Di rumah Intan dan Rabiatul...
"Tercipta satu senyuman.. Saat engkau hadir dalam hidupku... seperti bunga yang layu kini mekar kembali..." Nyanyi Rabiatul.
"Amboi yang tu, galau nampak. Dah kenapa?" Tanya Intan sebelum duduk di sebelah Rabiatul.
"Tak ingin aku nak galau. Sebab lagu best je ni." Jawap Rabiatul sambil tersenyum.
"Kau bukan boleh percaya sangat." Ujar Intan sebelum menampar tangan sahabatnya itu.
"Percayalah kepada sahabatmu ini... by the way, kita cuti minggu depan kan?" Tanya Rabiatul sengaja mengubah topik.
"Ye makcik bedah." Jawap Intan sambil menjeling tajam kearah bakal isteri Ilyaz.
"Kau bila nak kahwin?" Tanya Rabiatul sebelum menampar bahu sahabatnya itu.
"Mentanglah dah pernah kahwin, tanya orang pulak." Jawap Intan sambil menjeling tajam kearah sahabatnya.
"Dua minggu lagi kita dah nak Convocation lepas tu habis dah." Ujar Rabiatul sambil memegang tangan Intan.
"Asal kau pegang tangan aku ni?" Tanya Intan sebelum menarik semula tangannya.
"Aku nak bagi tahu yang Mikhael curang.." Ujar Rabiatul dalam keadaan serba salah dan teragak-agak.
"Tak kan lah?!" Tanya Intan sambil menekup mulutnya sendiri.
"Ye...tadi aku keluar dengan Ilyaz lepas tu dia keluar dengan Angeline." Jawap Rabiatul.
"Kau jangan main-main Rabiatul... Benda ni tak kelakar tau." Ujar Intan sebelum dia merenung ke dalam anak mata Rabiatul.
"Aku tak nak tipu kau la..." Rabiatul berterus terang dengan Intan. Dia sudah penat melihat sahabatnya ditikam dari belakang.
"Jadi... Dia tak call aku aku sebab tu lah?" Tanya Intan dalam keadaan suara yang agak kecewa.
Rabiatul tidak menjawab tetapi dia hanya menganggukkan kepalanya. Dia menundukkan wajahnya.
"Ohh... Tak pa lah kalau macam tu..." Ujar Intan sambil tersenyum.
"Kau okay...?" Tanya Rabiatul dalam keadaan pelik kerana Intan hanya tersenyum.
"Okay atau tidak hanya aku dengan Tuhan yang tahu..." Ujar Intan sambil tersenyum manis.
YOU ARE READING
AKU MASIH SAYANG KAU [OG]
General FictionIni hanya rekaan semata². Enjoy your reading! Minta maaf kalau tak best/terkurang apa² Ni first try jadi semestinya ada silap. Cerita ni lover to enemy to lover. Faham tak? Kalau tak faham buat² faham je lah:)