Flashback...
CUACA tidak terlalu panas dan tidak terlalu redup sehinggakan tiada cahaya matahari. Sedang-sedang sahaja.
Dari jauh terdengar lagu wedding nasheed yang dipasang agar suasana kenduri itu tidak terlalu sunyi. Sebuah kereta baru sahaja tiba dan diparkir bersebelahan sebuah khemah.
Farhan ternampak suatu susuk tubuh yang sangat dikenalinya.
"Assalamualaikum, What's up my friend?" Seth Areez menegur sahabatnya. Mereka saling berpelukan sambil Seth mengucapkan tahniah.
Di belakang Farhan, terlihat seorang gadis berpakaian serba hitam menyorok di belakangnya. Seorang gadis yang sudah lama tidak menemui. Seth tidak menjangka, sudah banyak perubahan gadis tersebut.
Dulunya berpakaian yang sedikit tunggang-langgang, hanya cukup syarat tetapi tidak sempurna. Kini sudah bertutup litup sehinggakan matanya sahaja yang kelihatan.
"Izzara, hang ka tu?" Seth bertanya sambil mengintai belakang Farhan.
"Ya, saya. Awak siapa?" Kini dia berada di sisi Farhan malah sedikit terjarak. Segan agaknya.
"Lah tak ingat ka aku, Seth. Seth Areez." Dia tidak sangka Izzara sudah melupakan siapa dirinya. Dia faham mengapa Izzara tidak mengenali. Sudah genap 10 tahun tidak berjumpa.
"Seth? Seth abang angkat saya? Seth Areez?" Seth mengangguk saja sebagai tanda dia meneka dengan tepat.
Seth dan Izzara saling bertanya khabar, dua kelibat yang amat dikenali oleh Farhan dan Seth memunculkan diri. Berjalan sambil tangan di dalam poket seluar.
The Chaotic Twins.
Sepasang kembar seiras, persahabatan empat kepala, kini kembali satu. Setelah sekian lama tidak berjumpa keempat-empat bersama. Akhirnya bertemu di pernikahan sahabat mereka.
"Assalamualaikum semua! Weh sampai hati kau jemput kita orang last minute gi majlis nikah kau ya" Putra Idris berkata berjambak tangan untuk bersama Farhan dan Seth. Putra Izz turut lakukan yang sama.
Di samping Izzara mendiamkan diri, empat bala itu rancak berborak setelah empat tahun The Chaotic Twins tidak pulang ke tanah air.
Ketika di bangku sekolah menengah, Seth, Farhan, Idris dan Izz satu kelas dan satu dorm. Itulah asbabnya mereka mempunyai sebuah persahabatan yang sangat akrab. ketika tamat sahaja pembelajaran di sekolah menengah, tidak lama kemudian sepasang kembar seiras itu sambung belajar di Mesir kerana mereka berdua diberi biasiswa untuk belajar di sana.
"So inilah dia, your beloved Butterfly. Am I correct Han?" Izz bertanya sambil mencondong badannya ke hadapan sedikit untuk samakan ketinggian antara Izzara dan dirinya.
Maklumlah empat sekawan ketinggian atas 175cm, Izzara tingginya ibarat keychain. 155cm sahaja ketinggiannya. Ketot
Gelaran Han diberi kepada Farhan sebagai nama panggilan antara mereka berempat. Dengan kelakuan Izz itu, Izzara menyorok di belekang Farhan. Izzara tidak mengenali dua kembar itu kerana Farhan dan Seth berjumpa dengan mereka apabila berpindah ke tahfiz di Kedah suatu ketika dahulu.
"Nak takut apanya? Bukan nak makan hang pun" Idris menjongket sebelah keningnya sambil menyilangkan tangannya. Mereka semua ketawa dengan telatah Izzara seperti budak kecil. Takut sama orang yang tidak dikenali.

YOU ARE READING
HIS BUTTERFLY
Roman d'amour𓂃 ࣪˖ ִֶָ𐀔;༊His Butterfly𓂃 ࣪˖ ִֶָ𐀔;༊ Izzara Hafiyaa, gadis yang sederhana dan berakhlak Islam, sering berkata tanpa memikirkan perasaan orang lain, namun tetap penuh kasih sayang. Walaupun Farhan pernah mengungkapkan perasaannya sebelum berpindah...