BAB 26

38 5 1
                                        

HARI ini, langit Rome membiru terang, dengan awan tipis terapung perlahan seperti lukisan dalam buku cerita. Udara musim bunga yang nyaman menyambut kami sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari rumah keluarga Revello. Jalan-jalan batu kecil yang tersusun cantik, bangunan berusia ratusan tahun dengan seni bina klasik, dan aroma kopi segar dari kafe berdekatan. Semuanya terasa seperti mimpi yang aku pernah tinggalkan bertahun dulu.

“Rome smells nice,” kata Jayden sambil memandang kiri dan kanan. Topinya senget, tapi dia tak begitu peduli.

That just smells like pizza, coffee, and a bit of old stone,” Rayden menyampuk dari belakang, dengan tangan diseluk dalam poket hoodie. “Smells like... tourists. Annoying ones.”

Hayden berjalan di sebelah aku, sambil pegang buku kecil, udah macam travel guide. Dia dah mula membaca beberapa frasa bahasa Melayu yang aku ajar dari semalam. “Mama, if I say 'Tandas dekat mana?' people will show me toilet, right?”

Aku ketawa kecil, menepuk kepalanya lembut. “Yes, betul tu. Tapi kalau tanya kat gelandangan, maybe dia tunjuk tong sampah je.”

Ew.” Hayden buat muka.

Thazyqa melompat kecil di hadapan kami, rambut panjangnya dikuncir dua, berayun setiap kali dia bergerak. Dia mengenakan dress bunga kecil dan jaket denim kecil yang Qayden belikan pagi tadi. Dia memang suka berjalan, dan nampaknya lebih selesa daripada adik-adik kembar dia.

Mama, can we go see the big circle? You know, the broken one?” dia tanya penuh semangat.

Colosseum?” aku tanya semula.

Yes! That one!” dia bersorak.

Qayden ketawa kecil di sebelahku. Dia berjalan sambil tolak stroller kosong yang kononnya untuk Thazyqa kalau dia penat. Tapi budak tu mana reti penat. “Thazyqa’s got the whole itinerary planned, huh?”

She’s always been the bossy one,” aku jawab sambil senyum, “but in a sweet way.”

Kami tiba di Piazza Venezia dahulu, tempat orang ramai lalu-lalang, bergambar, bersantai. Bangunan putih marmar gergasi, Altare della Patria, berdiri megah dengan tangga-tangga tinggi dan patung-patung berkuda. Mata Hayden membulat.

Woah… that’s huge.”

It looks like something from my space book,” dia tambah, tak lepas pandang.

That’s Vittoriano,” Qayden menjelaskan. “Italian pride.”

Rayden bersandar pada tiang, kemudian jeling Hayden sekilas. “I thought your space book had aliens, not dead emperors.”

“I read a lot,” Hayden balas sambil buat muka bosan. “Unlike you.”

“Ehh, don't start a fight here,” aku tegur sambil tarik tangan kedua-dua mereka. “Behave, okay? Or no cookies tonight.”

Bibir mereka berdua memuncung.

Jayden tiba-tiba meluru ke arah burung merpati yang sedang berkumpul dekat tangga. “Look mama, look! I’m a bird! Cooo cooo!” Dia berlari sambil mengepak tangan, habis semua burung terbang lintang-pukang.

Thazyqa ketawa kecil, “Chicken suits you more.”

Jayden yang nampak tersinggung terus mengejar Thazyqa. Gelak tawa mereka bergema di tengah-tengah dataran, menarik perhatian beberapa pelancong yang tersenyum melihat gelagat mereka.

Kami teruskan perjalanan menuju Colosseum, melalui jalan kecil berbatu. Aku genggam tangan Hayden, yang sejak tadi berjalan perlahan. Dia kelihatan penat, tapi tetap fokus tengok sekeliling, macam menyerap semua sejarah yang dia nampak.

Sampai saja di hadapan Colosseum, anak-anak semua terpaku. Bangunan bulat gergasi yang penuh sejarah itu berdiri teguh walaupun sebahagiannya sudah runtuh. Mata mereka bersinar kagum.

“This is the broken circle,” kata Thazyqa perlahan, suaranya hampir seperti berbisik.

Rayden, yang biasanya skeptikal, terpegun. “Looks like a giant cake. A very, very old cake.”

“Don’t eat it,” Sambung Hayden.

Aku peluk bahu mereka berdua. “This is where gladiators used to fight. People used to come here to watch fights, like... ancient wrestling.

Jayden buat muka takut. “They fight with swords?”

Qayden menjawab, “Yes. Big swords. And lions too.”

Jayden terus peluk kaki aku. “I don’t like lions anymore.”

Thazyqa tepuk bahu Jayden. “Don’t worry. Mama won’t let lion eat you. Right, mama?”

Aku angguk sambil ketawa kecil. “Of course. If there is a lion bothering you, mama will crush him first."

“Cocky,” komen Rayden selamba.

Kami ambil gambar keluarga depan Colosseum. Satu gambar dengan gaya peace, satu gambar dengan gaya ‘muka marah gladiator’, dan satu lagi… gambar spontan di mana Jayden tengah lompat, Rayden buat muka bosan, Hayden separuh tutup mata sebab silau, dan Thazyqa tengah gelak besar.

Aku tengok gambar tu dan hati aku terasa penuh. Ya Allah, walaupun kami baru nak sambung semula hidup sebagai keluarga… ini, saat ini, adalah detik yang aku akan simpan selamanya.

Qayden pandang aku dan tanya, “You okay?”

Aku angguk. “For the first time in a long time… yes.”

Dan waktu itu, angin Rome bertiup perlahan.

Membawa bersama harapan baru, dan rasa cinta yang aku ingat dah lama mati.

Tapi tidak. Ia hanya menunggu masa untuk mekar semula.

The Revello family puzzle has solved.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 18, 2025 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HATINYA UNTUKKU  | OGWhere stories live. Discover now