❝ Kematian bukan caranya
untuk membuktikan keikhlasan ❞
➽───────────────❥
Klak....
Pintu terbuka perlahan-lahan.
Vic mengangkat wajah. Terperanjat dia melihat Rain terpacul di muka pintu dengan sebuah kotak berisi ubat-ubatan di tangannya.
Wajah itu menunduk, enggan mempamerkan sebarang riak terhadap lelaki itu.
Vic yang tadi sedang bersandar di kepala katil lantas menegakkan tubuh. Pergerakannya berhati-hati agar tidak memudaratkan luka di pinggang.
"Rain," tegur lelaki itu perlahan, diiringi rasa serba-salah melihat kesuraman wajah itu.
Enggan menjawab mahupun bersuara, Rain melangkah masuk ke dalam kamar lantas melabuhkan duduk di birai katil. Wajah Vic enggan dipandang langsung sementara tangannya ligat mengeluarkan beberapa botol ubat dan kapas untuk membersihkan luka lelaki itu.
Anak mata Vic hanya melirik dalam diam setiap perlakuan wanita itu yang dirasakan berbeza.
Dalam degil dan keras hati wanita itu, jiwanya sedikit tersentuh dengan sikap ambil berat Rain terhadapnya. Jelas sekali Rain mahu mencuci lukanya walaupun dia sedar masih ada salah faham yang belum dirungkaikan antara mereka.
Mungkin ini masanya untuk dia berterus terang. Fikir Vic.
"Rain," sekali lagi Vic cuba mencetuskan perbualan, sebaliknya Rain masih kekal mengunci mulut dengan rapi.
Tangannya naik menyentuh lembut kekura tangan wanita itu sebelum dielak deras.
Vic tergamam sedikit.
"Aku nak cuci luka tu. Baringlah," arah Rain, umpama robot tak berperasaan. Matanya masih mengelak renungan si lelaki. Hanya kapas mencuci luka yang ditatapnya.
"Before that, boleh tak aku nak cakap something? Please..."
"I'm not here to discuss anything. Kalau kau tak nak cuci luka, then up to you."
Serentak itu Rain bangun, meletakkan segala ubat mencuci luka ke atas almari sisi. Dia mahu berlalu.
Ya, memang sekeras itu hatinya.
Lengan Rain lantas dicapai Vic, memaku langkah wanita itu dari pergi.
"Okey." Vic akur.
Buat masa ini dibiarkan dahulu Rain melayan rajuk yang entah dia sendiri tak tahu puncanya.
"Please, cucikan luka aku."
Rain sekadar terpaku.
Memahami, Vic menjatuhkan tubuh sepenuhnya ke atas katil dan berbaring.
Setelah mengambil nafas panjang dan berat, Rain meletakkan semula punggung di birai katil bersebelahan peha lelaki itu. Kapas dan ubat mencuci lupa dicapainya kembali.
Perlahan-lahan, dia menumpukan perhatian terhadap luka Vic yang kian mengering. Balutan kalis air itu dibuka dan sekeliling luka itu dilap terlebih dahulu dengan air saline seperti arahan yang diberikan Ellie.
Kadang-kala Vic mengaduh sakit namun semua itu enggan dipedulikan Rain. Yang penting, tugasnya mahu diselesaikan dengan segera kerana dia tidak betah berlama-lama di situ.
"Thank you," ucap Vic memecah kesunyian yang menjadi jurang mereka sedari tadi.
"No need. Aku buat semua ni sebab aku terhutang budi. Not because I'm trying to be nice." Rain membalas dingin sambil menyimpan semula botol ubat ke dalam kotak usai dia membalut semula luka lelaki itu dengan balutan yang baharu.

YOU ARE READING
His Broken Vow [C] | Ikrar Dusta | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...