sedang ralit membaca sebuah novel kesayangannya itu.

     "Alaa..rilek la. Hang baca apa dia tu?” Tanya Rabiatul kepada Intan. Kenapa jadi 'hang'? Kerana Rabiatul berasal dari negeri Kedah. Dia tidak ubah cara percakapannya walaupun dia di negeri lain.

    "Baca buku la cik kak oi... Tak kan baca Death Note." Jawap Intan sambil menjeling tajam kepada sahabatnya itu.

    "Hehe...gurau ja. Ampun bang..Eh?! Kak.." Ujar Rabiatul sambil memegang tangan Intan.

    "Hang ni kan. Jap... awai hang balik University." Ujar Intan sambil menarik baju sahabatnya itu.

    "Ha la, ni mujur aku mai awai kalau tak hang dok berduaan dengan si Mikhael tu. Dosa tau." Ugut Rabiatul kepada Intan.

      "Amboi hang.. Bab mengata aku nombor 1. Kalau hang tak balik awai, aku duduk la dalam bilik ni pastu kunci. Dia tak boleh masuk tanpa izin." Ujar Intan sebelum dia memandang ke arah sahabatnya itu.

        "Wei jom pergi Family Mart. Beli jajan sikit, boleh makan time buat tugasan." Ajak Intan.

       "Boleh ja. Hang pi siap, aku nak turun." Jawap Rabiatul.

       "Ha okey-okey. Kita pi naik motor la. Race sat sekali sekala. Hehehe..." Ujar Intan.

       "Hang ni la, mengambil kesempatan dalam kesulitan." Ujar Rabiatul sambil memegang kunci motor Y15 miliknya.

        "Hahahaha...hang pi la Turun dulu. Aku nak siap sat." Ujar Intan kepada Rabiatul.

        "Ha, okey-okey." Jawap Rabiatul dengan selamber.

          Intan menyarungkan baju hoodie kelabu bersama tudung shawl hitam sebelum dia mengambil kunci motor Y15 miliknya. Dia turun ke tingkat bawah untuk berjumpa dengan Rabiatul yang telah tunggu diatas motor milik Rabiatul.

        "Jom" Ujar mereka berdua sebelum dua biji motor Y15 itu bergerak di atas jalan raya.

            Setelah sampai...

      "Wei Iyah, hang nak beli apa?" Tanya Intan kepada Rabiatul. Nama penuh Rabiatul ialah Rabiatul Adawiyah. Hanya Intan yang panggil Rabiatul dengan gelaran 'Iyah'.

      "Beli la jajan apa-apa pun... Asalkan jajan sudah" Ujar Rabiatul sebelum dia melihat seorang lelaki yang amat dia kenali iaitu Tengku Mikhael Qaayed.

      "Wei puteri,hang ada rasa something tak?" Ujar Rabiatul dalam nada yang perlahan. Rabiatul menunjukkan seorang lelaki yang sedang memerhati gerak geri mereka.

      "Haah, aku rasa ada yang tengah perhatikan kita la.. Dah la jom la balik. Risau pulak aku." Ujar Intan apabila dia juga sedar bahawa ada mata yang memandang mereka.

      Mereka berdua keluar dari Family Mart dengan tergesa-gesa.

      "Puteri Nur Intan Zulaikha." Panggil Mikhael sambil menyilangkan tangan didadanya. Dia berjalan pergi ke hadapan mereka. Mereka berhenti apabila Mikhael datang betul-betul di hadapan mereka.

     " K...kenapa?" Tanya Intan dengan nada sedikit takut. Dia memegang tangan Rabiatul dengan erat akibat ketakutan.

     "Relax la...Yang kau terketar-ketar ni dah kenapa?" Tanya Mikhael apabila melihat badan Intan sedikit menggeletar.

     "Ye la kau tiba-tiba datang tak ke aku nak melompat. Nasib tak terlompat je ni. Kalau tak semua salah kau." Jawap Intan sambil menjeling tajam kepada kawannya itu.

    "I'm sorry, ok?" Ujar Mikhael.

     "Sorry-sorry, naik Lori lah!" Ujar Intan dengan selamber. Rabiatul yang berada di sebelah hanya mendiamkan diri apabila melihat dua orang itu .

    "Takkan la hensem-hensem ni naik Lori,makcik oi. "Jawap Mikhael.
 

 

AKU MASIH SAYANG KAU [OG]Where stories live. Discover now