"A-Aku suka kau.." Lelaki itu berkata kepada perempuan berada di hadapannya. Jantung berasa seperti mahu keluar dari badannya.
Raisha, sahabat kepada Izzara turut terkejut akan pengakuan Si Farhan tetapi dia pekakkan telinga sahaja. Dia sekadar menjadi seekor nyamuk di situ agar tiada sebarang fitnah timbul di lain hari. Jika seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan maka yang ketiga adalah SETAN DURJANA!
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)"
(Al-Quran 17;32)Izzara mendongak, menatap wajah tampan milik Farhan seraya pengakuan tersebut keluar dari mulut milik Farhan. Izzara hanya terdiam dan merenung ke dalam dua lohong hitam milik Farhan. Benarkah apa yang didengari olehnya? Tidak tersalah dengar, kan?
Sebuah pengakuan yang sangat di luar jangkaan. Izzara berdiri kaku, tiada sebarang aksara keluar dari mulutnya.
Selama ini, dia menjangkakan bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan namun kini, cintanya dibalas.
Tidak lama lagi, Farhan tidak akan ada lagi dalam jarak penglihatannya. Sebelum mereka berjauhan, Izzara juga ingin menyampaikan isi hatinya sebelum terlambat tetapi sesuatu membuatnya memutuskan niat itu.
"Aku suka kau juga Han, tapi aku tidak mahu terlalu berharap dekat kau" bisik hatinya dengan perasaan sebak. Dia juga berharapan agar perasaan lelaki itu tulus terhadapnya.
"Janganlah berharap setinggi-tinggi langit, takut nanti jatuh sedalam samudra" Izzara sentiasa bergantung kepada kata-kata itu.
Farhan tidak ingin berjauhan, tetapi takdir berkata sebaliknya.
"Aku jarang berjanji dengan kau tapi.." Ayatnya tergantung.
"Tunggu aku tau Zara, aku janji aku akan kembali kepada kau" jari kelingkingnya dihalakan kepada Izzara sebagai tanda sebuah perjanjian. Izzara turut juga menghalakan jarinya tetapi mereka tidak bersentuhan agar batas tetap terjaga.
Izzara sangat mengenali Farhan, jika jejaka itu membuat sebuah perjanjian. Maka, janji itu tidak akan sama sekali dimungkirkan.
Mereka berdua diam seketika, tidak tahu apa yang patut dikatakan. Mata mereka bertentangan. Mata coklat Izzara menjadi hazel apabila ditampar cahaya matahari. Mata hitam Farhan yang kekal berwarna hitam walaupun di bawah cahaya yang menyilaukan.
Izzara berasa tiada gunanya Farhan mengaku isi hatinya kerana selepas ini mereka akan berjauhan.
"Perjalanan hidup kita masih jauh, lagipun kita kan sekolah menengah lagi" Suasana sedikit janggal.
"Jika kita ditakdirkan bersama, maka ajal sahaja yang mampu memisahkan kita" sebuah senyuman dihadiahkan kepada Farhan dengan harapan dapat menghilangkan rasa janggal yang mengambil kehadiran ketika itu.
Siapa sahaja ingin berjauhan dengan orang yang kita cintai setulus hati? Tetapi ya benar, terlalu awal untuk mereka bercinta. Masih lagi di bangku sekolah menengah, waktu yang kritikal dan perlu memberi perhatian dalam pembelajaran.
"Ya Allah, jagakanlah gadis di hadapan ku ini sepanjang ketiadaan ku. Engkau sahaja yang mampu menjaga dia" Bisik hati Farhan sambil merenung ke dalam mata Izzara yang terkaku di hadapannya.
Mata air Izzara mula bergenang, hatinya tidak kuat untuk manatang perasaan sedih yang terperangkap di dalam hatinya. Selama ini Farhan sahaja yang mampu bertahan dengan ego, kesedihan dan segala luahannya. Jika dia pergi maka, siapakah yang sanggup mendengar isi hatinya.
"Jangan nangis Izzara Hafiyaa, aku tak boleh lap air mata kau. Aku tak boleh sentuh kau" Allah sahaja tahu betapa peritnya untuk Farhan mencuba sedaya upaya untuk menahan air matanya. Juga tidak menyeka air mata Izzara yang kini sudah pun mengalir.
Jika diikutkan hati, mahu sahaja mengusap pipi gebu milik Izzara. Namun, dia perlu menjaga batas antara mereka berdua.
Keadaan kembali sunyi. Setelah beberapa minit mendiamkan diri, Farhan memandang ke arah Izzara lalu berkata.
"Aku kene gerak dulu, karang sampai lambat pulak kat sekolah baru aku nanti. Semoga bertemu sua di lain hari" Sebuah senyuman diukir agar kelihatan tenang di saat hatinya berasa begitu sebak dengan situasi ketika itu.
