Vicious 44 | A failure

1.8K 290 99
                                    

Jiwa ini tak henti-henti berdoa.
Agar Tuhan menyelamatkan si dia

 

➽───────────────❥

 

Dua buah ambulans bergegas pergi meninggalkan perkarangan Blake Mansion. Siren dibunyikan petanda kecemasan. Dengan laju, kenderaan itu membelah jalan untuk segera ke hospital.

Tiga buah kereta polis pula masih di situ bagi menjalankan tugas yang masih belum selesai. Sekumpulan anggota dilihat keluar masuk pintu utama sebelum kelibat Raymond Blake dibawa keluar dari situ dengan lengan yang bergari. Dari riak wajahnya, jelas tidak ada sekelumit penyesalan atas apa yang dilakukannya tadi.

Para wartawan tak melepaskan peluang memburu berita sensasi. Bunyi ketikan kamera mereka tak henti-henti sedari tadi. Nampaknya lensa mereka terpaksa bekerja lebih pada hari ini. Para editor akan tersengih lebar punya bahan berita yang bakal melonjakkan tontonan dan bacaan.

Namun disebalik kekecohan dan kegembiraan itu, ada pihak yang tengah berdukacita.

Tak henti-henti berdoa.

Agar Tuhan menyelamatkan si dia.

Please...

Tangan itu digenggam.

"Puan, puan tak apa-apa? Puan ada sebarang luka atau sakit di mana-mana?" soal salah seorang jururawat yang mengikuti di dalam ambulans itu.

Seorang lagi jururawat sedang sibuk bekerja menyelamatkan nyawa. Sehingga tadi, kedua-dua mereka sedang fokus dengan pesakit yang terlantar berlumuran darah di atas stretcher sebelum perhatian jururawat muda itu tertarik ke arahnya.

Risau jururawat itu mendengar tangisan dan ratapan Rain yang begitu teruk sedari tadi. Bimbang ada sebarang luka yang tidak disedari, boleh mendatangkan bahaya memandangkan wanita itu sedang berbadan dua.

Dengan darah yang berlumuran di tangan dan baju wanita itu, sukar untuk dilihat dengan jelas sekiranya ada sebarang kecederaan.

Rain deras menggeleng.

"Tolong! Tolong selamatkan dia, nurse. Tolong..." suara itu bergetar. Berdebar.

"Puan ibu mangsa?"

Rain mengangguk laju. Tanpa berfikir dua kali, dia akhirnya mengaku.

Rhea...

Rhea bayinya...

"Yes, she' my baby. My baby..." tangis Rain bersambung lagi.

"Tolong, Rhea... please..."

"Kami cuba puan. Puan bertenang dulu ya."

Tanpa mempedulikan Rain lagi, dia sambung membantu seorang lagi jururawat untuk menahan pendarahan.

Tapi tak mungkinlah Rain mampu bertenang.

Teringatkan sesuatu, dia menjenguk ke belakang untuk melihat sebuah lagi ambulans yang tak kurang lajunya.

Vic dan Isaac ada di sana.

Malangnya dia tak dapat melihat apa yang sedang berlaku di dalam perut kenderaan itu. Dia hanya mampu berharap agar tiada yang serius.

Pandangan berbalamnya jatuh semula ke sekujur jasad Rhea yang sedang bertaruh nyawa. Mata anak kecil itu terkatup rapi.

Tangan kecil Rhea dicium bertalu-talu.

That must be hurt, kan sayang...

Kenapa? Kenapa bukan Rain je yang rasa semua ni... kenapa?

His Broken Vow [C] | Ikrar Dusta | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now