BAB 21

106 6 0
                                        

Keesokan harinya, aku sibuk bersiap untuk menghadiri mesyuarat bersama klien yang telah menempah pakaian khas dariku. Semuanya nampak baik pada mulanya, sehinggalah aku melihat Thazyqa yang sedang duduk di sofa sambil memeluk teddy bear kesayangannya.

"Mama, can I come with you?" tanya Thazyqa dengan suara manja.

Aku tersenyum, tapi dalam kepala, aku tahu itu bukan pilihan. "Sweetheart, I need to leave. It’s a boring meeting. I promise I’ll take you somewhere fun after this, okay?"

Thazyqa mengangguk kecil, tapi matanya jelas menunjukkan sedikit kecewa. Hati aku mula resah. Kalau aku pergi meeting, siapa yang akan jaga dia?

Tiba-tiba satu nama muncul di fikiran. Qayden.

Argh, seriuslah? Aku mengeluh dalam hati. Tapi nak buat macam mana? Aku tak ada banyak pilihan. "Alright, sweetheart. I’ll call someone to look after you," aku berkata sambil mencapai telefon.

Dalam beberapa saat, nama Qayden muncul di skrin. Jari aku teragak-agak, tapi akhirnya aku menekan butang panggil. Tak sampai beberapa saat, suara lelaki itu kedengaran di hujung talian.

"Thea. What’s up?" dia bertanya dengan nada relaks, tapi ada nada sinis juga.

Aku terus ke poin utama. "I have a meeting today. Can you look after Thazyqa for a few hours?"

Terdiam sebentar di hujung sana sebelum dia menjawab, "You’re asking me to babysit?"

"Yes, Qayden. That’s exactly what I’m asking," aku jawab dengan nada tegas, malas nak melayan egonya.

Dia ketawa kecil, jelas menikmati situasi ini. "Fine. Bring her to my place. I’ll take care of her."

Aku menghela nafas panjang. "I’ll drop her off in an hour. Don’t mess this up."

"Relax, Thea. I’ll be the perfect babysitter," katanya sebelum talian dimatikan.

Aku memandang Thazyqa yang masih bermain dengan teddy bear. "Alright, sweetheart. You’re going to spend some time with Uncle Qayden today. Be a good girl, okay?"

Thazyqa tersenyum lebar. "Okay, mama. Is Uncle Qayden nice?"

Aku tergelak kecil. Nice? Not exactly the word I’d use. "He’ll take good care of you, don’t worry," aku jawab, walaupun dalam hati, aku masih ada rasa bimbang.

Selepas memastikan semua keperluan Thazyqa siap dibawa, aku bersedia untuk menghantarnya ke rumah Qayden. Let’s hope this goes smoothly, aku berbisik dalam hati sambil memandu ke arah destinasi.

Kereta Mercedes AMG A45 yang baru saja aku beli berhenti di hadapan penthouse Qayden. Enjin dimatikan dan aku menarik nafas panjang. Ini adalah kali pertama aku menghantar Thazyqa ke sini, dan rasanya... aku sedikit gelisah.

Thazyqa yang sedang duduk di sebelahku mula melompat keluar dari kerusi, penuh semangat. "Mama, look at this place! So big!" kata Thazyqa dengan mata yang terbuka luas, teruja melihat bangunan mewah di sekelilingnya.

Aku hanya tersenyum sambil mengeluh dalam hati, aku tak tahulah kenapa dalam banyak-banyak lelaki, aku pilih Qayden.

Pintu kereta dibuka, dan aku segera mengambil beg kecil Thazyqa sebelum keluar. Aku berpaling, melihat penthouse Qayden yang terletak di tingkat paling atas. Aku tak tahu kenapa, tapi rasa cemas mula merayap dalam hati. Mungkin sebab Qayden. Mungkin sebab dia terlalu banyak rahsia.

Aku mengetuk pintu pagar, dan tak lama kemudian, Qayden muncul di ambang pintu, dengan senyuman sinis yang tak pernah hilang dari wajahnya. "So, you decided to drop her off, huh?" dia berkata, suaranya agak rendah.

HATINYA UNTUKKU  | OGWhere stories live. Discover now