BADAN menggeletar ketakutan, tangannya naik untuk melindungi muka disimbah minuman panas yang dilempar oleh pelanggan itu. Jangkanya, badan basah kuyup dek terkena simbahan air. Kulitnya akan melecur kerana suhu air yang terlalu tinggi pada sentuhan kulit.
Tetapi, dunianya menjadi gelap tiada sebarang cahaya yang kelihatan. Dunianya menjadi sempit seperti dihimpit sesuatu yang lembut tapi cukup untuk menghadkan pergerakannya. Dan juga, pakaiannya kekal kering. Tiada setitis air pun yang menyentuhnya.
kemudian Izzara terhidu wangian parfum yang kuat baunya sehinggakan membuatnya sedikit pening dengan kekuatan bau itu.
Tangannya diluruskan untuk mengenali keadaan sekeliling, dinding terasa..lembut? Seperti kain sesuatu pakaian.
Beberapa minit kekal begitu, kemudian dunianya kembali bercahaya. Dia periksa satu persatu, setiap inci tubuhnya. Tiada sebarang kesan. Daripada tunduknya, dia mendongak. Satu jejaka berbadan tegap sedang berdiri kaku di hadapannya. Langsung tidak berganjak dari tempatnya.
Mata Izzara bertentangan dengan sepasang mata yang penuh kerisauan. Alis matanya berkerut menunduk ke arah Izzara yang sedang menutupi wajahnya. Saat itu Izzara sedar bahawa jejaka berbadan tegap itu adalah Farhan.
"Fa-Farhan? Awak buat apa dekat sini?" Blazer yang menutupi tubuh Izzara kini tergantung di lengan Farhan. Dia memandang sekeliling, semua masih lagi pegin di posisi dan merakam mereka.
Izzara membelek-belek tubuh badannya yang menggigil ketakutan itu. Dia mengangkat kepala menatap mata Farhan yang berair, seperti menahan kesakitan.
"Awak okey tak Zara?" Suaranya menggeletar.
"Kejap, kalau saya tak kena maksudnya...Farhan, are you okay!" Izzara menjarakan dirinya dengan Farhan dan ditelek ke belakang tubuh badan Farhan. Izzara menekup mulutnya, terlihat jelas kemeja putih Farhan dibasahi dengan air kopi yang panas itu.
"Saya okey cuma, ya Allah pedih." Farhan mengaduh kesakitan sambil memegang belakangnya.
Pelanggan yang membaling cawan ke arah mereka tadi memerhati sahaja perlakuan mereka berdua. Matanya dipenuhi rasa serba salah kerana niatnya untuk mengenakan Izzara bukan pihak lain.
"Zul! Ambil kain dan basahkan dengan air sejuk cepat!" Tegas Izzara mengarah Zul untuk mengambil kain basah untuk Farhan. Izzara pula mengatur langkah menuju ke bilik yang dipenuhi loker-loker pekerja yang disekalikan dengan lokernya sendiri.
Izzara menggunakan kunci untuk membuka lokernya. Matanya melilau cari apa yang diperlukam.Baju berwarna kelabu yang berlengan panjang terlipat itu diambil.
"Rasanya macam muat? Baju abah kot!" Baru ingin menguncikan kembali lokernya, terfikir untuk mengambil satu lagi benda yang penting.
"Kit pertolongan cemas! Lupa nak ambil." Baju berlengan panjang itu dirapatkan ke dada dengan tangan kiri manakala tangan kanannya mengambil kit pertolongan cemas itu.
Baju dan kit di tangan Izzara diletakan di atas meja di dalam bilik mesyuarat kedainya. Lalu Izzara mengatur langkah ke situasi huru-hara di depan kaunter pembayaran.
"I minta maaf sangat-sangat, I tak berniat nak cederakan sesiapa. I-I bertindak tanpa berfikir dahulu.." Suara wanita itu mengendur. Serba salah kedengaran jelas dalam kata-katanya. Meminta maaf kepada Farhan.
Izzara yang baru tiba di tempat itu memandang ke arah Farhan yang terduduk di atas kerusi dengan Zul yang mengelap belakang Farhan dengan kain tuala yang dibasahi air sejuk itu.
Izzara mencuba untuk kekal tenang. Dia mencuba untuk kekal beradab dengan pelanggan yang berkunjung ke kedainya, tetapi kali ini dia tidak mampu bersabar lagi. Gilirannya pula, amarah meluap-luap di dalam diri akhirnya meletup jua.

YOU ARE READING
HIS BUTTERFLY
Romance𓂃 ࣪˖ ִֶָ𐀔;༊His Butterfly𓂃 ࣪˖ ִֶָ𐀔;༊ Izzara Hafiyaa, gadis yang sederhana dan berakhlak Islam, sering berkata tanpa memikirkan perasaan orang lain, namun tetap penuh kasih sayang. Walaupun Farhan pernah mengungkapkan perasaannya sebelum berpindah...