🔷 EPILOG | FOREVERMORE 🔷

1K 220 233
                                    

With all my heart, this is my solemn vow,
now and FOREVERMORE...


➽───────────────❥


Laut Cina Selatan terhampar luas, biru dan tenang, seakan-akan mengerti bahawa hari ini adalah saksi kepada sesuatu yang lebih besar daripada sekadar ombak yang datang dan pergi. Langit terbuka tunggi, tanpa awan, memberikan ruang kepada mentari yang hampir tenggelam untuk mencurahkan sinarnya ke permukaan air.

Di tengah lautan Macau yang terbentang itu, sebuah yacht mewah terapung megah, dihiasi dengan kelopak bunga putih yang bertaburan di atas dek.

Rain berdiri di hadapan sebuah cermin dalam suite kabin, memandang refleksi dirinya. Di tangannya terpegang sejambak bunga anggerik dan di atas kepalanya terletak sehelai veil organza separas pinggang.

Figura yang terpantul di cermin itu diteliti lebih lama lagi. Benarkan dia cantik sebegini?

Sedangkan pada hari pertama perkahwinannya lebih setahun yang lalu juga dia tak pernah membelek dirinya seperti hari ini.

"I couldn't forget how you look so stunning in that wedding dress..."

Bicara Vic yang lembut dan romantis kelmarin masih terngiang-nguang di telinganya, menjemput senyuman malu di bibir. Mulutnya dikemam.

Dia tidak pernah menyangka bahawa hari ini dia akan menyarungkan gaun ini kembali. Gaun putih off-shoulder yang membaluti tubuhnya ketika itu mengingatkannya pada hari pertama dia menjadi isteri seorang Victor Abraham, lelaki yang suatu ketika dahulu mendambakan pembalasan lebih daripada cinta.

Hari ini, dia diminta menyarungkan semula gaun yang sama meskipun dia masih belum tahu apa tujuannya.

Yang berbeza kini, wajahnya dipenuhi seri dan kemanisan senyuman yang lahir tulus dari hati.

Ketukan lembut di pintu mengejutkannya dari lamunan.

"Mommy, are you ready?" Suara kecil itu datang daripada Rhea.

Rain menarik nafas panjang sebelum tersenyum. Dia membuka pintu dan mendapati anak itu berdiri di hadapannya dalam gaun kecil berwarna putih, rambutnya diikat kemas dan ada sekalung bunga kecil terletak di atas kepalanya.

Comel!

"Wow! You look so beautiful, mommy. Cantik! I love it!" puji Rhea, membeliakkan mata persis melihat seorang bidadari yang turun dari kayangan.

"Thank you, baby... you too, look so cute, sayang." Dagu Rhea dicekup lembut.

"I love you, mommy."

Jiwa Rain dihurung terharu. Dia tersenyum lembut sebelum melutut supaya separas matanya dengan Rhea. Lengan Rhea dicapainya.

"Baby..."

Peluang itu mahu digunakan Rain untuk berbicara sesuatu dengan Rhea buat sebentar. Setelah Rhea sedar dari koma tempoh hari, dia sibuk menguruskan Ruhi yang baru lahir dan sesi fisioterapi Rhea sehinggakan dia tak sempat mahu berbicara hati ke hati dengan anak itu.

"Rhea... I just want you to know, mommy pun sayang Rhea. Sayang sangat-sangat..."

Jeda. Mata Rain bergenang.

"I made so many mistakes before... I lied to you... Rhea boleh maafkan mommy?"

Tak semena-mena Rhea memeluk tengkuknya.

"I forgive everything because I love you. I love you, mommy."

Rain memejamkan mata. Air mata mulusnya gugur ke pipi. Sebelum lebih banyak air mata yang jatuh, Rhea melepaskan pelukan lalu mengesat air mata di pipi si ibu.

His Broken Vow [C] | Ikrar Dusta | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now