"Semoga bertemu sua di lain hari" Izzara juga mengukir sebuah senyuman untuk menyembunyi kesedihannya.
"Bismillah, Fi Hifzillah Fi Amanillah. I leave you in the care of Allah SWT. Assalamualaikum" Ayat terakhir yang diucap oleh Farhan.
"Waalaikumussalam, i leave you in the care of Allah SWT" Izzara mengucapkan ayat yang sama kepada Farhan.
"Ana uhibbuka fillah syahida" Saya sayang awak kerana Allah. Bisik hati mereka berdua seraya mengucapkan selamat tinggal.
Langkah dibuka bersama, arahnya berbeza. Izzara menuju ke bilik darjah untuk meneruskan sesi pembelajaran, manakala Farhan menuju ke kereta untuk bertolak ke destinasi yang seterusnya.
"Dengan keizinan-Mu suatu hari nanti, insha'Allah aku akan kembali" Hati Farhan berbisik saat dedaun pintu kereta dibuka dan barangannya di masukkan ke dalam perut kereta.
Dengan langkah yang berat, Izzara membuka langkah menuju ke kelasnya. Selangkah dua, langkahnya dihentikan lalu dia menoleh ke arah kereta milik Farhan yang baru sahaja mula bergerak.
"Izzara jom. Karang lambat pulak masuk kelas" Ujar Raisha sambil menepuk bahu Izzara. Menghulurkan tangan untuk berpimpin bersama Izzara sambil berjalanan ke arah kelas.
Izzara mengangguk mencapai tangan Raisha lalu mereka berdua melambaikan tangan antara satu sama lain sebelum kelibat kereta tersebut tidak kelihatan lagi.
Tiba-tiba tangan milik Izzara terlepas dari genggaman Raisha. Sahabat itu terasa pelik, tiada lagi tangan yang digenggamnya beberapa tika yang lalu.
Raisha menoleh ke belakang. Terkejut melihat Izzara jatuh terjelupuk di atas lantai simen. Raisha menyambut Izzara agar dia tidak tercedera dengan perlakuannya yang secara tiba-tiba. Tidak percaya kenyataan bahawa, Farhan tiada lagi di sudut pandangannya.
Berat hati Raisha melihat sahabatnya dalam keadaan begitu.
Sebuah esakkan yang kecil terlepas dari mulut Izzara saat kelibat kereta tersebut tidak lagi kelihatan.
"Ra-Raisha... Han..Han dah takde Raisha" Air matanya mengalir deras seperti air terjun. Raisha hanya mampu memeluk tubuh sahabatnya. Basah bahagian baju di bahu Raisha dibuatnya akibat air mata milik Izzara.
"Istighfar Zara istighfar. Kalau Han tengok kau macam ni, tak ke dia susah hati hm?" Dia menyoal sambil menepuk belakang Izzara untuk memujuknya.
Izzara menggeleng kepalanya. Raisha menolong Izzara untuk bangun dengan menghulurkan tangannya.
"Kita masuk kelas ya?" Sekali lagi Izzara memandang ke arah di mana beberapa minit sebelum ini, adanya sebuah kereta. Sekarang tiada lagi.
"Jom" Sepatah sahaja jawapan Izzara.
Langkah milik Izzara dan Raisha dibuka kembali menuju ke kelas. Izzara mengelap air matanya sesaat sebelum dia melangkah masuk ke dalam kelas.
Hati mereka berdua berasa begitu berat. Hati mereka berharap agar mereka berdua akan dipersatukan kembali.
"Ya Allah, jagakanlah dia untuk aku" Bisik hati Farhan sambil merenung ke arah luar tingkap keretanya.
"Ya Allah, jagakanlah dia untuk aku" Bisik hati Izzara sambil merenung ke luar kelas.
Air mata milik Farhan ditahan daripada mengalir. Tidak mahu ibu bapanya terperasan bahawa dia sedang kesedihan.
Assalamualaikum semua readers,
know it's not much, maklumlah BM author kurang sedikit hehe.
Author akan usaha lebih untuk mewujudkan karya yang sedap dibaca☺️
Kepada yang sudi membaca, terima kasih

YOU ARE READING
HIS BUTTERFLY
Romance𓂃 ࣪˖ ִֶָ𐀔;༊His Butterfly𓂃 ࣪˖ ִֶָ𐀔;༊ Izzara Hafiyaa, gadis yang sederhana dan berakhlak Islam, sering berkata tanpa memikirkan perasaan orang lain, namun tetap penuh kasih sayang. Walaupun Farhan pernah mengungkapkan perasaannya sebelum berpindah...