❝I'm doing everything for you, sayang...
I will do everything. Everything...❞
➽───────────────❥
Rain menunggu di bangku luar bilik HCU itu sementara Ema masuk ke dalam. Sudah tiga hari dia berulang-alik ke sini, hari ini dia membawa Ema sekali untuk melawat Rhea.
Setelah dia masuk sebentar untuk menyapa dan bertanya khabar Rhea tadi, Rain keluar untuk memberikan peluang Ema masuk pula. Nanti dia akan masuk semula, sehinggalah lewat petang di mana dia sudah tidak dibenarkan untuk berada di situ lagi.
Begitulah rutinnya sehari dua ini.
Walaupun Rhea masih tidak memberi sebarang respons, tetapi atas nasihat doktor yang mahu dia terus berbual bagi merangsang deria pendengaran dan sentuhan Rhea, maka Rain sama sekali tak akan berputus asa, mencuba sedaya upaya untuk memastikan tiada satu hari yang dilalui Rhea tanpa mendengar suaranya mahupun merasai kehadirannya.
Satu lagi usahanya untuk merangsang deria sentuh Rhea, adalah dengan membawa patung beruang kegemaran si anak untuk diletakkan berhampiran tangannya. Atas kebenaran doktor, objek itu dibiarkan berada dalam pelukan tangan Rhea sepanjang masa.
I'm doing everything for you, sayang...
I will do everything. Everything...
Please wake up...
Mommy tunggu Rhea bangun...
Kepala Rain bersandar lemah ke dinding di belakang kerusinya. Matanya dipejamkan buat seketika. Dia mendengar derap langkap seseorang yang datang dari arah kanannya namun dia enggan menoleh mahupun membuka mata memandangkan memang kawasan ini menjadi laluan doktor dan jururawat.
Kedengaran langkah itu terhenti di depannya.
"Rain."
Suara itu berjaya mencelikkan matanya.
Rain tersentak sebelum membetulkan duduk.
"Isaac."
Lelaki itu terpacak di depan dengan sepasang baju berwarna ungu berlogo hospital. Di kekura tangannya masih terdapat jarum kanula yang bertampal pelekat tetapi tidak bersambung ke mana-mana. Isaac melontarkan pandangannya ke dalam kamar HCU itu melalui tingkap kaca sebelum menjatuhkan pandangannya semula kepada Rain.
Seorang pengawal keselamatan Vic yang diarahkan menjaga Isaac berdiri jauh di hujung laluan sana bersama seorang lagi yang ditugaskan mengawasi kamar Rhea.
"How's Rhea?"
Pilu, Rain menggeleng lemah.
"Boleh I duduk?" soal Isaac menunjuk ke selang sebuah kerusi di kiri wanita itu.
"Please, do." Itu sahaja balasan Rain, isyarat membenarkan.
Isaac terus melabuhkan punggung di situ.
Lega Rain melihat Isaac sudah kembali pulih seperti sedia-kala. Rasa serba-salah menyerbu dadanya.
"I'm glad nothing bad happen to you. How's you feel? I hope you're getting better." Rain tersenyum tawar, namun jiwanya ikhlas mendoakan lelaki itu.
"Rain, I'm okay. I... I cuma risaukan Rhea. Look, I should apologize to you, because of me... Rhea..." bicara Isaac termati. Tak sanggup dia meneruskan ayatnya.
"Rain, I'm so sorry... truly, sorry... I rasa bersalah sangat. I tak tahu nak kata apa lagi, tapi I betul-betul..."
"Isaac," cantas Rain segera.

YOU ARE READING
His Broken Vow [C] | Ikrar Dusta | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...