Hish! Dahlah hujan! Aku mendengus sambil memeluk tubuh. Hujan semakin lebat, membasahi baju dan tudung aku yang sudah kuyup. Aku berdiri di tepi jalan, menanti teksi atau apa saja yang boleh membawa aku jauh dari sini.
Tiba-tiba, splash! Air lopak dari jalan melompat tinggi, membasahi aku habis-habisan. "Argh! Seriuslah!" Aku mengeluh kuat, menepis air yang membasahi muka dan tangan. Aku tengok kereta yang baru berlalu, tapi pemandunya langsung tak peduli.
"Hari ni memang nak uji aku ke apa?" Aku bercakap dengan diri sendiri, suara aku tenggelam dalam bunyi hujan dan lalu lintas. Aku rasa macam watak dalam drama yang selalu kena malang berturut-turut.
Aku cuba melindungi diri dengan beg tangan, tapi apa sangatlah yang boleh beg kecil ini buat? Badan aku menggigil kesejukan, dan aku mula menyesal tak bawa payung tadi. Typical Thea, aku menyindir diri sendiri.
"Need a ride?" Suara itu muncul entah dari mana, membuatkan aku tersentak. Aku berpaling dan melihat sebuah kereta hitam berhenti di tepi jalan, tingkapnya diturunkan.
Ternyata, itu Qayden. Wajahnya serius, tapi ada bayang-bayang resah di matanya. "Get in, Thea. You're soaked," katanya, kali ini dengan nada lebih lembut.
Aku mendengus, membuang pandangan. "No thanks. I don’t need your help."
Dia keluar dari kereta, tanpa payung, membiarkan dirinya basah di bawah hujan. "Thea, don’t be stubborn. You’ll catch a cold out here."
"Stubborn?!" Aku mendekatkan diri, menuding jari ke arahnya. "You think I’m being stubborn? You’re the one who..."
Aku terhenti. Dia hanya berdiri di situ, diam dan basah kuyup seperti aku. Wajahnya penuh rasa bersalah, tetapi dia tidak berkata apa-apa. Untuk seketika, hujan menjadi satu-satunya bunyi yang mengisi ruang antara kami.
"Thea," dia berkata perlahan, hampir berbisik. "Please."
Aku menggigit bibir, rasa marah dan kecewa bercampur aduk. Tapi badan aku yang menggigil memaksa aku untuk membuat keputusan cepat. Akhirnya, aku menyerah kalah. "Fine," aku menggumam, separuh hati.
Dia membuka pintu kereta untuk aku, dan aku masuk tanpa berkata apa-apa lagi.
Hujan masih lebat, tapi di dalam kereta, hanya bunyi penghawa dingin dan degupan jantung aku yang terasa. Aku tak tahu kenapa aku naik kereta dia. Tapi mungkin, di hujan malam ini, aku hanya perlukan tempat berteduh.
Sepanjang perjalanan, suasana dalam kereta senyap. Hanya bunyi titisan hujan yang memukul cermin kereta menemani kami. Aku memandang keluar tingkap, cuba menenangkan hati yang masih berserabut.
Qayden di sebelah aku pula kelihatan resah. Dia mencuri pandang ke arah aku beberapa kali, seolah-olah cuba membaca apa yang aku fikirkan. Tapi aku tak berniat untuk memulakan perbualan.
"Thea," dia akhirnya bersuara, memecahkan kesunyian. Suaranya perlahan, serba salah.
Aku diam, tak memandang dia.
"Thea, look at me." Nada dia mendesak, tapi masih ada kelembutan.
"Apa lagi yang kau nak, Qayden?" Aku akhirnya berpaling, menatap dia dengan pandangan penuh marah. "Kau dah dapat apa yang kau nak, kan? Kau dah buat aku macam orang bodoh!"
Dia menarik nafas panjang. "No, Thea. I never wanted this. I just..." Dia terdiam, mencari kata-kata. "I made mistakes. Big ones. But I swear, I was trying to protect you."
Aku ketawa kecil, penuh sinis. "Protect? Dengan cara menipu aku, rahsiakan segalanya dari aku? That’s your definition of protection?"
Wajahnya semakin tegang. "I was scared, Thea. Scared that you'd hate me if you knew the truth. And now... now you do."
Aku tergamam sekejap. Walaupun aku masih marah, kata-kata dia ada logiknya. Tapi aku takkan lepaskan dia begitu saja. "Kau patut fikirkan semua ni sebelum kau curang, Qayden. Kau yang buat keputusan untuk buang aku dari hidup kau. Sekarang kau nak datang balik macam tak ada apa-apa?"
Dia diam, wajahnya penuh penyesalan. "I was stupid, Thea. I know that. I lost you once, and I deserve your anger. But please, let me make it right this time."
Aku menggeleng kepala, air mata mula bergenang. "It’s too late, Qayden. Kau dah hancurkan semuanya."
Kereta berhenti di tepi jalan. Dia memandang aku, matanya penuh dengan sesuatu yang aku tak tahu nak tafsirkan—kesedihan, penyesalan, atau mungkin harapan.
"Thea," dia berkata perlahan. "It’s never too late. Not for us. Please, just give me one last chance."
Aku memandang dia, hati aku bercelaru. Aku nak percaya, tapi... bolehkah aku? Atau adakah aku hanya menempah luka yang sama sekali lagi?
Hujan di luar semakin lebat, tapi aku tahu, badai sebenar ada dalam hati aku sekarang.
Qayden mengeluh kecil, kemudian dia bersuara dengan nada yang cuba tenang. “Do you have your fashion class tomorrow?”
Aku mendengus. Soalan dia macam tak kena pada tempatnya. “Kenapa kau peduli? Kau ingat aku tak ada hidup sendiri, ke?!” Aku membalas kasar, memandang dia dengan pandangan tajam.
Dia kekal tenang, walaupun aku tahu kata-kata aku menekan dia. “I’m just asking, Thea. I want to know if you’ll be busy tomorrow.”
Aku mendengus lagi, kali ni lebih kuat. “Yes, I have class. And no, it’s none of your business. Lepas ni, jangan sibuk-sibuk tanya aku soalan bodoh macam ni lagi.”
Dia mengetap bibir, menahan diri daripada membalas. “Fine. Just make sure you get there safely.”
Aku ketawa kecil, penuh sinis. “Oh, sekarang kau nak ambil berat tentang keselamatan aku? Lepas apa yang kau buat, kau ingat aku perlukan keprihatinan kau?”
Dia diam seketika, menarik nafas panjang sebelum berkata, “You don’t have to make this harder than it already is, Thea.”
Aku memandang dia dengan mata yang hampir berapi. “Harder? Kau ingat senang untuk aku terima semua benda ni?!” Suara aku meninggi, melepaskan rasa yang terbuku.
Qayden memandang ke depan, menggenggam stereng dengan kuat. Tapi dia tak berkata apa-apa. Dia hanya membiarkan aku lepaskan semua rasa marah aku.
Hujan di luar masih lebat, seolah-olah turut sama menangisi keadaan kami. Tapi aku tahu, walau seteruk mana pun ribut di luar, ia tak setanding dengan ribut yang sedang melanda hati aku sekarang.
YOU ARE READING
HATINYA UNTUKKU | OG
RomanceNama aku, Thea Elizabeth, seorang pelajar perniagaan yang menyambung pengajian di sebuah universiti di Itali, tidak menyangka bahawa pertemuan tak sengaja dengan seorang lelaki di sana akan mengubah hidupnya. Semuanya bermula dengan satu kejadian ya...
