BAB 25

59 4 0
                                        

Aku memeluk Hayden, Rayden, dan Jayden dengan erat, air mata semakin laju mengalir tanpa aku sedar. Perasaan yang begitu lama terkunci dalam hati, kini mulai meletus. Aku dah rindu sangat-sangat mereka, walaupun aku baru sahaja kembali. Satu-satunya yang aku fikirkan waktu itu adalah anak-anak aku, yang sudah begitu besar tanpa aku ada di sisi mereka.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka perlahan. Aku terkejut dan cepat-cepat mengelap mata. Seorang lelaki tinggi dengan uniform bodyguard Qayden berdiri di ambang pintu, sambil membawa seorang budak kecil yang berjalan dengan langkah penuh keyakinan.

“Thazyqa?” aku terkejut melihatnya, suaraku serak.

Thazyqa, anak pungut yang sudah lama aku anggap seperti anak sendiri, tersenyum lebar dan terus berlari ke arah aku. “Mama!” dia berseru dengan riang, matanya bersinar penuh kegembiraan.

Aku mengangkatnya dengan cepat, memeluknya erat. “Thazyqa… where have you been?” aku bertanya, suara aku hampir pecah.

Thazyqa menggeleng kepalanya, senyum manis terukir di wajahnya. “I don't know, mama, but I miss you so much,” dia berkata dalam bahasa Inggeris, sepertimana yang aku selalu ajar kepadanya sewaktu kami bersama di Itali.

Aku mencium pipinya dengan lembut, rasa rindu yang sudah terpendam sekian lama akhirnya terluah. "I miss you too, so much, Thazyqa. Mama minta maaf sebab lupakan sayang," aku berbisik sambil mengusap rambutnya yang hitam berkilat.

Qayden yang berdiri di pintu hanya tersenyum kecil, melihat aku dan Thazyqa saling memeluk. “She’s been asking about you non-stop sejak saya bawa dia balik dari sekolah tadi,” katanya dengan nada lembut.

Thazyqa menoleh ke arah Qayden, lalu berkata dengan penuh rasa percaya, “Papa told me mama will come back. I wait for mama. I wait for so long.”

Hatiku terasa lebih berat mendengar kata-kata Thazyqa. Bagaimana aku boleh tinggalkan dia begitu sahaja dulu? Walaupun dia bukan anak kandungku, tapi dia sudah menjadi sebahagian daripada hidupku.

Aww… I’m sorry, my dear,” aku berkata sambil memandang wajahnya, rasa bersalah menyerbu hati. “I'm sorry, okay? I shouldn't have leave you like that.”

Thazyqa hanya mengangguk, senyum manis terus menghiasi wajahnya. “It's okay, mama.”

Hayden, Rayden, dan Jayden yang melihat kami dari tadi, kini sudah mulai mendekat, tertarik dengan kehadiran Thazyqa. Mereka memandangnya dengan rasa ingin tahu, namun tanpa cemburu seperti tadi.

“Mama, who’s this?” Rayden bertanya dengan nada penasaran, matanya tertumpu pada Thazyqa.

“Thazyqa. My daughter,” aku menjawab dengan penuh kasih sayang, mengenalkan mereka kepada satu sama lain.

Thazyqa memandang mereka semua dengan mata besar, lalu berkata, “Nice to meet you all! I’m Thazyqa,” katanya sambil memberikan senyuman manisnya.

Hayden, yang paling tua di antara mereka bertiga, memandang Thazyqa dengan mata yang sedikit berwaspada. Dia berdiri di depan Rayden dan Jayden, seakan ingin melindungi mereka dari apa saja yang dia rasa belum dia kenal. Wajahnya serius, seolah-olah dia sedang menilai keadaan.

"Are you sure she's okay?" Hayden bertanya dengan suara perlahan, matanya tajam memandang Thazyqa. "She’s not gonna take mama away, right?"

Aku terkejut mendengar pertanyaan itu, dan sekejap, aku rasa bersalah kerana mungkin mereka belum sepenuhnya merasa selesa dengan kehadiran Thazyqa. Aku tahu Hayden yang paling tua dan paling banyak berfikir, jadi dia mungkin bimbang jika keadaan berubah selepas aku kembali. Aku cuba melangkah ke arah Hayden dan merapatkan jarak.

HATINYA UNTUKKU  | OGWhere stories live. Discover now