Keesokan harinya, matahari memancarkan sinarnya yang lembut melalui tingkap bilik. Aku bangun awal, rasa sedikit segar setelah malam yang penuh emosi semalam. Aku pandang Thazyqa yang masih lena atas katil, peluk bantal dengan muka comelnya.
Aku tersenyum kecil sebelum melangkah keluar dari bilik, pergi ke dapur untuk siapkan sarapan. Walaupun hidup aku baru je berubah 180 darjah, rasa ada sesuatu yang baru ni… tak teruk sangat sebenarnya.
Selepas siap, aku masuk semula ke bilik untuk kejutkan dia. "Thazyqa, wake up, sweetheart. We’re going out today," aku tepuk lembut bahunya.
Dia mengeliat sikit sebelum buka mata, pandang aku dengan senyuman kecil. "Where?" dia tanya, suara serak-serak comel.
Aku duduk di tepi katil. "We’ll go for a walk. Maybe grab some ice cream. But first, let’s get you dressed, okay?"
Dia angguk, terus bangun. Aku bawa dia ke bilik air untuk cuci muka, kemudian kembali ke bilik untuk pilih baju. Dalam almari aku, aku ada beberapa pasang baju yang aku jahit sendiri semasa projek fesyen di universiti. Nasib baik, ada beberapa helai baju kanak-kanak juga.
Aku capai dress putih dengan corak bunga kecil warna pastel. "What do you think of this?" aku tunjuk pada dia.
Dia senyum lebar, matanya bersinar. "Pretty!"
Aku bantu dia sarungkan dress tu, kemudian ikatkan reben kecil di rambutnya. Bila aku pandang dia semula, aku tak dapat tahan senyuman. "You look adorable, Thazyqa."
Dia gelak kecil, nampak malu. "Thank you."
Selepas aku siap bersiap, aku pimpin tangan dia keluar dari rumah. Angin pagi menyapa lembut, dan suasana di bandar kecil ni rasa lebih tenang daripada biasa. Aku rasa seperti masuk ke fasa baru hidup aku—fasa di mana aku ada tanggungjawab lebih besar daripada diri aku sendiri.
Kami berjalan menuju taman berdekatan. Sepanjang jalan, dia nampak teruja tengok burung terbang, anjing-anjing kecil yang dibawa pemilik mereka, dan kedai-kedai yang menjual pelbagai barang. Aku rasa lega tengok dia gembira.
Di satu sudut taman, ada kedai aiskrim kecil yang aku selalu kunjungi. "Do you like chocolate or vanilla?" aku tanya dia.
Dia pandang aku dengan mata besar. "Chocolate!"
Aku gelak kecil. "Alright, one chocolate ice cream coming right up."
Selepas beli aiskrim, kami duduk di bangku taman. Aku perhatikan dia makan dengan penuh semangat, comot sedikit di sekitar mulutnya. "Sweetheart, slow down," aku tegur sambil lap mulut dia dengan tisu.
Dia ketawa kecil, kemudian pandang aku dengan mata penuh kasih. "Thank you for bringing me here, mama."
Jantung aku terhenti sekejap. Mama? Aku tak sangka dia akan panggil aku macam tu. Mata aku rasa panas, tapi aku tahan air mata. Aku hanya senyum dan angguk.
"You’re welcome, Thazyqa. Always."
Aku terkejut bila pandang belakang, dan apa yang aku lihat—Qayden. Dia sedang berdiri dekat kaunter, tengah pilih aiskrim. Dah lah tempat ni kecil, macam mana dia boleh ada kat sini? Takkan kebetulan semata-mata?
Aku tarik nafas, cuba fokus balik pada Thazyqa yang masih menikmati aiskrimnya. Tapi, tak dapat nak nafikan, hati aku rasa gelisah. Kenapa dia ada sini? Bukankah aku dah cukup jauh lari dari dia?
Qayden sedar yang aku pandang dia. Dia angkat kepala, pandang aku sekejap, dan terus berjalan ke arah aku. Aku rasa jantung aku berdegup lebih laju, tapi aku cuba tenangkan diri.
