6 || Farhan༊·°

4 1 0
                                    

CAHAYA matahari pagi menyinari rumah ku, memanaskan meja kayu dan kusyen empuk. Udara segar dengan angin lembut membawa bau kopi dan roti bakar. Di luar, halaman berkilau dalam cahaya lembut, sementara burung berkicau, mencipta suasana damai dan tenang.

Dua hari sudah berlalu sejak aku berkunjung ke rumah orang tua Izzara untuk melamarnya tetapi masih tiada khabar berita atas keputusannya. Mungkin Izzara telah membuat keputusan namun belum bersedia untuk memaklumkannya.

Sudah beberapa hari juga aku tidak menghadirkan diri ke ofis kerja bersama sahabat aku. Hari ini telah pun tamat tempoh cuti sejak beberapa hari yang lepas dan aku akan menghadiri ke tempat kerja.

Roti bakar yang hanya tinggal separuh keping baru sahaja ingin disuakan ke dalam mulut apabila telefon pintar ku berdering di dalam poket seluar. Roti bakar itu diletak semula ke atas pinggan lantas tangan menyeluk ke dalam poket untuk mengeluarkan telefon.

Seth. Nama kawan sekerja aku terpapar di skrin telefon, meminta untuk mengangkat panggilan tersebut. Ikon hijau digeset.

"Assalamualaikum" Suara garau Seth lebih pantas mendahului aku untuk memberi salam.

"Waalaikumussalam, asal call aku ni?" Soal ku kepada Seth.

"Ni aku nak habaq nanti hang ada meeting pukui 9. Nak pesan jangan mai lambat sangat kerja. Tau lah hang lama tak masuk ofis" Haih, pagi-pagi sudah mula mesin beleternya si Seth ini.

"Baik Seth, aku nak gerak dah ni. Baru nak habiskan sarapan" Aku menerang situasi terkini.

"Ya lah hang. Jangan lambat, hari itu hang dah kejutkan singa dalam perempuan tu. Jangan nak cari pasai lagi kali ini" Seth berleter lagi.

"Ya ya nanti aku mai. Assalamualaikum, kalau ada apa-apa habaq lain kat aku" Kami bertukar salam dan panggilan tersebut diputuskan.

Jam terpapar pukul 7.30 pagi, aku mempercepatkan proses kunyahan makanan dalam mulut aku.

Mesyuarat kali ini amat penting kerana ini adalah sebuah pembentangan tentang idea kolaborasi antara dua bisnes untuk menjayakan sebuah projek baharu.

Pinggan yang awalnya dipenuhi roti bakar kini hanya tinggal habuknya saja. Dibawa ke singki untuk dibasuh. Sebuah kunci yang mempunyai rantai kunci yang tertulis Ducati serta topi keledar full face juga dicapai.

"Huh, baik cepat. Karang terusik singa tu sekali lagi" Aku mendengus lembut sebelum melangkah keluar rumah ku.

TIBA di pekarangan sebuah bangunan berteres dua tingkat. Nama kafe tertera di muka sebuah lot melambangkan aku berada di kedai yang tepat untuk bermesyuarat dengan bakal kolaborator.

Kunci motor disimpan ke dalam beg selempang hitam ku. Kolar baju kemeja yang juga berwarna hitam dikemaskan selepas melawan arus angin ketika menunggang motosikal sebentar tadi.

Tingkap kedai yang sedikit gelap menghalang pandangan ku tembus ke isi kafe itu. Pelanggan yang menjejak masuk dan keluar dari pintu kacau itu menunjukkan kedai dalam keadaan yang sesak, dipenuhi dengan pelanggan yang berkunjung untuk mengisi perut mereka.

Dengan lafaz bismillah, aku mula melangkah menuju ke pintu masuk kafe itu. Saat pintu dibuka, mata ku mula mengimbas keadaan sekeliling tempat tersebut.

Pelanggan yang sedang berbasa-basi sesama sendiri sambil menyedut air daripada muk mereka. Pekerja yang gigih menjalankan amanah, mengambil pesanan makanan dan menyediakan pelbagai pencuci mulut yang kelihatan cukup menyelerakan.

Namun dalam kesesakan itu, mata ku tertumpu kepada seorang gadis yang pernah ku jumpai beberapa minggu yang lalu. Pakaiannya berwarna hijau cair tudungnya pula tidak jauh beza tonanya dengan jubah yang dikenakan. Wajahnya disorok dengan sehelai purdah namun juga kelihatan keceriaan di dalam matanya yang bersinar.

HIS BUTTERFLYWhere stories live. Discover now