[29] I'm Missing You

9 4 0
                                    

LELAKI tinggi itu memandu ke arah farmasi yang berdekatan dengan villanya.

'Kenapa erk isteri aku macam mengandung akhir-akhir ni,' ucapnya di dalam hati. Perkataan mengandung itu masih terlekat di kepalanya.
Dia cuba untuk focus tetapi susah untuk menghilangkan perkataan itu dari fikirannya.

Setelah sampai di farmasi yang dituju, kereta Ferrari itu diparking elok. Lelaki itu pun keluar dari keretnya lalu berjalan menuju ke dalam farmasi tersebut. Dia berjalan mengelilingi farmasi tersebut untuk mencari pregnancy test. Dia tidak tahu hendak memilih yang mana jadi dia beli semua jenis.

Haider pun pulang ke rumah untuk memberikan benda itu kepada Haura.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam,'' jawab Puan Huda dan Nek Kamilah.

"Nek, Haura macam mana? Dia okay tak?" soal Haider kepada Nek Kamilah.

"Dia okay je cuma dia kata dia tak larat," jawab Nek Kamilah

Haider pun menganggukkan sedikit kepalanya lalu menuju ke bilik tidur mereka. Terlihat Haura yang sedang terbaring di atas katil. Lemah.

Lelaki itu mendekati tubuh kecil yang sedang berbaring di atas katil.

"Princess?" Haider memanggil Haura untuk bangun melihat dirinya.

"Hm..." Haura pun bangun duduk bersila di atas katil itu.

"Kenapa?"

"Nah pergi test dulu," Haider memberikan plastik yang berisi pregnancy test itu.

Haura mengambil plastik tersebut lalu membukanya. Mata Haura terbeliak luas. Tekejut dia tengok isi plastik itu. Dia bukan mengandung dia hanya sakit perut biasa ja. Overthinking betul lah suami dia ni. Dah besar pun tak pandai nak bezakan sakit perut dengan pregnant.

"Apa abang merapu ni?!" jerit Haura membuatkan Puan Huda dan Nek Kamilah pergi ke bilik mereka.

"Ada apa ni? Jerit-jerit!" serbu Puan Huda dan Nek Kamilah.

"Haider ni ha! Dia pi beli seguni pregnancy test,"

Semua mata tertumpu kepada Haura.

"Kamu pregnant ke, Haura?'' sampuk Puan Huda.

Haura menggelengkan kepalanya. "Haura sakit perut biasa je dan Haura muntah sebab perut memulas bukan mengandung," Haura menjeling tajam ke arah Haider.

Puan Huda dan Nek Kamilah tergelak kuat. Haider menggosok belakang lehernya. Malu. Dah lah beli seguni pulak tu nanti tak akan nak bagi orang kut. Membazir lah. Yang Haider pun bukannya nak tanya orang dulu. Cik cik cik.

"Dah beli banyak macam ni tak akan nak pulangkan dekat farmasi tu. Cuba lah, mana tahu positif," usik Puan Huda.

Haider memandang sekilas ke arah Haura yang sedang menutup wajahnya kerana malu dengan sikap suaminya.

Puan Huda dan Nek Kamilah pun pergi meninggalkan bilik itu.

"Macam mana ni? Dah terbeli banyak,"

"Fikir lah sendiri, sendiri yang beli," Haura memutarkan matanya ke atas. Wajah tampan itu dijeling sekilas.

Haider meletakkan plastik itu di dalam stor lalu duduk di atas katil bersebelahan dengan Haura.

"Sorry..." Haider memohon maaf hingga air matanya mengalir membasahi pipi licin itu. Haura yang melihat Haider berasa serba salah walaupun bukan salahnya.

Dengan perlahan Haura mengusap kepala Haider yang sedang menangis itu.

"Shhh... Tak apa la..." pujuk Haura untuk membuat Haider senyum kembali. Namun, Haider tetap menangis hingga bawah matanya lebam akibat menangis terlalu lama. Cengeng lah suami dia ni, sikit-sikit menangis. Alah sama ja perangai dua-dua kuat terasa. Senang cakap anak mak.













































































































































































Haaa lama tak scroll tu?
HAHAHAHA

dah baca tu vote lah sekali sayangkuuu

mwahhh

!!!LOVE YOU!!!

<3 <3 <3

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'm Missing You [Not Completed]Where stories live. Discover now