4 || Izzara༊·°

15 1 1
                                    

Aku keluar dari tandas sambil menunduk kerana menahan malu. Kelihatan kelibat lelaki itu masih lagi setia menunggu ku.

Mata hanya memandang ke lantai, tidak menghiraukan orang sekeliling. Aku juga kehairanan.

Kenapa dia baik sangat dengan aku? Bukannya kenal pun. Siap tolong bayarkan barang-barang lagi.

Aku berjalan ke arah jejaka itu. Dia tersenyum kepada aku.

"Terima kasih sebab tolong bayarkan barang dan sebab tolong saya" Aku menyatakan pertolongannya dengan ucapan terima kasih.

"It's my pleasure miss" Balas lelaki itu.

"How am i supposed to ever repay you?" Aku berkata dalam hati.

Aku memutuskan untuk memandang wajahnya. Dia dari duduk di atas kerusi kini berdiri di hadapan aku. Tinggi sungguh!

Kepala aku dari posisi menunduk pergi ke posisi mendongak untuk melihat wajah lelaki tersebut. Makan tiang lampu tepi jalan agaknya. Tinggi sangat.

Aku bagaikan terkena renjatan elektrik. Tidak mungkin...

Yang terpapar di wajahnya, dua lohong hitam yang seperti pernah dikenali. Sama dari zaman sekolah menengah dan sama dari pelanggan di kafe aku beberapa beberapa hari yang lepas.

Sebuah soalan meniti di bibir ku dan ia kekal di situ. Soalan yang ingin dilepaskan dari mulut tidak dilepas. Soalan itu kekal di dalam fikiran dan hati.

Masa dan tidak sesuai untuk ditanyakan soalan begitu. Mungkin juka berjumpa di lain hari, aku akan bertanya kepadanya.

Sebenarnya, aku masih tidak dapat memproseskan apa yang telah berlaku. Kerana ia sangat memalukan!

"I think we should go our seperate ways now" Jantung ku berdebar bagaikan mahu terkeluar dari badan ku. Tetapi aku cuba menenangkan diri.

"Ya, lagipun saya juga ada urusan lain. Semoga berjumpa di lain hari, assalamualaikum" Berakhir saja ayat tersebut, kaki lelaki itu terus melangkah berlawanan arah dengan aku.

"Tapi blazer awak..."

"Takpa, jika mempunyai rezeki kita akan berjumpa di lain hari. Assalamualaikum, kaga diri" Belum sempat aku menjawab salamnya dia sudah pun pergi.

Tidak tahu mengapa. Perangainya sedikit pelik bagi ku. Seperti sedang gelabah. Melihat lelaki itu sedang berjalan ke arah lain.

Ketika susuk tubuh lelaki itu mula menghilang, aku berasa sebak tetapi tidak mengetahui asbabnya. Berasa seperti patah hati, seperti kehilangan sesuatu

Apabila kelibatnya tidak kelihatan lagi, aku mencapai troli barang aku. Aku membuka langkah menuju ke kereta.

Aku perlu menghantarkan barang-barang ini ke kedai untuk digunakan di sana. Pasti sedang sibuk sebab itu sehinggakan bahan pun sudah habis.

Wow penat! Tu lah, dah tahu demam pergi beli barang sendiri walaupun pekerja ada. Padan muka! Tidak mengapa, sekali sekala menolong ringankan beban.

"SETTLE juga mandi. Panas betul lah cuaca hari ini" Ya, harini sungguh panas di bumi Pahang. Suhu mencecah 40 darjah selsius!

Setelah menghantar groceries di kafe, aku terus pulang ke rumah kerana kepanasan di luar. Tidak sanggup menahan suhu yang terlampau panas.

Memandangkan waktu baru pukul 3.30 petang, aku memilih untuk berehat di atas katil kesayangan ku.

Hump

Badan ku dihempas ke atas katil. Aku mencapai telefon yang terbaring di atas meja sisi katil. Ada satu mesej dari nombor yangtidak dikenali. Aku membuka ruang borak itu.

HIS BUTTERFLYWhere stories live. Discover now