"You're here?" suara Qayden kedengaran agak santai, tapi aku boleh rasa ada sedikit ketegangan dalam nada dia.
Aku pandang dia dengan tajam. "Why are you here, Qayden? Don't tell me you're stalking me now?"
Dia gelak kecil, tapi gelakannya langsung tak melegakan aku. "Stalking? Nah, I just came here for some ice cream. Same as you, apparently."
Aku tak faham. Dunia ni sempit sangat ke sampai dekat sini pun kami bertembung? Aku cuba elakkan dia, tapi nampaknya tak boleh. Qayden sentiasa ada je di sekitar aku, macam bayang-bayang yang tak boleh dilupakan.
"Just... leave me alone," aku beritahu dia dengan suara rendah, tapi cukup jelas.
Qayden berhenti sekejap, pandang aku, kemudian pandang Thazyqa yang duduk di sebelah aku. "She’s cute," katanya, dengan nada lembut. "She’s your responsibility now?"
Aku rasa jantung aku berdegup lebih pantas. "That's none of your business."
Dia angguk perlahan, seolah-olah dia faham, tapi aku tak pasti kalau dia benar-benar faham. "I just want you to know... I’m not going anywhere, Thea. I’m here for you, whether you like it or not."
Aku rasa marah, tapi tak tahu nak cakap apa. Qayden ni... dia macam tak boleh faham bahasa orang. Aku memang tak perlukan dia dalam hidup aku, tapi kenapa dia masih ada?
Thazyqa, yang sedang sibuk dengan aiskrimnya, tak peduli dengan kami berdua. Aku rasa lega sebab dia tak tahu apa yang sedang berlaku. Aku tak nak dia terlibat dalam apa-apa drama ni.
"Just go, Qayden," aku berkata, lebih keras kali ini. "I don’t need you. And I don’t want you around."
Dia tetap berdiri di situ, matanya tetap pada aku. Dia macam tak mahu pergi. Tapi akhirnya, dia angguk perlahan dan balik semula ke kaunter. Aku tahu dia tak puas hati, tapi aku tak peduli. Aku tak nak dia menganggu lagi.
Qayden balik ke kaunter, dan aku rasa satu bebanan hilang dari bahu aku. Tapi, hati aku masih tak tenang. Kenapa dia mesti muncul? Aku dah cuba jauhkan diri dari dia, tapi dia masih terus menghantui hidup aku.
Aku pandang Thazyqa yang sedang khusyuk dengan aiskrimnya, tak peduli langsung dengan dunia sekeliling. Sekurang-kurangnya, dia tak perlu risau tentang masalah dewasa yang aku hadapi sekarang.
Aku tarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. "Okay, Thazyqa, let's just enjoy our ice cream," aku cakap dengan lembut sambil senyum padanya.
Thazyqa angguk, sambil tangan kecilnya menggenggam aiskrim dengan penuh perhatian. Aku nak rasa tenang, tapi bayang-bayang Qayden tetap ada di belakang aku. Aku tak faham kenapa dia masih nak campur urusan aku, walaupun aku dah cukup jelas dengan keputusan aku. Aku dah berjanji pada diri sendiri, tak akan ada ruang lagi untuk Qayden.
Beberapa minit kemudian, Thazyqa selesai dengan aiskrimnya, dan aku angkat dia perlahan-lahan, siap untuk pulang. Aku melangkah keluar dari kedai, mata aku tetap waspada, takut kalau Qayden tiba-tiba muncul lagi.
Aku cepat-cepat berjalan, dengan Thazyqa dalam pelukan, dan cuba lupakan kejadian tadi. Dunia ni memang kecil, tapi aku takkan biarkan ia jadi semakin kecil dengan Qayden terus menganggu hidup aku.
YOU ARE READING
HATINYA UNTUKKU | OG
RomanceNama aku, Thea Elizabeth, seorang pelajar perniagaan yang menyambung pengajian di sebuah universiti di Itali, tidak menyangka bahawa pertemuan tak sengaja dengan seorang lelaki di sana akan mengubah hidupnya. Semuanya bermula dengan satu kejadian ya...
