"I hate you, Qayden! I hate you!" Aku menjerit sekuat hati, dada aku berombak, dipenuhi dengan kemarahan dan kekecewaan yang tak tertanggung. Air mata panas mengalir tanpa henti di pipi aku, tetapi aku tidak peduli. Aku tak boleh tahan lagi, semua perasaan itu terlalu berat.
Qayden hanya berdiri di situ, tidak melawan atau cuba mematahkan kata-kata aku. Dia hanya menatap aku dengan pandangan penuh rasa bersalah, seperti dia tahu dia layak menerima segala kemarahan aku.
"How dare you, Qayden? How dare you lie to me all this time? You kept everything from me! You pretended like none of it mattered. And now, you want me to just forgive you?!" Suara aku pecah, bergema di ruang pejabatnya yang sunyi.
Dia menarik nafas dalam, menahan rasa sakit yang jelas terpancar di wajahnya. "I know, Thea. I know I’ve hurt you beyond words. I can’t undo the past, but..."
"Stop it, Qayden! Just stop!" Aku memotong, menunjuk ke arahnya dengan tangan yang masih menggigil. "You broke me! You left me with nothing! And now, you stand here, asking me to marry you as if everything’s fine? As if everything will magically go away?"
Dia menunduk, tangannya menggosok tengkuk, kelihatan seperti dia sedang mencari kekuatan untuk terus bercakap. "I’m not asking you to forget, Thea. I’m asking you to give me a chance. I’ve made mistakes, horrible mistakes. But I’m here now, and I’m willing to do whatever it takes to make things right."
Aku ketawa sinis, penuh kepahitan. "Make things right? Qayden, you can’t even tell me the truth until I found out myself! And you expect me to trust you again? How do I know you won’t hurt me the same way?"
Dia memandang aku, matanya penuh kesungguhan. "You don’t. And I don’t deserve your trust yet. But I’ll earn it, Thea. If it takes me my entire life, I’ll prove it to you."
Aku menggeleng, langkah aku mundur menjauh darinya. "No, Qayden. You’ve already taken so much from me. My peace, my memories, my life. I can’t... I can’t let you do this to me again."
Qayden melangkah ke depan, cuba menghampiri aku, tetapi aku angkat tangan, memberi isyarat agar dia berhenti. "Don’t. Just... don’t."
Dia terhenti, tubuhnya tegang, tetapi dia tidak melawan. "Thea, I love you. And I’ll wait for you, no matter how long it takes. I’ll prove myself to you. But please... don’t hate me forever. I couldn’t live with that."
Aku menggeleng lagi, cuba menahan air mata yang semakin deras. "It’s too late, Qayden. Maybe it always was."
Tanpa menunggu dia berkata apa-apa lagi, aku berpaling dan melangkah keluar dari pejabat itu. Setiap langkah terasa berat, tetapi aku tahu aku perlu menjauh. Hati aku terlalu sakit untuk menerima apa-apa lagi darinya sekarang.
--
Esoknya, aku cuba untuk fokus. Bangun pagi, aku cepat-cepat bersiap, menguruskan diri walaupun dalam hati masih penuh dengan kekeliruan. Aku pilih baju yang ringkas je, tak nak fikir banyak. Sambil bersiap, aku cuba kosongkan fikiran, cuba untuk tak ingat tentang Qayden dan semua yang berlaku. Aku ambil beg, keluar rumah, dan langsung tak pandang jalan yang biasa aku lalu.
Sampai je di luar, aku tarik nafas dalam-dalam. Hujan yang masih belum berhenti dari malam tadi membuatkan suasana sejuk, tapi aku tak peduli sangat. Aku cuba untuk redakan perasaan sebelum masuk kelas. Tiba-tiba, telefon aku berbunyi. Nama Qayden muncul di skrin.
Aku berhenti sekejap, tengok telefon tu. Tak nak jawab, tapi tangan aku macam tak boleh nak tahan, terus tekan butang jawab.
"Hello?" Suara aku sedikit kasar, tak suka dengar suaranya sekarang.
"Are you okay?" Qayden tanya. Suaranya tenang, macam biasa. Tapi entah kenapa, aku rasa hati aku semakin mendongkol.
"Kenapa? Nak tanya pasal apa lagi?" Aku balas dengan nada yang lebih keras.
Dia diam sekejap, seolah-olah tak jangka dengan reaksi aku. "Thea, I'm sorry for everything. I know I messed up, but I want to make things right. Can we talk?"
Aku rasa nak marah, nak lontar telefon tu jauh-jauh. Tapi aku tarik nafas, cuba untuk bertenang. "Talk? After everything you’ve done? How do you expect me to trust you again?"
Qayden terkedu seketika, sebelum dia menjawab, "I know it's hard. But I can't give up on us. I won’t force you, but just... please, think about it."
Aku tutup telefon tu tanpa cakap apa-apa lagi. Apa yang dia harapkan? Kalau aku boleh balik ke masa lalu dan buat keputusan lain, tak mungkin aku akan ada dalam situasi ni. Tapi kenapa aku rasa ada sesuatu yang masih tak tertutup dalam hati aku?
Dengan kepala yang berat, aku berjalan ke kelas. Semua yang berlaku semalam masih berlegar dalam fikiran aku. Tapi aku tahu, aku tak boleh biarkan perasaan ni menghalang perjalanan aku. Kelas fesyen aku mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang, tapi bagi aku, ini peluang untuk lari sekejap dari semua drama ni.
Aku cuba fokus pada apa yang ada di depan. Tapi dalam hati, tak boleh lari dari fikirkan Qayden dan semua yang dia kata. Aku harap kelas ni dapat buat aku lupakan sekejap. Tapi dalam hati, aku tahu, dia masih akan muncul... dan mungkin kali ni, dia akan lebih susah untuk aku tolak.
YOU ARE READING
HATINYA UNTUKKU | OG
Roman d'amourNama aku, Thea Elizabeth, seorang pelajar perniagaan yang menyambung pengajian di sebuah universiti di Itali, tidak menyangka bahawa pertemuan tak sengaja dengan seorang lelaki di sana akan mengubah hidupnya. Semuanya bermula dengan satu kejadian ya...
