16 || Izzara

0 0 0
                                    

CAHAYA matahari menerangi bilik aku. Tapi mengapa seperti ada sesuatu yang menghalang diri ku untuk bernafas? Aku membuka mata. Hidung ku dipenyek dengan dada m moilik Farhan! Sangat kemas pelukkannya.

Wajah milik Farhan tetap kelihatan segak di dalam lenanya. Aku mencuit hidungnya tidak sedar, aku mencuit pipinya juga tidak sedar.

Selepas solat subuh tadi, kami kembali ketiduran kerana kepenatan.

Aku memicit pipinya sekali lagi berharapan dia akan terjaga. Dengan begitu sahaja dia sudah terjaga dari lenanya. Buka sahaja matanya, pandangan kami berdua terus bertentangan.

Dia senyum manis kepada aku.

"Assalamualaikum sayang, good morning." Dia mengusap rambut aku dengan lembut. Walaupun baru sahaja mula bersama tapi aku sudah bermula untuk meminati sentuhannya.

"Waalaikumussalam awak." Aku menjawab salamnya.

Aku tiba-tiba berasa malu, aku terus menyorok di dalam selimut. Tiada sehelai rambut pun kelihatan.

"Cak..." Dia menyelak selimut yang menutupi wajah ku. Aku tarik selimut semula untuk menyorok namun dibiarkan mata aku kelihatan.

"Sayang nak mandi dulu?" Dia menyoal aku. Fikir-fikir aku menyuruhnya untuk mandi dahulu.

"Awak pergi lah mandi dulu, saya ngantuk lagi..." Ya memang sedikit malas untuk mandi, masih lagi mengantuk.

Dia mengangguk. Menyuruh aku berehat dahulu. Sebelum dia bangkit dari katil, bibirnya singgah sebentar di dahiku. Mata aku terpejam sambil merasai kehangatan ciumannya.

Blushing blushing!

Suami aku yang mencapai kain tualanya yang tergantung itu. Sebelum dia melangkah masuk ke dalam tandas, sempat Farhan menoleh ke arah aku.

"Betul tak nak mandi dengan abang?" Pagi-pagi dah menyakat aku.

"Apa mengarut pagi-pagi ni? Pergi mandi!" Suara aku sedikit tertinggi. Aku menekup mulut dengan tangan.

Farhan menyilang tangannya, memandang aku.

"I don't like your tone Butterfly" Suaranya tegas. Cuak!

"Maaf.." Aku meminta maaf, takut dimarahinya. Tak sempat seminggu berkahwin dah kena marah dengan suami.

"Takpa sayang, I know you mean well." Tersenyum dia. Suka lah tu buat orang takut.

Lalu dia melangkah masuk ke dalam tandas.

Aku sudah berkahwin. Dengan Farhan, dengan best friend dari darjah satu sehinggalah tingkatan satu. Namun, ketika itu lah dia berpindah ke Kedah. Teringat akan saat itu, membuat aku gembira.

Farhan benar telah menepati janjinya. Sesuatu yang dapat dijangka dan tidak dapat dijangkakan.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya Farhan keluar dari bilik air. Sudah selesai membersihkan diri.

Terdengar pintu dibuka, aku turut membuka mata. Lalu aku cepat-cepat menutup semula mataku.

Farhan berdiri di hadapan aku dengan tuala okay pinggang. Dia hanya memakai tuala sahaja.

"Arghhh!" Aku menekup mata aku, malu mahu memandang ke arah sosoknya.

"Kenapa?" Aku disoal sambil sebuah senyuman nakal terukir di wajah Farhan. Aku tahu niatnya, sengaja mahu menyakat aku.

"Awak tu kenapa? Pakailah baju" Mata aku masih terpejam rapat. Serapat yang mungkin.

"Kenapa? Salah ke saya tak pakai baju?" Soalan maut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIS BUTTERFLYWhere stories live. Discover now