7 || Izzara༊·°

6 1 0
                                    

KAMAR tidur aku dicerahkan oleh study lamp yang cukup cerah untuk aku membaca dokumen kerja serta fail-fail yang penting. Usai menunaikan solat isyak, aku terus menjalani ukang kaji dalam dokumen yang diberi oleh F-Farhan... Ketika mesyuarat pada siang hari.

Semua fail dibuka perihal kolaborasi antara kafe aku dan bisnes kopi milik Farhan. Satu persatu maklumat diimbas. Dalam renungan ku terhadap sehelai kertas itu, aku teringat akan kejadian pagi tadi.

Farhan menegur ku... Membuat aku terasa seperti kembali ke alam remaja. Renungannya sungguh memukaukan. Mata hitamnya seperti malam tanpa bintang, gelap namun memancarkan keindahan yang sukar ditafsirkan.

Aku tidak menjangka aku bermesyuarat dengan Farhan. Haih, walaupun dia menyuruh aku untuk 'kekal profesional' dan ketepikan hal peribadi. Terutamanya adalah tentang dia melamar aku.

"Mungkin kita patut buat shooting dekat area pantai untuk menanbahkan lagi aura yang bersesuaian dengan projek kita" Kata Farhan.

"Um Cik Izzara, are you following?"

"Cik Izzara, are you okay?"

Aku termenung. Tidak seratus peratus memberi perhatian kepada pembentangan Farhan dan Seth. Wajah Farhan yang terpampang di hadapan ku langsung tidak memberi peluang untuk aku fokus kepada pembentangan ketika itu.

Secawan latte yang berada di sebelah aku dicapai. Dihirup sedikit latte yang sudah suam itu. Sayup-sayup deringan telefon pintar membelai telinga aku. Cawan di tangan hampir terlepas dari pegangan sambil mencapai gajet berdering itu.

"Siapa pulak telefon pukul 11 malam ni?" Telefon sudah di dalam genggaman.

Tertera nama ibu di skrin telefon. Butang hijau digeset untuk mengangkat panggilan tersebut. Telefon didekatkan kepada telinga untuk berbual dengan ibu ku.

"Assalamualaikum ibu." Aku lebih pantas memberi salam kepada ibu.

"Waalaikumussalam, tak tidur lagi anak ibu?"

"Belum ibu, tengah baca dokumen sikit ini." Balas ku.

Ibu bertanya khabar kepada aku. Aku tidak menelefonnya atau melawat ke kediaman ibu semenjak perjumpaan antara keluarga ku bersama keluarga Farhan.

Aku disoal siasat seperti seorang penjenayah oleh ibu. Dah makan apa harini? Sihat ke tak? Ada sakit apa-apa ke? Macam mana mesyuarat pagi tadi? Segala-galanya ditanya dan alhamdulillah semua jawapan ku positif belaka.

"Jadi... Kakak dah tahu keputusan kakak?" Aku sudah dapat menjangka soalan ini bakal timbul. Dari awal perbualan lagi aku sudah dapat mengagak.

"Belum ibu. Akak tak tahu lagi macam mana ibu." Dengar ibu mengeluh perlahan di hujung talian.

"Takpe lah akak. Ibu tak paksa kamu, ibu cuma tak nak kamu meleret perkara ini. Itu saja." Kata Ibu.

"Baik ibu. insha'Allah akak akan bagi jawapan dalam masa yang terdekat." Tidak mahu ibu risau, aku mencuba untuk meyakinkannya yang aku mampu untuk membuat keputusan sendiri.

"Okey kak, jaga diri. Kalau ada masalah apa-apa ke bagitahu ya?" Pesan ibu.

"insha'Allah takde apa-apa. Okey lah, assalamualaikum. Jaga diri ibu."

"Yelah lah, waalaikumussalam. Jaga diri jugak." Butang merah ditekan untuk memutuskan panggilan tersebut.

Fail-fail yang berselerak di atas meja, disusun rapi dan diselitkan antara fail yang lain di atas rak buku. Aku bangun dari kerusi, berjalan keluar dari bilik kajian menuju ke kamar tidur aku.

Dedaun pintu kamar tidur aku dibuka dengan luas, bilik aku ditelan kegelapan kerana tiada sebarang cahaya menerangi ruangan itu. Mencari suis untuk menyalakan lampu yang paling malap.

HIS BUTTERFLYWhere stories live. Discover now