Dalam perjalanan balik, Thazyqa ternampak satu kedai mainan yang terletak di sebelah jalan. Matanya bersinar-sinar, penuh dengan rasa ingin tahu dan kegembiraan. Aku senyum sendiri. Nasiblah aku dah kaya, bukan nak riak, just stating the fact.
"Can we go there, mama?" Thazyqa tanya, matanya tak lepas pandang kedai mainan itu.
Aku pandang dia, cuba menilai. Memang, dia masih kecil, dan dia berhak dapatkan apa yang dia suka. Aku berhenti seketika, tangan kiri masih memeluk Thazyqa dengan erat.
"Okay, let's go," jawab aku, sambil mengangguk perlahan.
Aku bawa Thazyqa masuk ke dalam kedai mainan itu. Suasana dalam kedai tu penuh dengan pelbagai jenis mainan yang berwarna-warni, dari patung, kereta mainan, hingga set permainan yang besar. Thazyqa melompat-lompat gembira, terus menuju ke rak yang dipenuhi dengan boneka.
"Which one do you want, Thazyqa?" Aku tanya, sambil mengikuti langkahnya.
Dia tunjuk ke arah boneka beruang besar yang diletakkan di sudut rak. Matanya bersinar-sinar, penuh harapan.
"That one, mama! Please?" Thazyqa memohon, suaranya penuh dengan rasa teruja.
Aku tersenyum dan angguk. "Okay, you can have it," jawab aku, sambil mengambil boneka beruang itu dan menyerahkannya kepadanya.
Thazyqa peluk boneka tu dengan penuh kasih sayang, macam dia dah jumpa harta karun yang sangat berharga. Aku rasa tenang, walaupun masih ada sebahagian hati aku yang risau tentang apa yang akan datang.
Tapi untuk sekarang, aku hanya nak fokus pada Thazyqa. Aku buat keputusan untuk tinggalkan semua masalah yang menganggu fikiran aku dan nikmati masa bersama dia.
Mungkin Allah nak uji aku sekejap je dengan Qayden, tapi Allah datangkan Thazyqa kepada aku. Kadang-kadang, aku rasa segala yang berlaku ada hikmahnya. Aku tak pasti kenapa semua ini terjadi, tapi saat ini, aku rasa tenang. Thazyqa, si kecil ini, memberi aku harapan dan kebahagiaan yang baru.
Aku pandang dia, masih peluk boneka beruang tu erat-erat. Senyumannya yang tulus buat hati aku sedikit terubat. Dulu, aku tak pernah terfikir akan berada dalam situasi macam ni, menjaga seorang budak kecil, tapi sekarang, aku rasa seperti dia adalah hadiah yang diberikan Tuhan untuk mengingatkan aku tentang makna kasih sayang.
"Thank you, mama," Thazyqa cakap, dengan suara kecil dan penuh keyakinan. Aku terkejut, sebab aku tak sangka dia akan ucapkan tu.
Aku tunduk, mengusap kepala Thazyqa. "No, Thazyqa. Thank you for making my life better," jawab aku, dengan mata sedikit berkaca.
Aku tahu, walaupun hidup aku penuh dengan ujian dan cabaran, Allah sentiasa menyediakan jalan keluar yang lebih baik. Mungkin aku tak akan pernah lupa semua yang berlaku dengan Qayden, tapi aku juga tak boleh abaikan kehadiran Thazyqa dalam hidup aku. Dia adalah bukti bahawa, walau seberat mana ujian yang datang, Allah pasti memberi kita peluang kedua untuk merasa bahagia.
--
Balik ke apartment, aku baru sedar yang aku lupa nak tanya, Thazyqa ni umur berapa?
"How old are you, Thazyqa?" aku tanya, sambil duduk di atas sofa, memandang ke arah dia yang sedang bermain dengan boneka beruang kesayangannya.
"I'm four," jawab Thazyqa, sambil senyum kecil. Aku terdiam sekejap. Empat tahun? Dia masih kecil, terlalu muda untuk melalui semua yang dia lalui.
"Do you know the culture of Islam?" aku tanya lagi, walaupun aku tahu ini soalan berat untuk budak sekecil dia.
Thazyqa menundukkan kepala sedikit, sebelum menjawab, "I was raised in a Catholic family, but my parents died in a car accident."
YOU ARE READING
HATINYA UNTUKKU | OG
RomansaNama aku, Thea Elizabeth, seorang pelajar perniagaan yang menyambung pengajian di sebuah universiti di Itali, tidak menyangka bahawa pertemuan tak sengaja dengan seorang lelaki di sana akan mengubah hidupnya. Semuanya bermula dengan satu kejadian ya...
