[27] I'm Missing You

8 8 0
                                    

Wajah Haider yang sebelum ini biasa sahaja berubah ganas seperti harimau yang sedang mencari mangsa untuk dimakan.

"Awak jangan main-main eh, kang saya gigit awak baru tahu," usik Haider dengan senyuman nakal. Haura pun mencubit kaki Haider yang terlebih gatal itu. Haider menepis tangan Haura sambil merengek kesakitan. Sakit sangat ke? Macam kena gigit beruang je pun. Haura melepaskan ketawa besar kepada Haider kerana tindakan Haider itu seperti paus yang takut terhadap jerung.

"Mari lah! Tadi nak gigit aku sangat kan," ejek Haura membuatkan Haider merasa geram.

''Nasib sayang, kalau tak habis aku sepak kau keluar dari kereta ni," bisik Haider peralahan. Namun, Haura boleh dengar apa yang dia cakap tadi.

"Apa kau cakap tadi?! Kau ingat aku tak dengar ke,"

"Erk..."

"Tendang lah kalau berani," cabaran dari Haura membuatkan Haider rasa serba salah kerana sudah buat isterinya sakit hati terhadap kata-katanya yang baru sahaja disebutnya.

"Awak nak ke saya tendang awak?" suara Haider berubah garau.

Haura menelan liur kerana dia tidak pernah mendengar suara Haider yang terlalu garau.

"Haha awak ni pun sama je, penakut lebih,"

"Ish kau ni!" Haura menampar Haider. Saja tampar-tampar manja.

"Eh kita dah lewat lah, nanti terlambat sampai rumah umi" tegur Haider, kalau dia tak sedar tadi sampai bila-bila pun tak sampai.

Tanpa membuang masa, Haider terus menyalakan enjin lalu memandu ke arah rumah uminya.

Mereka berdua hanya berdiam diri sahaja sepanjang perjalanan kerana tidak tahu ingin berbicara tentang apa.

Tidak lama kemudian, Haura memanggil Haider yang sedang memandu itu.

"Oi!"

Haider menoleh sekejap ke arah isterinya.

"kenapa?" sepatah sahaja balasannya.

"Aku rasa nak termuntah la..." kata Haura lembut. Lemah.

"Sabar ya princess, kejap lagi kita dah nak sampai," pujuk Haider agar Haura dapat menahan rasa ingin termuntah itu.

Haura mengangguk perlahan. Dia sudah tidak tahan lagi tetapi dia tetap mencuba untuk menahan. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya. Padahal dia yang selalu menyusahkan suami dia.

"Dekat depan tu je lagi rumah nenek, jadi awak tahan dulu okay?" Kata Haider sambil menunjuk ke arah kawasan perumahan.

"Cepat sikit..." Haura sudah tidak tahan lagi.

Haider mempercepatkan kelajuan kereta agar lebih cepat sampai ke rumah neneknya.

Akhirnya, mereka telah pun sampai. Tanpa membuang masa Haider terus keluar dari kereta lalu mengangkat Haura masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum nenek!"

Haider berlari menuju bilik air. Neneknya yang ingin membalas salam terhenti sebentar kerana terkejut melihat Haider berlari seperti flash.

HAIDER menuju ke bilik mereka yang telah disediakan oleh nenek. Haura masih berasa lemah dan tidak larat. Haider sangat risau dengan keadaan Haura yang sekarang.

Haider membaringkan Haura di atas katil yang empuk itu.

"Awak okay tak ni? Ada apa-apa yang saya nak kena buat ke?"

"Tak," sepatah sahaja balasan dari Haura.

"Saya nak pergi turun bawah sekejap nak tengokkan nenek,"

"Hm..."

Haider pun turun ke bawah untuk memastikan neneknya baik-baik sahaja.

"Haider!" Jerit Puan Huda mak sedaranya membuatkan langkah Haider terhenti apabila mendengar suara yang sudah lama tidak didengarnya.

Haider berlari ke arah Puan Huda lalu memeluk erat tubuhnya.

"Dah lama maksu tak jumpa kamu kan? Last maksu jumpa kamu pun time kamu umur 5 tahun," Tersenyum Puan Huda kerana sudah lama tidak bertemu.

"Haider rindu sangat dengan maksu..." bisik Haider.

Haura menuruni tangga dan ternampak Haider yang sedang berpelukan dengan wanita itu. Haura terus menghampirinya.

"Siapa ni?" Tanya Haura.

Haider terus memusingkan badannya ke belakang.

"Haura, ni mak sedara saya Puan Huda,"

Haura terus menyalami tangan Puan Huda.

"Ni isteri kamu ke?" soal Puan Huda.

"Haah," Haider menganggukkan kepalanya.

Puan Huda menoleh kembali ke arah Haura.

"Apa nama kamu?" Puan Huda tersenyum melihat Haura yang kecil seperti semut.

"Puteri Haura Sebrina boleh panggil Haura je,"

"Kalau maksu panggil princess boleh?"

Terbeliak mata Haider mendengar perkataan "PRINCESS" itu. Dia cemburu kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh memanggil Haura dengan panggilan "PRINCESS".

"Bo-" kata Haura dipotong oleh Haider

"Mana boleh! Haider sorang je yang boleh panggil dia princess," Haider menjeling ke arah Puan Huda. Cemburu.

"mengada lah kamu ni," ejek Puan Huda kepada Haider.

Haura menjeling Haider seolah-olah jijik dengan Haider.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haaa mcm mana okay tak?

Kalini panjang sikit.

yang dah baca tu tolong lah vote sekali jangan kedekut

hmmm majok!

maseh yg dah vote

cayang awakkk

mwahhh

I'm Missing You [Not Completed]Where stories live. Discover now