Bahagian 19💗

374 16 2
                                    

   Keesokan harinya di kelas mereka.....

"Weh...asal si Intan tu macam tengah galau je...." Ujar Hanie sambil menjeling kearah Intan sekali sekala. Dia tidak tahu semuanya lagi.

"Si Mikhael tu curang lah..." Jawap Nikki dengan selamber. Nikki, Nikki, member tengah sedih dia jawap random je.

"Serius lah?!" Ujar beberapa orang perempuan didalam kelas itu.

"Heh, diam sikit boleh tak?!" Ujar Aiman selepas dia menampar meja dihadapan.

"Lah, korang pun bising nak kata kitorang pulak." Jawap Mardhiah sambil menjeling tajam kearah Aiman.

"Kau diam la perempuan!" Ujar Aiman sambil menjeling kembali kearah Mardhiah.

"Relek bro...Girlfriend aku bro." Ujar Abdul sambil menepuk bahu Aiman.

"Girlfriend kesayangan kau ni buat hal lah." Ujar Aiman sambil melihat ke arah Abdul.

"Biarlah dekat dia..." Ujar Abdul dalam nada tenang sedangkan di dalam hati, api sedang membara.

Mikhael dan Angeline masuk ke dalam kelas sambil bersembang rancak. Puteri hanya memerhatikan gerak geri mereka berdua.

"In-Intan..." Ujar Mikhael dalam keadaan gagap. Tangannya bergetar.

"Mikhael, jom pergi dekat tangga. Sekarang." Ujar Intan tanpa riak wajah.

"Kenapa wak?" Tanya Mikhael walaupun dia sudah tahu kenapa.

"Apa masalah? Ikut je lah. Ada kaki kan?" Ujar Intan sebelum keluar dari kelas itu.

"A-ada..." Jawap Mikhael sebelum dia mengikuti Intan keluar kelas.

     Di tangga...

"Kenapa Zulaikha?" Tanya Mikhael sambil merenung ke dalam anak mata Intan.

"Apa hubungan awak dengan Angeline?" Tanya Intan sambil mencuba untuk menenangkan hatinya yang sedang berada di situasi perasan bercampur aduk dan tidak stabil.

"K-kawan je Zulaikha..." Ujar Mikhael dalam keadaan gagap dan sedikit menggeletar.

"Kawan? Ingat saya tak tahu ke awak tu curang. And Angeline adalah girlfriend awak! Itu yang awak kata just kawan?!" Tengking Intan kepada Mikhael.

"Awak dah tahu? Baguslah..." Ujar Mikhael sambil tersenyum jahat.

"Apa yang bagus Tengku Mikhael Qaayed?!" Tanya Intan dalam keadaan marah.

"Bagus lah sebab awak dah tahu jadi saya nak kita putus sekarang!" Jerit Mikhael sambil menjeling tajam kearah kekasihnya itu.

"Tapi kenapa?! Hanya sebab perempuan tu lebih menggoda awak nak dekat dia?!" Tanya Intan sambil menekup mukanya.

"Sebab kau tu macam sampah! KITA PUTUS!" Itulah kata-kata terakhir Mikhael sebelum mereka berpisah.

AKU MASIH SAYANG KAU [OG]Where stories live. Discover now