Petang itu, aku keluar untuk beli barangan dapur, minda masih melayang dengan lakaran yang baru siap. Langit petang agak cerah, dan angin sepoi-sepoi bahasa menyegarkan. Aku berjalan masuk ke kedai runcit, namun mataku tertumpu pada satu arah di luar kedai.
Seorang budak kecil, dalam usia 2-3 tahun, berdiri sendirian di depan kedai. Dia memandang sekeliling dengan mata yang penuh kebingungan, tapi tak ada ibu atau ayah yang kelihatan di sekelilingnya. Aku berhenti sekejap, memperhatikan. Suasana di sekeliling agak sibuk, tapi tak ada sesiapa yang peduli pada budak itu.
Dia hanya berdiri di sana, tangan kecilnya memegang sebungkus makanan ringan, matanya yang kelabu nampak sedikit risau. Aku melangkah keluar, cuba mendekati dengan hati-hati, takut dia akan terkejut.
"Hey, are you lost?" aku tanya dengan lembut, cuba untuk tidak menakutkan dia.
Budak itu menoleh ke arahku, dan sekejap dia pandang aku, sebelum menjawab dengan suara yang sangat lembut. "Mama?" Dia bertanya, mungkin berharap seseorang datang untuk membawanya pulang.
Hati aku terdetik. Ini bukan sesuatu yang boleh aku biarkan begitu saja. Aku tunduk sedikit, cuba untuk berbual dengan lebih tenang. "Do you need help? Where is your mommy or daddy?"
Dia hanya memandang aku, masih kelihatan keliru. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Tiba-tiba aku terfikir, budak ni macam ada yang tak kena. Tak mungkin dia seorang diri tanpa sebab yang jelas.
"Come on, let's go inside the store, I'll get you some water," aku ajak dengan lembut sambil cuba menggenggam tangannya. Aku rasa sesuatu perlu dilakukan, dia tak boleh dibiarkan sendirian macam ni.
Mungkin dia anak yatim. Mungkin ada sebab kenapa dia di luar tanpa sesiapa. Tapi aku tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Satu perkara yang pasti, aku tak akan biarkan dia begitu sahaja.
"What's your name, sweetheart?" Aku tanya lembut, sambil cuba menenangkan dia. Tapi budak tu hanya geleng kepala, seolah-olah tak faham atau memang tak tahu nak jawab. Hadoii, tak ada nama pula. Aku rasa sedikit terkejut, tapi cuba untuk tidak menunjukkan kebimbangan.
"How about Thazyqa Elyana?" Aku beri cadangan, cuba untuk memberi nama yang manis. "Thazyqa sounds beautiful, don’t you think?"
Budak itu sekejap memandang aku, dan setelah beberapa saat, dia senyum kecil, seperti teruja dengan nama yang baru itu. Aku rasa macam ada ikatan dengan budak ni, walaupun baru pertama kali berkenalan.
"Thazyqa," aku ulang perlahan, mencuba untuk memastikan dia ingat nama itu. “It’s a nice name for a smart girl like you.”
Aku sambung berjalan masuk ke dalam kedai bersama Thazyqa, masih memegang tangannya dengan perlahan. Sekurang-kurangnya dia ada nama sekarang, walaupun aku tak tahu latar belakang dia.
Dalam fikiran aku, macam-macam persoalan timbul. Siapa dia? Kenapa dia seorang diri? Aku kena cari jalan untuk bantu dia, mungkin hubungi pihak berkenaan atau cari keluarga dia. Tapi buat masa ni, yang penting aku pastikan dia selamat.
"Thazyqa, you got a family?" Aku tanya perlahan, sambil cuba lihat reaksinya.
Dia geleng kepala, wajahnya menunjukkan sedikit kesedihan. Hati aku terasa berat. Aku tak pasti apa yang dia lalui, tapi jelas dia seorang diri.
Aku berhenti sekejap, cuba tenangkan diri sebelum terus bertanya, "Where's your mom and dad, sweetie?" Suara aku penuh kebimbangan.
Thazyqa hanya tunduk, seolah-olah memikirkan sesuatu yang dia tak mahu ceritakan. Aku tak mahu memaksanya, jadi aku hanya pegang tangannya lebih erat.
"Okay, it’s okay," aku cuba meyakinkan dia, "We’ll figure this out together. You’re not alone, alright?" Aku berkata dengan penuh keyakinan, walaupun dalam hati aku sendiri penuh dengan persoalan.
YOU ARE READING
HATINYA UNTUKKU | OG
RomanceNama aku, Thea Elizabeth, seorang pelajar perniagaan yang menyambung pengajian di sebuah universiti di Itali, tidak menyangka bahawa pertemuan tak sengaja dengan seorang lelaki di sana akan mengubah hidupnya. Semuanya bermula dengan satu kejadian ya...
